Saturday, 1 February 2020

Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Dari Masjid Kristal ke Londong

Salam. Masuk pula hari ke-2 yang juga terakhir perjalanan kecil ke Terengganu. Bersambung daripada artikel Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Titi hala Pantai Penarik ke Pasor Payang...

Pagi Ahad 26 Januari 2020. Kami sekeluarga keluar berjalan kaki dari homestay untuk menikmati sarapan. 

Pekena pula dengan nasi goreng dan Milo Ais di warung berdekatan. 

Seterusnya kami bersama rombongan keluar dari homestay untuk perjalanan seterusnya ke Taman Tamadun Islam jam 9.30 pagi. 

Tak sangka laluan ke Taman Tamadun Islam rupanya memasuki lorong Kampung Losong. Mungkin atas arahan Waze, melalui jalan itu. 

Setibanya selepas memasuki lorong itu kami terjumpa pintu masuk utama ke Taman Tamadun Islam. Andai kata banyak replika masjid-masjid di seluruh dunia yang ada di kawasan ini. Tetapi ada juga yang tidak digunakan atau masih digunakan sebagai pameran.

Kami sudah sampai di Taman Tamadun Islam dalam jam 10.15 pagi.


Seterusnya kami berjalan-jalan ke Masjid Kristal.

Inilah kali kedua kami membawa ke sini lalu melihat sungai-sungai yang menyeberangi laut berdekatan.

Kami sekeluarga terus bergambar bersama-sama rombongan sebagai tanda kenangan.


Cuma apabila sampai ke Masjid Kristal ini sudah ditutup mungkin atas faktor keselamatan. Sebab itulah harus dibaik pulih. Lihat artikel Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas itu kami keluar dari Masjid Kristal.

Dari Taman Tamadun Islam kami melalui masuk ke bandar Kuala Terengganu untuk melalui Jambatan Angkat. Tetapi nenek saudara saya yang menaiki Proton Persona nampak gayanya terpaksa balik awal disebabkan ada majlis kenduri di Sungai Pinang, Tumpat. Maka kami pun meneruskan lagi perjalanan. Takpe saya akan tunjuk Waze untuk sampai ke Jambatan Angkat.

Dipendekkan cerita jam 12.50 tengahari kami sampai ke jambatan angkat yang menjadi ikonik kepada rakyat Terengganu. Empat menara antara simbolik kepada jambatan angkat yang baru dibuka tersebut.

Kami pun terus melalui jambatan angkat tersebut. Rasanya macam kat London pulak. Alhamdulillah sudah kali pertama kami melalui jambatan angkat yang baru dibuka lebih kurang setahun lepas.

Lalu kami terus berjalan-jalan ke sekitar jambatan angkat ala-ala London.


Rasanya ada terdengar macam bunyi hon dari kapal besar. Rupanya kapal kecil melalui sungai menyeberangi laut. Saya ingat jambatan itu akan diangkat naik.

Kemudian melihat pula suasana laut indah di tepi jambatan angkat.

Thursday, 30 January 2020

Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Titi hala Pantai Penarik ke Pasor Payang

Salam semua. Sukacita dimaklumkan tadi saya menyertai Kejohanan Merentas Desa walaupun saya sebagai bekas pelajar SMK Kota. Walaupun dalam keadaan letih, tetapi masih menceritakan perjalanan terbaru di Terengganu Sabtu dan Ahad lepas. Sebelum itu merujuk kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari Shah Alam ke Bangi untuk bermalam yang dipersembahkan Isnin lalu. Pada hari Tahun Baru Cina saya dan keluarga bersama rombongan membuat satu perjalanan ke negeri Terengganu. Pada penghujung artikel ada diberitahu bahawa perjalanan Terengganu itu akan dipersembahkan secara berselang-seli dengan cerita perjalanan pusing-pusing sekitar Lembah Klang. Bermulalah perkongsian korang...

Perjalanan bermula Sabtu 25 Januari 2020 jam 8 pagi apabila kami sekeluarga membantu mempersiapkan barang-barang keperluan dimasukkan ke dalam kereta. Kami menunggu nenek saudara saya di Lating bersama tiga sekeluarga pergi bersama. 

Disebabkan kami terpaksa menggunakan Lebuhraya KBKK untuk sampai ke Melor. Menurut nenek saudara saya mereka menunggu di Melor. Kelajuan dalam meter melebihi 120 km/j. Namun masih lagi menurun ke Ketereh. 

Cuma kami mengambil laluan biasa untuk ke Jerteh. Ada menunggu satu lagi rombongan untuk pergi bersama-sama iaitu yang ternampak berdekatan dengan masjid ini. Lihat artikel Masjid Tok Wan, Wakaf Lichong, Pasir Puteh di blogspot Jom ke Masjid

Menunjukkan jam 12 tengahari kami meneruskan perjalanan melepasi pintu gerbang sempadan Terengganu dan Kelantan. 

