Tuesday, 29 October 2019

Sambutan Hari Hududullah di Medan Ilmu Kota Bharu

Salam hari Selasa 1 Rabiualawal. Ini adalah perkongsian majlis ilmu yang dibuat pagi Jumaat lepas.

Merujuk kepada artikel Daurah Khas bersama Al-Habib Prof Dr Sayyid Abd Hamid Al-Mahdaly Al-Azhari di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pondok Pasir Tumboh yang dibuat 19 Oktober iaitu hari Sabtu. Artikel tersebut berkaitan dengan menghadiri kuliah antara sesi petang dan malam meliputi 3 sesi di Pondok Pasir Tumboh. Kali ini saya ada satu poster dengan majlis sambutan hari Hududullah peringkat negeri Kelantan. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar kita iaitu Ustaz Haji Ahmad Yakob. Manakala kuliah pagi bersama dengan Ustaz Azhar Idrus.


Pagi Jumaat lepas 25 Oktober 2019 saya pun pergi lokasi majlis iaitu berdekatan dengan Syarikat Jaafar Rawas di Jalan Dato Pati.


Kehadiran adalah agak ramai untuk mendengar kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus. Termasuk golongan muda khususnya saya yang minat dengan ulama yang tersohor ini.

Dihadiri beberapa Exco kerajaan negeri, Speaker DUN Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang bertugas. Pelbagai anjuran seperti Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Sambutan hari tersebut diundangi oleh seorang ustaz yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Rakyat kita bukan suka-suka tetapi mengabdikan diri kepada Allah. Rasulullah bersabda Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat Aku, maka keluarlah. Kuliah membincangkan hukum dan nikmat. Islam adalah 7.8 bilion berada di atas muka bumi. Kadangkala umat Islam tidak suka dengan hukum Allah. Sebabnya umat Islam sebut hukum Allah, hak itu milik Allah.

Agama nasihat sesama mereka. Beliau menyoalkan hukum wuduk dan mandi. Soalan seterusnya bacaan Allahummasolliala kepada keluarga dan rakan. Soalan seterusnya berhenti kerja. Islam agama mudah.

Soalan seterusnya adakah Imam Mahdi melaksanakan hukum hudud. Hudud milik Allah, tetapi Imam Mahdi melaksanakan hukum hudud juga. Tetapi manusia tidak melaksanakannya.


Selepas kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus, sambutan hari Hududullah telah bermula. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Qari Jemputan, Ustaz Haji Mohd Hussin, Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1997.

Selepas bacaan Al-Quran, Dato' Panglima Perang Haji Nasruddin seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan.

Hari Hududullah ini adalah diselia oleh JAHEAIK merupakan program kerajaan negeri bagi memperingati hukum hudud terhadap umat Islam. Program ini mengingatkan usaha dan istiqomah kepada semua rakyat Kelantan. Hukum hudud bukan sahaja kerajaan negeri sendiri.

Selepas ucapan alu-aluan, seterusnya ucapan perasmian diteruskan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad Yakob.
Cabaran umat Islam hari ini sangat getir daripada pelbagai aspek. Dari aspek keselamatan, kita diuji dengan keangkuhan musuh Islam yang menindas serta melemahkan kekuatan yang ada pada umat Islam di serata dunia.

Dari aspek ekonomi, kita jauh ketinggalan ke belakang berbanding bangsa lain walaupun kita kaya dengan sumber hasil bumi yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. Dari aspek sosial pula, kita diancam dengan hakisan nilai-nilai murni dalam masyarakat serta generasi baru umat Islam. Pelbagai budaya liar yang dipengaruhi kesesatan telah merasuk generasi muda kita.

Walau pelbagai kajian, pandangan serta luahan yang diberikan, secara realitinya ia berpunca daripada kelemahan kita sendiri yang semakin lalai atau culas untuk menghayati amal makruf dan nahi mungkar apatah lagi masyarakat kita yang semakin terdedah kepada ancaman pemikiran dan budaya negatif yang dicedok dari luar negara.

Selepas ucapan seterusnya merasmikan hari Hududullah ini.







