Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan.
Sabtu 22 Mac 2025 malam bersamaan 21 Ramadan 1446 Hijriah saya bersama keluarga berbuka puasa di masjid mukim Pendek. Ketika itu sudah memasuki 8 malam terakhir Ramadan.
Ini rupa saya sendiri bersama iaitu YB yang paling 'mudoh baso' dalam kalangan masyarakat setempat iaitu Adun Salor, Saizol Ismail atau Abe Joe.
Diadakan satu majlis iftar atau berbuka puasa perdana. Didahulukan dengan selepas solat Asar diadakan pertandingan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, bacaan al-Quran sterusnya iftar bersama-sama. Bacaan al-Quran telah disampaikan oleh juara Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Ustaz Haji Muhammad Qayyim Nizar Sarimi. Walaupun insan istimewa dari segi penglihatan, beliau membaca al-Quran dengan kaedah 'Braille'.
Ini antara hidangan semasa majlis iftar...
Saya pun berjemaah solat Isyak dan terawih kemudian beriktikaf dan beramal sebelum pulang tengah malam.
Petang Ahad 23 Mac bersamaan 22 Ramadan selesai kerja saya bersama ibu dan adik sendiri ke bandar Kota Bharu untuk membeli kelengakapan sebagai persiapan meyambut Aidilfitri. Cuma kelihatan terasa kekok kerana kesesakan lalu lintas. Mungkin disebabkan masing-masing mempunyai kerja macam saya juga.
Petang Selasa 25 Mac bersamaan 24 Ramadan usai kerja saya pun sempat bersama ibu saudara di Taman Guru, Pintu Geng untuk beberapa urusan.
Kemudian sempat beriktikaf sebelum menunggu solat Asar di masjid mukim berdekatan. Seterusnya bersambung lagi iktikaf sehingga solat Isyak dan tarawih.
Petang Rabu 26 Mac bersamaan 25 Ramadan usai kerja pula saya singgah beriktikaf sebelum menunaikan solat Asar di masjid mukim Bunut Payong.
Seterusnya singgah lagi ke Taman Guru untuk beberapa hal penting.
Tengah hari Khamis 27 Mac bersamaan 26 Ramadan usai kerja singgah di masjid mukim Cherang jam 12.30.
Jadi seperti biasa juga mesti beriktikaf dan berzikir. Sementera itu kita beriktikaf sambil kerja sebelum menunggu waktu solat Zohor.
Gambar ini diambil selepas solat Zohor.
Seterusnya singgah di Kedai Lalat untuk urusan tentang pemasangan di rumah sedang dalam pembinaan.
Berhampiran itu juga terlihatlah pondok usang ini yang saya mahukan.
Sekali fikir dapat berzikir dan selepas itu terus bersolat Asar dalam pondok usang ini. Nikmat pada malam 10 terakhir Ramadan demi mencari malam 1,000 bulan. Biasa kita disebut dalam surah al-Qadr ayat 1-5. Hadis lain pula menyebut :
Dari ‘Aisyah RA berkata, “Rasulullah SAW biasa ketika memasuki 10 Ramadan terakhir, beliau mengetatkan kainnya, menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” Muttafaqun ‘alaih. (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174).
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.”
Menurut hadis Riwayat Bukhari No 2017, lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada 10 akhir bulan bulan Ramadan dalam malam ganjil.”