Salam 6 Rabiul Awal 1444H. Merujuk kepada artikel Berjumpa guru-guru lama sekolah menengah di RTC yang dipersembahkan Ahad lepas. Adapun artikel disebut bahawa sebelumnya saya berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar di sekolah menengah saya mula. Selepas itu tengah hari Sabtu 1 Oktober 2022 saya terus berjalan-jalan ke sekitar Terengganu.
Selepas solat Zohor di rumah barulah boleh bertolak.
Pernah 2 kali jambatan Kuala Besut tidak boleh dilalui akibat projek pembaikian. Cuma jambatan ini telah dibuka kepada awam beberapa bulan lalu dan kali ini melalui laluan ini. Lihat artikel berikut :
Jam 4.38 baru sampai ke sekolah menengah sains di Gong Badak dan disinilah tempat sepupu hantar pulang ke asrama disebabkan keesokannya bersekolah.
Terus masuk ke bandaraya Kuala Terengganu dengan melalui jambatan angkat. Saya rasa kelihatan ada perarakan motosikal pada masa itu. Katanya dibuat di Stadium Gong Badak. Patut pun ramai orang muda semacam umur saya mempunyai lesen untuk sampai ke stadium sana.
Masuk ke bandar singgah solat Asar di masjid ini. Kelihatan awan mendung dan menandakan semakin hampir dengan waktu hujan. Lihat artikel Masjid Al-Muktafi Billah di blogspot Jom ke Masjid.
Jam 7.10 kembali terus menyambung perjalanan dengan melalui jambatan angkat. Kelihatan bawahnya terlalu ramai pengunjung disertakan dengan perarakan orang muda bermotosikal datangnya dari Gong Badak.
Dari jambatan angkat mengambil pula laluan Batu Rakit untuk sampai ke Setiu. Singgah di masjid Tok Jembal untuk bersolat.
Kelihatan suasana dalam ketika selepas solat Maghrib, terus diadakan solat hajat. Cuma saya singgah untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak.
No comments:
Post a Comment