Monday, 12 May 2025

Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral

Salam Isnin 13 Zulkaedah. Dua minggu lepas saya sudah selesai melakukan perjalanan kecil 3 hari 2 malam. Sekarang baru mulakan cerita. 




Perjalanan bersama saya dan keluarga telah bermula pagi Khamis 1 Mei 2025 bertepatan dengan cuti Hari Pekerja lalu terus menggunakan laluan dari Pengkalan Chepa ke Bachok. Asalnya, kami mahu merancang ke utara Terengganu iaitu sekitar Besut. Cuma terfikir tangan saya masih sakit kerana terkena mesin dan tidak dapat berjalan di kawasan. Perancangan asal masih bertukar di kawasan ini lagi. Sambil itu juga dapat balik kampung di rumah ibu saya di Pasir Tumboh. 





Setakat ini sudah dua kali saya membersihkan daripada sebarang darah akibat terkena mesin di klinik atau hospital sebelum ini. Ini pun satu bahagian hujung jari di tangan kiri telah hilang dan tidak akan menumbuh kembali hujung kuku itu lagi. 





Berbalik kepada cerita singgah di tempat yang 'viral' di media sosial ketika sebelum raya yang terletak di mukim Kemasin iaitu Pantai Impian kemudian berehat santai. 





Seterusnya pergi ke tempat dikatakan 'viral' pada sebelum raya baru ini. 





Mungkin selepas 'viral', ramai pengunjung datang ke sini semata-mata melihat tempat yang cantik dan sesuai untuk merakam gambar. 




Di sebalik bahagian kubah ini mungkin letaknya bilik untuk berehat tak silap. 





Elok kalau boleh rakam gambar ketika perkahwinan di sini sambil menikmati tempat yang cantik seperti ini. 





Kemudian menikmati makan tengah hari dengan nasi ayam di Pantai Senok





Pantai Senok ini selalu saya cerita disebabkan kawasan ini dianggap berada di Jepun. Lihat artikel yang dibuat 7 bulan yang lalu iaitu Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Dari kenduri maulud ke pantai-pantai sekitar Bachok









Kemudian berehat santai pula di surau berdekatan pantai apabila selepas makan. 





Diteruskan lagi perjalanan menghala ke bandar Bachok. Singgah menunaikan solat Zohor di masjid Pantai Senok seperti yang kelihatan. 





Teringat suatu ketika dulu saya pernah singgah di masjid ini sudah 4 atau 5 kali. Ketika itu masjid lama masih kecil sahaja yang boleh menyimpan banyak kenangan ketika saya kanak-kanak. 





Jam 2.15 baru sampai ke bandar Bachok lalu singgah di Pantai Irama. 










Saya sebagai peminat kucing pun masih sayangkan haiwan peliharaan ini walaupun kucing jalanan. 





Kemudian terus berjalan-jalan sekitar dari Pantai Melawi sehingga ke Jelawat. 





Jam 4 petang sampai sudah di rumah ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh demi melepaskan kepenatan sambil menjanjikan membuat ketupat ibu. 



Tuesday, 6 May 2025

Ke pesta buku Kelantan 2025 walaupun dalam keadaan putus jari

Salam. Sedikit tentang suasana pesta buku. 




Pesta buku negeri Kelantan diadakan setiap tahun. Tahun ini pula diadakan di tempat yang sama seperti tahun lalu berlangsung di Mydin Mall Tunjong pada 24 April hingga 3 Mei. Ini adalah pesta buku telah memasuki acara ke-49. Bertemakan membaca memperkasa generasi Madani. 





Tengah hari Isnin 28 April apabila sudah selesai memulihkan daripada sebarang luka akibat terkena mesin, kali ini ibu dan saya sendiri keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan. Ini keadaan jari tangan kiri saya yang terkena mesin sejak kelmarin sebelum ini iaitu pagi Ahad 27 April. Mujurlah dapat menerima rawatan kecemasan di hospital Kota Bharu, katanya bahagian hujung jari ini telah terputus. 





Kebetulan pada masa yang sama juga diadakan Pesta Buku Kelantan bertempat di tempat seperti tahun lalu sejak tahun 2023. 











Pesta buku tahunan ketika itu sudah memasuki hari ke-5 sejak bermula Khamis 24 April. 






Walaupun dalam keadaan sakit pada jari masih bersemangat untuk membeli barang keperluan sambil ke pesta buku. 





Terus ke aras dua di mana tempat pesta buku ini berlangsung. 





Sepatutnya petang Ahad itu saya pun dapat berkesempatan ke pesta buku sambil membeli barang keperluan, cuma agak terbatas kerana saya masih berada di hospital untuk urusan menerima rawatan dan pemulihan jari.






Pesta buku ini amat bermakna bagi saya sebagai seorang penulis blogspot sejak bermula dari tahun 2019. Kecuali tidak diadakan pada tahun 2020 dan 2021 akibat penularan virus Covid-19. Lihat artikel lama berikut : 













Sememangnya sambutan pesta buku tahunan negeri ini amat memberansangkan dalam kalangan yang minat membaca. 





Ada dalam kalangan hampir beberapa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota (kumpulan lahir antara tahun 2002 hingga 2005 yang mengenali saya) yang menjadi penjual buku di pesta buku tersebut. 











Di bahagian pentas ini boleh kelihatan seorang murid lelaki dari salah satu sekolah rendah di Kelantan telah menjawab dan membalas pantun untuk memenangi pelbagai hadiah yang disediakan. Kemudian kanak-kanak itu terus menyanyikan lagu Untukmu Ibu yang dinyanyikan asal kumpulan Exists. Sangat menyedihkan apabila mendengar lagu ini mengingatkan kepada semua anak terutamanya mereka sudah berusia tidak boleh menderhaka kepada yang masih mempunyai ibu. Lagu ini juga menggambarkan betapa masih sayang terhadap seorang anak yang masih teringat dengan ibu walaupun ibunya telah meninggal dunia. 














Teringat dahulu Pesta Buku Kelantan ini bertempat di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Kompleks Balai Islam Lundang dan KB Mall antara tahun 2000an sehingga 2022 kecuali pada tahun 2020 dan 2021 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Namun, sekarang sejak tahun 2023 mula beralih ke Mydin Mall Tunjong barulah nampak luas dan profesional. Kini, dapat menyaingi pesta buku di negeri lain terutamanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). 



Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral

Salam Isnin 13 Zulkaedah. Dua minggu lepas saya sudah selesai melakukan perjalanan kecil 3 hari 2 malam. Sekarang baru mulakan cerita.  Perj...