Salam 1 Syawal 1446 Hijirah. Sebagai penulis blogspot, saya pun mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin dari penulis blog Nota Untukmu. Semoga Aidilfitri kali ini dengan penuh makna dengan erti kefitrahan. Bersambung daripada artikel Iktikaf 10 hari terakhir Ramadan 2025.
Sabtu 29 Mac 2025 malam bersamaan 28 Ramadan 1446 Hijriah saya dan keluarga keluar ke Paya Rambai, Jalan Bayam untuk berbuka puasa bersama saudara mara. Kebetulan dua sepupu sudah pulang ke kampung halaman untuk merayakan di kampung ini.
Teringat hotel ini dahulunya menempatkan pemain bola sepak Kelantan FC suatu masa dahulu. Ketika itu Tan Sri Annuar Musa mengambil alih sebagai presiden KAFA. Sekarang Kelantan FC sudah ditamatkan perkhidmatan kerana tunggakan gaji pada tahun lalu. Namun rasanya masih beroperasi tak hotel ini?
Ketika itu bermulanya cuti hari raya bagi negeri kumpulan B ramai mereka pulang ke kampung halaman untuk merayakan bersama. Ramai jemaah termasuk dari luar negeri yang hadir menunaikan solat tarawih pada hari itu yang mana merupakan malam terakhir bulan Ramadan.
Kemudian selepas solat terus bersama saudara mara berbelanja makan. Selepas itu ronda-ronda di sekitar bandar raya Kota Bharu sebelum sampai ke rumah di Wakaf Che Yeh. Untuk makluman ini adalah artikel ke-272 di blogspot ini.
No comments:
Post a Comment