Monday, 24 August 2020

Kembali bersua selepas lebih 5 bulan tidak bersua muka akibat PKP

Salam semua. Merujuk pada artikel  Panduan berbelanja secara berhemat dipaparkan pada Selasa 17 Mac lalu, iaitu tarikh sebelum PKP bermula. Sedar tak sedar sudah lebih 5 bulan saya tidak mengemaskinikan mana-mana blogspot. Saya juga telah begitu lama menyepi tidak bersuara. Ini disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia dan Kelantan sejak 18 Mac lalu dan tamat pada 9 Jun lepas. Kini negeri kita Kelantan berada dalam bebas atau zon hijau COVID-19. Namun kini tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijangka berakhir pada 31 Ogos depan. Sebab saya berbuat begitu ada dinyatakan dalam artikel tersebut juga artikel sebelumnya iaitu gambar catatan.

Kalau tidak kerana itu mungkin saya akan terus menyepi buat beberapa bulan lagi. 


Walaupun wabak belum berakhir, saya pun tetap menulis beberapa artikel semasa PKPP ini. Semoga wabak COVID-19 dapat ditangani dalam secepat mungkin.


Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian I

Salam Sabtu 23 Muharram 1447 Hijriah. Merujuk kepada artikel  Fantastic Fest 2025  yang dipersembahkan Selasa lalu. Adapun tiga minggu lalu ...