Hukum hudud
Dalam Islam, hukum hudud syariah dan jenayah, mengundang segolongan hukuman yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut kepercayaan Muslim, antaranya sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, pemotongan tangan atau hukuman bunuh di khalayak umum. Akan tetapi hukuman rejam dan bunuh di khalayak umum agak jarang berlaku pada zaman sekarang di kebanyakan negara Islam. Kini ia terdapat di negara-negara Islam yang menurut tafsiran syariah yang paling ketat seperti Arab Saudi dan Iran.
Para ilmuwan seperti Endress dan Esposito berhujah bahawa "hukuman-hukuman sedemikian mungkin sesuai di zaman riwayat Nabi Muhammad (s.a.w.), tetapi sejajar dengan kemajuan dan pemodenan masyarakat, ianya tidak lagi sesuai." Lain-lain ilmuwan pula menulis bahawa "di sini dan lain-lain tempat al-Qur'an hanya mengatakan bahawa liwat adalah dosa yang begitu terkutuk ... bahawa adalah tugas Daulah Islamiyah untuk menghapuskan jenayah ini dan ... menghukum mereka yang bersalah." Juga dihujahkan bahawa bahagian hudud dalam syariah bercanggah dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Namun demikian, pengenalan hukum hudud di pelbagai negara beragama Islam kian menjadi-jadi.

Bagi kebanyakan besar Muslim, Syariah sejak dahulu dan masih dipetik dari al-Quran dan Hadis Sahih. Hadis Sahih mengandungi isnadatau serangkai penjamin yang bersusur-galurkan sahabat Rasulullah yang memerhatikan secara langsung, sabda-sabda, amalan dan teladan yang ditetapkan oleh Baginda, dan oleh itu dijadikan asas teologi untuk menganggap Hadis sebagai asas kukuh bagi Syariah yang merangkumi jenayah dan hukuman hudud.



Saturday, 19 October 2019

Daurah Khas bersama Al-Habib Prof Dr Sayyid Abd Hamid Al-Mahdaly Al-Azhari di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pondok Pasir Tumboh

Salam petang Sabtu 19 Safar. Ini adalah perkongsian daripada majlis ilmu yang dibuat malam kelmarin...

Melalui aplikasi yang dihantar daripada grup WhatsApp, ini bukan kali pertama saya menjemput ke majlis ilmu bersama tuan guru dari negara luar. Al-Habib Prof Dr Sayyid Abd Hamid Al-Mahdaly Al-Azhari merupakan seorang mantan pensyarah KUSZA dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam. Beliau lahir di Kota Pare Pare, Sul-Sel, Indonesia pada 31 Disember 1962 dan tamat sekolah arab di Makassar, Sul-Sel, Indonesia pada tahun 1981.

Petang Khamis 17 Oktober 2019 saya pergi ke Pondok Pasir Tumboh yang dikenali dengan nama Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah.

Inilah gambar-gambar yang saya kongsikan semasa majlis ilmu sedang berlangsung di pondok berkenaan.

Ia meliputi 3 sesi iaitu 3 petang - Asar, Asar - Maghrib dan selepas Isyak.

Dimulakan sesi 1 dengan ucapan ulung ialah Mudir Pondok Pasir Tumboh. Kitab telah membincangkan Ihya Ulumuddin (rubu' ibadah). Hadis sahih al-Marbawiyah telah memberi yang mana Jibril AS datang mengerjakan kepada Rasulullah tentang pengisian ilmu. Tidak keluar dari 3 perkara akidah, syariat dan mengikut tertib hadis Al-Islam Wal Iman. Konsep tentang Al-Ikhsan telah disebut. Akal fikiran telah bertentangan maka terkeluar dari agama Islam. Menurut kajian, kita istighfar. Tidak boleh mengatakan agama yang salah. Liberisme adalah tidak betul, sememangnya bertentangan dengan agama lain. Maka terkeluar dari agama Islam.

Sesi 2 diteruskan lagi selepas Asar sehingga sebelum azan Maghrib. Keindahan sifat Allah seperti ar-Rahman dan ar-Rahim. Kaedah ciptaan Allah adalah paling tepat. Istiwa yang dilalui dengan sesuatu tempat. Merokok adalah haram di sisi Islam. Kezaliman merupakan satu dosa yang paling besar.



Sesi 3 diteruskan lagi selepas solat Isyak. Setiap kaum adalah rasul. Cara solat yang tidak sah ialah tidak membaca ketika solat. Beliau orang baik, bukannya jahat. Tiada sesiapa pun yang boleh mengingkari.

Suasana ketika majlis tamat lalu hadirin bersalaman bersama-sama diiringi dengan selawat ke atas Nabi SAW.

Seterusnya sesi bergambar bersama mudir, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar pondok tersebut.






