Salam 14 Syawal 1445 Hijriah. Sedikit cerita tentang sambutan hari raya.
Semenjak malam raya bersamaan Selasa 9 April 2024 saya dan keluarga mengalami gejala demam, batuk selsema dan badan terasa lemah disebabkan cuaca kebelakangan ini amatlah panas. Berhajat ke klinik, namun pada hari tersebut cuti. Pagi Rabu 1 Syawal 1445 Hijriah bersamaan 10 April saya dan keluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berdekatan iaitu Pendek walaupun dalam keadaan bergejala.
Semenjak itu memang tidak dapat bergerak langsung kerana bergejala. Petang Khamis 2 Syawal bersamaan 11 April saya, ayah dan adik membawa ke kampung berdekatan untuk menghadiri solat hajat dan majlis raya di rumah baru. Seterusnya ke rumah keluarga arwah Haji Mahmood yang juga atuk saya di Gaung, Pendek.
Malam itu juga ke rumah bapa saudara bersebelahan rumah untuk menghadiri satu majlis tahlil arwah. Cuma nama arwah Mahmood berbeza sedikit dengan arwah atuk saya yang mana baru sahaja meninggal dunia pada Sabtu 26 Ramadan bersamaan 6 April lalu.
Pagi Jumaat 3 Syawal bersamaan 12 April singgah beraya di rumah saudara di Tiong. Cuma sekarang dapatlah bergerak ke mana-mana walaupun dalam keadaan bergejala.
Pagi Sabtu 4 Syawal bersamaan 13 April kami bergerak dari Kota Bharu untuk ke kampung bapa saudara di Jeli. Sebelum itu perancangan mahu ke Terengganu, cuma dalam keadaan bergejala dan bertambah kesesakan ke Kuala Terengganu terpaksa dibatalkan.
Dari Gual Ipoh terus masuk ke jalan kampung Telaga Bijih untuk mengelakkan kesesakan jalan dari Bukit Bunga ke Jeli. Kali pertama baru memasuki laluan ini.
Sama seperti tahun lalu, hari tersebut juga diadakan sambutan hari raya Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Parlimen Jeli. Lihat artikel lama Raya di kampung 2023 - Beraya di sekitar Jeli.
Lalu bertemu mata beberapa wakil dan beberapa lagi perwakilan PN. Beberapa anak perantauan turut hadir memeriahkan majlis.
Seterusnya kami berjalan-jalan di sekitar bandar Jeli. Sambil berjalan di sekitar bandar singgah pula di masjid berdekatan. Lihat artikel Lawatan 2024 di Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli di blogspot Jom ke Masjid.
Seterusnya singgah beraya di rumah sepupu ayah di bandar Tanah Merah. Singgah di masjid sana untuk menunaikan solat Asar, padahal ayah saya telefon mereka berada di kawasan masjid. Lihat Masjid Ismail Petra, Tanah Merah. Selepas itu singgah di pasar berdekatan.
Lalu pekena mee kuah di pasar sana. Sepatutnya ada satu majlis kenduri rumah guru zaman sekolah rendah di Salor yang juga waris kepada ayah, cuma ikutkan masa majlis itu sudah tamat pada pukul 6. Maka tidak sempat untuk menghadiri satu kenduri di sana.
Pagi Ahad 5 Syawal bersamaan 14 April terus ke bandar Kota Bharu untuk satu urusan.
Kemudian mengopi sambil makan tengah hari di depan yang asalnya adalah bazar MPKB. Sekarang adalah bangunan Kota Bharu City Point.
Sebelum beraya di sekitar Kota Bharu, singgah solat Zohor di masjid Muhammadi. Yang mana ia merupakan masjid kesukaan saya dari kecil sampai sekarang walaupun merupakan masjid negeri.
Singgah solat Maghrib di masjid berdekatan sebelum beraya di rumah berdekatan. Sudah sampai ke rumah sekitar jam 10 malam. Walaupun sekadar cerita raya di sekitar negeri Kelantan sahaja sebab demam, batuk dan selsema.
Walaupun ini adalah semua dugaan. Sebabnya ada kes gejala dan urusan. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Hari ini baru sudah sihat dan boleh berjalan ke mana-mana. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin daripada keluarga penulis blogspot NOTA UNTUKMU.