Wednesday, 11 May 2022

Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Hari raya ke-6 di Terengganu

Salam 9 Syawal. Bersambung di bahagian akhir iaitu daripada artikel Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Memasuki hari pertama yang juga hari raya yang ke-5




Selepas solat Subuh Sabtu 7 Mei 2022 bersamaan 6 Syawal 1442H bertolak dari Pasir Tumboh. Kami terpaksa bertolak awal disebabkan ramai perantau berlumba-lumba untuk meredah jalan jammed setelah menamatkan aktiviti cuti raya. 

Awal pagi masa itu jalan masih clear dan ada juga yang ingin pulang pada waktu tersebut. Sebab sana dapat tol percuma bermula hari ini sehingga esok. 




Terus ambil laluan Jerteh - Setiu. Gambar ini diambil jam 7.43 ketika berada di Jabi. 




Singgah sarapan pagi tengah bandar Permaisuri yang mana berada di masjid ini. Teringat masa pertengahan tahun 2000an singgah di masjid ini dengan ibu saudara saya. Tapi tak ingat masa itu sebab saya masih kecil lagi, cuma lalu ke Melaka. Lihat artikel Masjid Bandar Permaisuri di blogspot Jom ke Masjid




Untuk mempercepatkan perjalanan untuk sampai, terus memasuki Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2). Kelihatan jalan agak jammed disebabkan ramai yang menggunakan laluan ke Pahang dan Kuala Lumpur setelah tamat cuti raya seminggu. Cuma setakat LPT2 sahaja boleh lalu. 

Mengikut kepada cerita pada Mac lepas sudah dikongsikan pada cerita iaitu Hari pertama pembukaan Mydin Mall TunjongHampir 3 tahun tak menjejaki pantai di Tumpat dan Santaian Pantai Melawi dengan adanya tempat baru. Hujung minggu tersebut selepas itu pergi ke bandar Tanah Merah untuk majlis solat hajat semperna naik rumah baru nenek saudara (tidak diceritakan di blogspot ini). selepas itu ada kiriman mengenai Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota yang diadakan pada hari Khamis dan Jumaat 28 dan 29 April 2016. Lihat Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Lebih banyak kenangan terindah yang akan menyusul. Seterusnya lebih kurang 7 minggu kemudian saya telah mengumpulkan beberapa artikel tentang gambar lama tersebut lalu melihat Kompilasi Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota 28-29 April 2016










Dipendekkan cerita jam 12.30 tengahari sudah sampai ke Binjai, Kemaman. Kebetulan bapa saudara kami tiada di rumah disebabkan ada majlis kenduri yang diadakan berdekatan rumah. Baiklah sambil-sambil itu singgah pula menjamakkan Zohor dan Asar di surau yang berdekatan. Lihat Surau Al-Munawwarah, Binjai. Teringat lagi lebih 10 tahun lepas (masa itu saya darjah 6) pernah singgah di rumah ini dan pada masa yang sama ada majlis perkahwinan anak bapa saudara dibuat di tengah lapang di depan rumah itu. Sekarang setelah 10 tahun tidak datang ke rumah ini kelihatan depan mata sudah ditumbuhi lalang dan telah terbinanya rumah dua tingkat yang begitu indah. 




Selepas solat kami terus ke rumah tersebut. Terasa lama dah berpuluh-puluh tahun sudah tak singgah sini. Cumanya datang sini untuk menziarahi nenek saudara yang meninggal dunia pada bulan Ramadan lepas. 

Bulan Ramadan lepas cuaca agak panas sehingga menyebabkan kehausan begitu melampau. Betapa siksanya cuaca panas dan kemarau berpanjangan boleh terjadinya macam ini. Tetapi itulah bulan Ramadankan kena banyak bersabar. 




Dari Binjai mengambil terus ke LPT2 untuk mengambil laluan Kuala Terengganu untuk sampai ke Kuala Berang. Singgah di kedai Umira Nasi Kukus di Kuala Berang yang dimiliki ibu dan bapa saudara saya. Kedai ini dikatakan kedai nasi kukus tersohor di Pantai Timur. 





Makan nasi kukus di kedai ini...




Jam 6.40 petang kami terus melalui LPT2 untuk sampai ke Setiu. Memandangkan keesokannya adik sekolah terpaksa balik dengan secepat mungkin. Sebelah kanan laluan dalam gambar keadaan agak meletihkan disebabkan ramai perantau yang ingin pulang ke tempat masing-masing selepas cuti raya. Agak-agaknya bila sampai, manalah tahu. Dari Setiu ke LPT2 mengikut info kesesakan meliputi 60 km. Harapnya lebih 3 juta kenderaan sahaja memasuki Kelantan yang menyambut hari raya Aidilfitri pada setiap tahun. 




Jam 8 malam pula singgah di masjid yang berdekatan sempadan daerah Setiu dan Besut. Di sini mahu menjamakkan Maghrib dan Isyak kemudian beriktikaf. Hajatnya nak mandi di sini tetapi tidak kesampaian sebab ketiadaan bekalan air. Mungkin disebabkan ramai perantau yang guna. Lihat Masjid Kampung Bintang, Setiu

Dipendekkan cerita kembali ke rumah pada jam 10.15 malam. Jadi nak cari tempat lain pun kenderaan banyak tersangkut jammed disebabkan ramai yang ingin pulang ke rumah masing-masing. Turun dari rumah lagi pada hari Jumaat itu disebabkan ada satu majlis kenduri di Tanah Merah, selepas itu beraya di Jeli dan bermalam pula di Pasir Tumboh. Keesokannya lalu pula pergi balik dengan melalui jalan Pasir Puteh ke Kuala Terengganu untuk sampai ke LPT2. Acah-acah samalah. Ya. 




No comments:

Post a Comment