Dengan majlis ilmu ini kenalilah ulama-ulama di negeri kita suatu masa dahulu seperti Tok Kenali, Haji Wan Ali Kutan dan Tuan Tabal barulah agama Islam kita tidak terpinggir ditelan zaman. Korang perlulah belajar ilmu agama, jangan jadi jahil. Untuk makluman korang ini adalah artikel yang ke-87 di blogspot ini.

Sebelum saya mengakhiri artikel untuk korang, antara live yang saya paparkan di Facebook berkenaan dengan Daurah Khas bersama Al-Habib Prof Dr Sayyid Abd Hamid Al-Mahdaly Al-Azhari

1. Sesi 1
    sini


2. Sesi 2
    sini


3. Sesi 3
    sini



Saturday, 12 October 2019

Lawatan ke asrama tempat pengajian tahun lepas bersama sahabat seteman

Salam hari Sabtu 13 Safar. Kembali kepada artikel Memanjat di Bukit Keluang kali kedua - Memanjat ke puncak dan pulang ke rumah dengan melalui jalan Jelawat yang dipersembahkan minggu lepas bahawasanya saya pergi memanjat naik Bukit Keluang, Besut, Terengganu seterusnya malam itu juga kembali ke rumah. Saya ada lawatan ke bekas tempat pengajian bersama dengan rakan sepengajian di Taman Kurnia Jaya, Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Setahu bahawa sudah hampir setahun diberhentikan pengajian dari tempat pengajian tersebut. Kita mulakan dengan cerita ini.

Pagi Isnin 7 Oktober baru ni saya terus bertolak dari rumah untuk melawat ke tempat pengajian masa tahun lepas iaitu Kolej Teknologi Darulnaim. Letaknya 18 km dari rumah saya.

Dimulakan dengan sarapan pagi di restoran Kopitiam Kita di Sri Cemerlang, Kota Bharu dengan menikmati roti Titab.

Selepas itu juga terus meninggalkan kereta saya di Taman Kurnia Jaya untuk pergi ke asrama dengan menaiki kereta milik rakan sepengajian. Rakan sepengajian tersebut berada di sem 3.


Jam 11.45 sampai ke asrama. Jarak asrama dari kolej utamanya dalam 7 km. Asrama ini terletak di Tanjung Chat, Wakaf Mek Zainab, berhampiran bandar Kota Bharu. Kedudukan asramanya berdekatan dengan Masjid Al-Hakim. Manakala kolej utama berada di Taman Kurnia Jaya, Padang Tembak, Pengkalan Chepa berhadapan Padang Golf. 

Akhirnya saya sampai ke asrama di mana masa itu saya berada di bilik 7. Diceritakan hampir setahun lepas saya berhajat untuk memasuki Sem 2 tetapi telah dihalau oleh PA kerana gagal dalam semua kursus. Lihat artikel Selamat tinggal Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang dibuat 10 bulan yang lepas. Tetapi terpaksa berada sekejap sahaja iaitu dalam 5 bulan sahaja.

Seterusnya saya terus bergambar kenangan bersama dengan rakan sepengajian.








Sunday, 6 October 2019

Memanjat di Bukit Keluang kali kedua - Memanjat ke puncak dan pulang ke rumah dengan melalui jalan Jelawat

Bersambung daripada artikel Memanjat di Bukit Keluang kali kedua - Muqaddimah dari Pasir Tumboh ke Jerteh...

Saya terasa keluar mengikut gua sempit. Setelah beberapa bulan yang lalu saya tidak bertandang ke sini.

Selepas itu, saya terus mendaki ke puncak.


Tetapi agaknya jam sudah 6.30 petang masa ini orang nak turun bukit dah. Sebabnya waktu sudah senja. Saya juga memegang tali untuk memanjat dengan berhati-hati. Kalau tidak tergelincir selepas itu jatuh.

Hampir-hampir sampai ke puncak saya terus mengambil gambar pemandangan jauh. Kelihatan jauh ia adalah Institut Latihan Islam Malaysia yang terletak berdekatan dengan Bukit Keluang jah.

Jam 6.41 petang barulah sampai masa untuk turun kembali ke bawah. Tangga ada juga sempit. Saya terasa amat keletihan.

Hampir pukul 7 iaitu dekat waktu Maghrib barulah sampai masa untuk pulang ke rumah dengan melalui jalan Tok Bali. Laluan ini memang agak makan 'jammed' sikit sebabnya ada pasar malam situ. Nak ambil gambar masa memandu biarpun cari tempat lain, yang ni saya memandu kereta nasib baik tak bertembung dengan kereta lain.


