Monday, 9 May 2022

Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Memasuki hari pertama yang juga hari raya yang ke-5

Salam 7 Syawal 1443H. Merujuk kepada artikel Kompilasi Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota 28-29 April 2016 yang dipersembahkan pada Khamis lepas. Adapun saya dan keluarga ada membuat perjalanan di beberapa tempat termasuk Terengganu. Baiklah, sekarang memulakan siri cerita. 




Pagi Jumaat 6 Mei 2022 sekitar jam 10 pagi kami meninggalkan rumah untuk memulakan perjalanan. 





Jam 10.40 pagi kami sampai ke jalan Tanah Merah untuk menuju ke Jeli. Kelihatan gambar tengah jalan jammed di Batang Merbau. Sebab musim seperti biasakan perayaan. Jadi ramai orang nak ambil keputusan untuk balik ke rumah dengan mengikut negeri masing-masing disebabkan sebelah luar negeri hampir cuti Sabtu dan Ahad. 





Dari meredah jalan jammed kami singgah di masjid ini. Kebetulan saya beritahu jalan di mana majlis diadakan bertempat di dewan berdekatan masjid. Lihat artikel Masjid Mukim Batang Merbau di blogspot Jom ke Masjid. Selepas itu kebetulan sepupu saya sampai terus ke satu majlis tersebut. 





Jam 11.40 sampai ke dewan Khalisa Batang Merbau untuk satu majlis perkahwinan sepupu perempuan saya. 










Seterusnya tepat jam 1.10 menandakan masuknya waktu solat Jumaat/Zohor singgah pula menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan seperti dinyatakan di artikel. Saya bersama dengan ayah dan bapa saudara saya turut menyertai kerana hanya berjalan kaki 200 meter untuk sampai ke masjid. 


Selepas solat Jumaat saya pun balik pula ke majlis tersebut. Jam 3 petang kemudian kami pun keluar ke Jeli untuk beraya di sana. Almaklumlah dah lebih 2 tahun tidak dapat merentas negeri dan daerah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencegah COVID-19 yang semakin mengganas. Terakhir sampai di sana ketika majlis akad nikah kakak sepupu semasa Syawal tahun 2020 tak silap. Kemudian bermalam di homestay di Pasir Tumboh tanpa perlu balik ke rumah disebabkan keesokan hari merancang ke Terengganu. Selepas itu kita tak perlu balik ke rumah sebab ada perancangan untuk esok menziarahi kematian di Kemaman kemudian selepas menunaikan solat Subuh di sana terus bertolak. 



No comments:

Post a Comment