Sedar tak sedar tinggal 2 hari lagi kita akan memasuki tahun baru 2019. Merujuk kembali kepada artikel yang telah diceritakan mengenai Selamat tinggal Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) iaitu pasalnya Semester 2 telah dihalau oleh PA kerana pointer gagal, maka terpaksalah saya berhentikan dari KTD. Tinggal dua lagi yang ada artikel masih berada di tahun 2018. Kiranya ini adalah artikel terakhir buat tahun 2018. Kalau korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-32 di dalam blogspot ini. Tengah hari Khamis 27 Disember 2018 saya ada kerja sehari di Bunut Payong, inilah ceritanya...
Sebuah pondok yang dinamakan Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong. Ia dibina terpisah dengan Sekolah Menengah Agama (SMU) Sulamiah.
Sebelum pergi majlis kenduri kawan saya di Taman Guru, Pintu Geng, singgah sekejap di Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong untuk satu urusan. Kemudian, saya singgah solat Zohor di masjid moden di dalam sedikit kawasan kampung (lihat artikel Masjid Mukim Bunut Payong, Wakaf Che Yeh di blogspot Jom ke Masjid). Antara kitab-kitab yang perlu tahu mengenai Perjanjian Pondok.
TEKS MENGENAI PERJANJIAN PONDOK
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Sunday, 30 December 2018
Wednesday, 26 December 2018
Selamat tinggal Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Salam semua. Baru-baru ini saya pergi ke KTD untuk pendaftaran Semester 2, tetapi masalah pointer saya semakin rendah ketika ujian akhir Semester 1 bulan lepas. Jadi tidak boleh berbuat apa-apa sepanjang berada di KTD termasuk Semester 2 telah dihalang. Selepas itu PA menanyakan kepada saya jadi saya tidak dapat meneruskan lagi menyambung pengajian Semester 2 disebabkan pointer ujian semester itu semakin rendah. Dialah terpaksa saya memberhentikan pengajian dari KTD. Tapi saya terpaksa mencari kemahiran seperti ayah saya di sebuah institusi kemahiran. Yang paling minat saya ialah mahir membuat kayu perabot, pintu, jendela dan sebagainya.
Jadikan satu kenangan ketika saya meninggalkan KTD. Walaupun saya belajar tidak tinggi, saya terus menyambung pengajian. Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar dan pelajar yang disayangi kerana membantu saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Walaupun gagal, saya tetap berjaya. Saya memohon maaf kepada semua jika terkasar bahasa dan ada kesilapan sepanjang ketika berada di KTD.
SEMOGA BERJAYA!!!

Wednesday, 19 December 2018
Dugaan hujan lebat dan Bah Kuning 2014
Salam semua. Musim tengkujuh kembali melanda. Hujan lebat pula kembali melanda. Baru-baru ini baru tahu dalam maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat yang berlaku di beberapa buah daerah di Kelantan.
Teringatkah banjir yang hujung tahun 2014 telah menenggelamkan beberapa buah daerah di negeri kelahiranku termasuk kampung saya, Pendek, Kota Bharu. Daerah yang terjejas dalam tragedi banjir besar yang di kenali sebagai 'Bah Kuning 2014' ialah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah
Antara kenangan yang tidak saya akan lupakan ketika musih banjir pada tahun 2014. Sedih melihat kenangan ketika itu.
Kampung saya, Kampung Pendek
Sekitar daerah di Kelantan

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN WALAU KURANG MENONJOLKAN DIRI
Salam semua. Baru ini saya dan keluarga sepatutnya 14 Disember baru ini saya merancang pergi ke Bangi, tapi saya ada masalah kesihatan sebabnya demam. Saya masih bingung dengan perkembangan politik negara yang asyik tak habis-habis menyalahkan satu sama lain. Saya sedih dengan keadaan begitu partisan - kalau sokong satu pihak itu pihak itu sahaja yang betul, lawannya mesti salah kesemuanya dan begitulah sebaliknya. Jarang ada jalan tengah yang dapat melihat pihak yang disokong ada kesilapannya, pihak yang dilawan juga ada betulnya
Sebagai penutup kepada luahan yang terbit akibat rasa lega satu tugasan penting baru dapat diselesaikan biar dikongsikan sedikit gambar yang diambil sendiri pada penghujung perhimpunan anti-ratifikasi ICERD di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 8 Disember baru ini. Sempatlah menjengok sebentar walau dah tinggal 'ekor' selepas menghadiri satu majlis keluarga di lokasi lain ibu kota. Dikongsikan sekali dua perenggan terakhir daripada tugasan kelas yang baru siap tadi...
