Salam petang Khamis 28 Jamadilawal 1441H. Dalam artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom yang dikirim Jumaat lepas tentang perjalanan hari ke-3 perjalanan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Selepas itu 4 hari 3 malam sudah bermalam di Shah Alam. Hari Jumaat itu berkesempatan menunaikan solat Jumaat di situ. Masih banyak lagi gambar-gambar yang belum diselesaikan semasa perjalanan hujung tahun lepas. Untuk pengetahuan korang, antara artikel yang diselesaikan semasa perjalanan tersebut seperti :
Tetapi cerita perjalanan baru-baru ini pula telah diketepikan lagi. Kita terus 'wak segar angin sikit' perjalanan kecil hujung minggu lepas.
Perjalanan kecil telah dibuat selepas solat Jumaat kemudian terus keluar berseorangan diri pada petang Jumaat 17 Januari 2020. Dari rumah saya di Pendek, Kota Bharu saya terus ke Pantai Senok, Bachok untuk membeli ikan. Tetapi hanya ikan kering sahaja dijual.
Ketika dalam perjalanan itu hujan lebat, tetapi terpaksa membatalkan perjalanan tersebut. Seterusnya saya sampai di Pantai Kubang Golok.
Dari Kubang Golok saya terus pergi ke Pantai Irama Bachok. Berhajatnya saya nak berkelah di situ sebabnya banyak barang makanan yang berada dalam but kereta walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Singgah sat di kedai hardware baru dibuka di Kedai Baru, Banggu, Kota Bharu sebelum sampai ke rumah.
Ketika sampai di kedai hardware itu hujan lebat berhenti. Sambil-sambil itu juga saya terus melihat pemandangan sawah padi dari kedai hardware.
Ketika sampai di kedai hardware itu hujan lebat berhenti. Sambil-sambil itu juga saya terus melihat pemandangan sawah padi dari kedai hardware.
No comments:
Post a Comment