Saturday, 5 April 2025

Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek

Salam 6 Syawal 1446 Hijriah. Sedikit tentang cerita raya. 




Merujuk pada artikel Iktikaf 28 Ramadan di Paya Rambai yang dikeluarkan Isnin 31 April 2025 bersamaan 1 Syawal 1446 Hijriah. Yang ditulis artikel ini dibuat pada malam 2 Syawal. Maka pada hari sama juga, pagi 1 Syawal itu bersolat sunat hari raya Aidil Fitri di masjid mukim Pendek. 










Selepas solat bergambar dengan keluarga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pendek, Haji Nik Kamaruzamil Nik Omar atau Cikgu Nik bersama dengan rakan sekolah yang berbaju ungu terang. 




Bersama dengan rakan-rakan pelajar yang sempat bersama. 





Inilah bakal menjadi menantu apabila saya menjadi suami suatu hari nanti. Tema baju raya 2025. 





Jam 11 pagi baru keluar menziarahi sanak saudara di kampung Gaung, mukim Pendek. Setakat ini tiga buah rumah diziarahi di kawasan ini. 





Selepas solat Isyak terus menziarahi rumah sanak saudara di Lating, Mulong. 




Tengah hari raya kedua, Selasa 1 April saya dan keluarga terus ke rumah bersebelahan yang juga saudara mara kami untuk menghadiri satu majlis aqiqah anak saudara. Cuma gambar ini saya sempat rakam pada malam itu dan kelihatan kerusi dan meja majlis sudah habis disusun. 

Selepas solat Isyak, terus menziarahi waris keluarga di sekitar. 





No comments:

Post a Comment

Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok

Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada  Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek .  Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...