Disebabkan atas usaha rombongan kami pun terpaksa menggunakan jalan Kuala Besut untuk sampai ke Pantai Penarik, Setiu. Laluan inilah saya pernah pergi ke Kuala Besut dan Bukit Keluang. 

Dari Kampung Raja kami melalui jalan Pantai Penarik untuk sampai ke Kuala Terengganu. Singgah sat di Masjid Penarik. 

Setahun lepas diceritakan saya memandu sendiri untuk ke Pantai Penarik. Lihat artikel lama Perjalanan Pertama Tahun Baru 2019 di Pantai Penarik, Setiu

Kami terus menunaikan solat Zohor di masjid ini bersama-sama sementara menunggu rombongan dari Perak dan Sarawak untuk berjalan-jalan. 

Selepas solat kami pun melihat suasana Pantai Penarik.

Lalu berkelah di wakaf untuk menikmati selera makan sambil mencari ketenangan.

Dari Pantai Penarik kami meneruskan lagi perjalanan lalu singgah untuk membeli keropok di Merang, Setiu.

Dipendekkan cerita pada jam 4 petang kebetulan kami melalui jalan Gong Badak. Rasanya Universiti Unisza di situlah ibu saudara saya diadakan konvokesyen dibuat di Stadium Gong Badak hampir 5 tahun lepas.

Hampir 4.30 petang kebetulan kami memasuki bandar Kuala Terengganu.


Singgah sebentor di Pasor (Pasar) Payang pula...


Di tengah bandar Kuala Terengganu ada sebuah masjid utama (masjid negeri) lalu singgah solat Asar. Lihat Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Selepas solat singgah lagi pula di Pasar Payang.

Jam hampir 6 petang kami masih berada di Chinatown.



Sebelum sampai ke homestay kami terus singgah di surau ini untuk makan dan membuang air kecil. Lihat Surau Haji Sabari, Kuala Terengganu.

Sepatutnya pukul 6 petang kami terus melalui Jambatan Angkat Terengganu, dikenali Jambatan London. Disebabkan kesuntukan masa waktu hampir maghrib kami terus check-in homestay di Kuala Ibai. 


Monday, 27 January 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari Shah Alam ke Bangi untuk bermalam

Gong Xi Fa Cai. Walaupun hari ini merupakan hari ke-3 perayaan yang disambut oleh berbangsa Tionghua. Adapun malam semalam kami selamat sampai kembali daripada perjalanan 2 hari semalaman ke Terengganu melibatkan beberapa tempat. Tetapi kita terus dikemaskinikan dulu dengan perjalanan hujung tahun 2019 di sekitar Lembah Klang 18-26 Disember 2019 dan masih meneruskan perjalanan masuk ke hari ke-4. Korang tak perlu risau rasanya kita sudah memasuki genap sebulan perjalanan kembali dari perjalanan tersebut. ersambung daripada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom

Petang Sabtu 21 Disember 2019. Setelah 3 hari bermalam di rumah saudara saya di Shah Alam kami terus keluar untuk sampai ke Bangi. 

Walaupun saya tahu jalan untuk ke Bangi, saya terpaksa menggunakan aplikasi Waze. Dipendekkan cerita perjalanan bermula pada jam 3 petang selepas solat Zohor. 

Daripada sumber Waze jarak untuk sampai ke Bangi hanyalah dalam 32 km bersamaan dengan masa dalam 46 minit. Ditambah lagi menggunakan laluan lebuhraya untuk sampai ke sana. Ini kerana kawasan ini dianggap sibuk untuk mencari kerja di mana-mana tempat. Apabila masuk ke Lebuhraya ELITE kenderaan terus bergerak perlahan. Pertambahan kenderaan hanyalah sementara. Disebut dalam Waze ada kemalangan di hadapan, tetapi tiada kemalangan di sana. 

Untuk sampai ke Bangi saya terus menggunakan Persimpangan Saujana Putra untuk sampai ke sana. Korang yang tak tahu ini dia guys jalannya. Disebut dalam Waze dalam 500 meter belok ke kiri. 






Sekejap je sampai Bangi kalau dari Shah Alam. Alang-alang kita tadi telah berjaya melalui jalan yang diikuti Waze dengan tepat, tanpa sesat di tempat lain. Kalau sesat guys apa sudah jadi, kita meronda-ronda sahaja, cari duit untuk mengisi minyak dan sebagainya. 

Jam 4 petang lebih kita sudah sampai ke Bangi. Inilah rumah saudara saya yang berada di situ guys.

Jam hampir masuk waktu Asar barulah sampai ke rumahnya. Saya pun terus ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Asar. Berasa dah sikit kepenatan.