Salam Jumaat 4 Syaaban 1447 Hijriah. Ini adalah perkongsian daripada 2 minggu lalu yang mana merupakan kesinambungan daripada artikel Tahun baharu 2026 di Terengganu - Penutup cerita di Bukit Keluang.
Petang Isnin 5 Januari 2026 kami ke majlis kenduri rakan sekampung yang juga pengiring Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Bandar Baru Tunjong.
Gambar di atas antara persembahan nyanyian Dikir Barat dari dua artis terkenal iaitu Fendi Kenali dan Denmanjo. Lagu Bea Sobar Bea atau Cinta Setandan Pisang yang pernah menjadi viral sehingga ke luar negara turut dinyanyikan.
Pagi Khamis 8 Januari turut bersama rombongan untuk majlis perkahwinan pihak wanita kepada sepupu di Lati, Pasir Mas. Berhenti di masjid ini sebelum melakukan perarakan. Lihat artikel Masjid Rahmaniah, Pondok Lati di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Pagi Sabtu 10 Januari. Inilah rumah saya di Pendek ketika diadakan majlis perkahwinan sepupu lelaki. Kerusi meja diletakkan dalam garaj.








No comments:
Post a Comment