Jam 7.30 malam saya terus mengambil jalan Jelawat untuk sampai ke rumah. Dah terasa sudah penat sebabnya saya memanjat di puncak Bukit Keluang. Lalu berhenti rehat dan menunaikan solat Maghrib di masjid ini. Lihat Masjid Sultan Ibrahim, Mujor, Jelawat. Hah!!! Terasa letih doh bossku. Cukup;-)

Friday, 4 October 2019

Memanjat di Bukit Keluang kali kedua - Muqaddimah dari Pasir Tumboh ke Jerteh

Salam Jumaat. Mengimbas kembali kepada artikel Sekitar Majlis Penganugerahan Pengiktirafan Perolehan RM 1 juta kepada Koperasi SMK Kota (KOPTA) dan Pelancaran Produk Budu Keluaran KOPTA yang dikirim Khamis minggu lepas. Artikel tersebut mengenai betapa besarnya kejayaan buat SMK Kota atas memajukan koperasi sekolah tersebut dan meraih perolehan RM1 juta buat koperasi sekolah tersebut. Seterusnya pihak KOPTA melancarkan produk terbaharunya ialah 'budu'. 'Budu' keluaran KOPTA telah dipasarkan di koperasi sekolah itu. Misalnya 'budu' adalah penggemar kepada masyarakat Kelantan dan biasanya dimakan dengan ulam-ulaman ketika zaman dahulu. Adanya pada Jumaat lepas 27 September saya pergi berjalan-jalan ke Bukit Keluang, Besut. Apa lagi jom kita cerita...

Perjalanan ini bermula pada jam 12.45 tengah hari dan terus singgah ke rumah ibu saudara saya di Kampung Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh.

Kebetulan sudah jam 1.05 tengahari sudah masuknya waktu solat fardu Zohor atau waktu solat Jumaat baru sudah sampai. Lalu terus singgah solat Jumaat di masjid berdekatan. Lihat Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh di blogspot Jom ke Masjid.

Apa kata selepas solat Jumaat, saya terus membawa berjalan-jalan ke Bukit Keluang. Lalu mengesetkan GPS dalam radio kereta.

Dari Pasir Tumboh saya terus melalui jalan Pasir Puteh. Jarak tersebut memang dalam 59 km. Pergerakan dalam kelajuan kereta saya telah melebihi 70 km/j.

Sampai di Pasir Puteh Central lalu singgah di stesen minyak Shell untuk mengisi minyak dan mengepam angin. Lalu terus mengambil gambar masjid berdekatan stesen minyak itu. Lihat Masjid Tok Guru, Pasir Puteh Central.

Tadi sudah berkumandangnya waktu Asar di radio jam 4.16 petang, tetapi masih meneruskan perjalanan lagi. Ternampak pintu gerbang dengan di atasnya terendak yang di tengah-tengahnya seperti jata negeri Terengganu. Maknanya menandakan masuknya sempadan ke negeri Terengganu. Setahu saya bahawa saya mahu hendak pergi ke Terengganu.

Jam 5 petang sampai dekat bandar Jerteh lalu singgahlah di masjid ini. Lihat Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh.

Seterusnya saya mengambil jalan Kuala Besut dan Tok Bali.

Akhirnya sudah sampai ke Bukit Keluang. Kedudukannya berdekatan dengan tempat pengajian anak jiran saya di Institut Latihan Islam Malaysia.

Hampir setahun lepas saya pernah pergi ke Bukit Keluang ketika itu. Masa itu saya masih berada di tempat pengajian iaitu KTD. Lihat artikel lama Memanjat di Bukit Keluang setelah sekian lama tak singgah di tempat ini.

Saya rasanya ada benda di atas puncak tersebut. Yang menariknya zoom di atas apa benda.

Rupa-rupanya ia adalah sarang tebuan. Patutpun sekumpulan tebuan buat 'rumah' di atas puncak. Kalau risiko jatuh, ramai pula sekumpulan tebuan datang menyengat pengunjung. Mesti sakit tau. Memang bahaya tau. Kalau boleh membawa maut.

Rasanya dalam artikel yang dibuat itu ketika dalam musim ombak besar berbahaya. Sememangnya bulan November hingga Januari musim itulah tak boleh mandi di pantai sebabnya musim ombak bergelora.