"Untuk makluman antara kami terdapat sejumlah pejuang ekonomi Islam yang berpendidikan tinggi, pernah memiliki kedudukan dalam sistem kewangan, perbankan juga perundangan Tetapi mereka keluar setelah mendapati bagaimana sistem kewangan sedia ada dengan duit kertasnya melanggar prinsip syumul Islam. Sistem yang terpakai di merata dunia kini sebenarnya berlandaskan apa yang dipanggil sebagai fractional reserve banking (Kameel, 2009). Ia adalah sistem riba’ berganda yang turut terpakai pada setiap bank negara di bawah tatacara kewangan moden. Oleh itu ia juga mempengaruhi aliran kewangan bank yang mengakui Islam.
Legasi-legasi yang kami tinggalkan tetap bergerak untuk memperjuangkan Melayu dan Islam. HIKMAH mungkin tidak terlibat secara langsung dalam perjuangan menentang ratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) yang menarik jutaan ummah untuk berkumpul di Kuala Lumpur menzahirkan penentangan pada 8 Disember 2018. Tetapi rakan-rakan dan ramai yang menerima faedah daripada acara-acara kami tetap terus berjuang dalam pelbagai medan demi kemaslahatan ummah "
Nota tambahan : Sebagai lanjutan daripada posting FB ingin saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur perhimpunan anti-ICERD di Dataran Merdeka. Dalam hal ini saya melihat PAS begitu cekap dan lancar dalam mengendalikan penyertaan. Perhimpunan bukan sahaja aman malah jalan-jalan kelihatan begitu bersih, lebih bersih daripada hari-hari biasa..
Saya juga ingin menyatakan sedikit kekesalan dan rasa terkilan akibat tidak dapat menyertai perhimpuan lebih awal di belah pagi yang dihadiri oleh ramai rakan-rakan aktivis persilatan untuk menyerahkan memorandum anti-ICERD kepada Istana Negara. Hati saya berbelah bagi antara hendak bergerak awal ke sana dengan meluangkan masa bersama keluarga juga antara penat yang belum kebah setelah kembali daripada perantauan kemudian harus menghadiri satu majlis keluarga di bahagian lain ibu kota dalam tempoh masa yang sama. Semoga kawan-kawan faham saya tidak pernah membelakangkan perjuangan. Cuma cara menzahirkan itu kadangkala saya berbelah bagi antara menunjukkan diri dengan kelihatan seperti tidak mengambil peduli. Ini kerana sambil mereka yang jujur bergerak untuk memartabatkan Melayu dan Islam masih ramai yang munafik melaungkan slogan serupa tetapi sebenarnya hanya bergerak demi keselesaan dan kesenangan peribadi semata-mata.
Wednesday, 5 December 2018
Dari Kota Bharu ke Bangi masih dalam perancangan bagi cuti hujung tahun
Tiba-tiba hujung tahun ini saya berasa rindu kerana dalam cuti ada perancangan untuk ke Bangi. Memang puas daripada duduk rumah sahaja. Insya Allah tahun ini semoga dapat dipermudahkan segala urusan.
Tuesday, 4 December 2018
Mendaftarkan kad Bank Islam di Bandar Baru Tunjong
Salam semua. Petang semalam saya pergi ke Bandar Baru Tunjong, letaknya sekitar 5 km dari rumah saya. Tujuannya untuk mendaftarkan kad ATM Bank Islam di sebuah cawangan Bank Islam Bandar baru Tunjong sebabnya saya sudah cukup umur 18 tahun.
Ketika itu cuaca hujan agak lebat, saya terpaksa memandu sendiri Proton Saga lama dalam keadaan cuaca tidak menentu. Tapi tidak terhalang ketika saya pergi ke bank itu.
Cuma agak tertanya-tanya kepada pihak bank, saya datang di sini bertujuan untuk membuat kad ATM. Sebaik nombor giliran kaunter paling cepat, saya bertanya kepada pihak bank itu
Inilah kad ATM yang saya daftarkan kepada pihak bank. Kad ini bertujuan untuk kegunaan faedah ketika berada di kolej dan asrama yang akan masuk tidak lama lagi, dalam lebih kurang 3 minggu lagi. Paling saya kecewa pertanyaan baki ada hanya lebih kurang RM100 ;-(