Saturday, 7 February 2026

Cerita di tahun baharu 2026

Salam. Bermulalah satu artikel kompilasi yang dijalankan baru ini pada awal tahun. Melalui artikel ke-306 dalam blogspot Nota Untukmu. 




Gambar di atas menunjukkan rumah saya ketika suasana majlis perkahwinan sepupu lelaki di Pendek, Kota Bharu pada pagi Sabtu 10 Januari 2026. Pada 2 Januari lalu iaitu 2 hari permulaan tahun baharu saya, keluarga dan ibu saudara dari Melaka berpeluang untuk melakukan perjalanan ke Terengganu selama 3 hari 2 malam. Penutup cerita singgah di Bukit Keluang, namun terasa tidak larat terus pulang ke rumah sendiri. 

Sepanjang hari tersebut mendapati anak-anak yang masih bersekolah sedang menikmati cuti persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan bagi tahun tersebut pada 11 Januari. Sepanjang cuti persekolahan juga banyak aktiviti dijalankan seperti majlis kenduri, menikmati percutian dan banyak lagi. Pada hari Khamis 8 Januari diadakan satu majlis kenduri bagi pihak isteri sepupu di Lati, Pasir Mas seterusnya terus ke Jeli. Manakala Sabtunya pula 10 Januari diadakan bagi pihak lelaki di kampung saya sendiri. 

Oleh itu, maka memperkenalkan semua artikel dikumpulkan sehingga terakhir aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun baharu tersebut. 














No comments:

Post a Comment