Salam Selasa 12 Syaaban. Merujuk pada artikel Hari pertama pembukaan Mydin Mall Tunjong yang dipersembahkan Jumaat lepas. Adapun saya ada satu perjalanan kecil di Tumpat. Apapun jom cerita...
Petang Jumaat 11 Mac 2022 selepas Asar saya membawa adik saya untuk ke pantai di Tumpat. Last sampai di Tumpat ini masa awal tahun 2019 (lebih kurang hampir 3 tahun) dan setelah tidak bertandang di kawasan ini. Cuma kali ini saya ambil keputusan untuk ke jalan Pengkalan Kubor bagi mengelakkan kesesakan di pekan Wakaf Bharu disebabkan sekarang ini terbinanya jambatan tambahan di pekan tersebut.
Dari Wakaf Bharu saya mengambil jalan ke pekan Tumpat untuk ke Tanjung Che Mas. Di mana lokasi bot milik bapa saudara saya mendarat.
Di depan tu memang bot milik bapa saudara saya. Ayah saya memang pernah sekali ke laut bersama bapa saudara.
Bot ni milik siapa ni? Agak-agaknya bilalah nak boleh siapkan bot ini. Bot ini tak silap baru buat lebih kurang 5/6 tahun lalu. Sebab saya pun tak tahu bot ni bila baru buat.
Dari bandar Tumpat saya melalui jalan Pengkalan Kubor untuk ke pantai Geting. Tadi saya tak ingat nak ambil gambar Pantai Tujoh ini disebabkan saya melalui laluan ini. Padahal dekat deh dengan Pantai Geting ini. Sebab saya selalu memandu kereta kadang-kadang mudah terlupa.
Saya pun terus menaik tangga menara untuk melihat pemandangan dari atas.
Di sini tahun 2019 saya sampai. Cuma kali ini ada hajat untuk sampai ke sini setelah hampir 3 tahun tidak bertandang ke sini.
Tetapi semenjak peralihan dari pandemik PKP ke endemik alangkah memang ramai begitu pengunjung. Di depannya ada beberapa deretan pokok ru. Aku ingat macam di Pantai Nami, dekat Senok, Bachok.
Gambar ini dirakam pada pukul 7.13 petang. Disebabkan masa semakin suntuk waktu itu jadi semakin terhad. Jadi memang dah lama tak sampai di pantai di daerah Tumpat ini.
Apa kata waktu maghrib sebelum pulang ke rumah, saya telah merancang untuk melalui jalan Pengkalan Kubor bagi melawat dan menunaikan solat di masjid menarik ini untuk sampai ke Wakaf Bharu. Agak-agak siapalah yang menyumbangkan hiasan luar dan dalam masjid menarik ini. Ditambah lagi dengan sumbangan kepada orang ramai termasuk penduduk kampung. Lihat artikel Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang di blogspot Jom ke Masjid.
Artikel lain seperti berikut :
No comments:
Post a Comment