Sedikit daripada 2 minggu lalu.
Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh syariah iaitu Makar Fest 2025 bertempat di Mydin Mall Tunjong. Festival ini diadakan selama 4 hari bermula Rabu 29 Januari - Sabtu 1 Februari 2025. Antara aktiviti dijalankan seperti perarakan 'superbike', festival, persembahan nyanyian dari artis tempatan, pertandingan, malam kesenian, ceramah keagamaan dan banyak lagi.
Festival ini dengan kerjasama Jabatan Kesenian Negeri Kelantan dan penyiar rasmi radio THR Gegar. Gambar yang saya ambil ini adalah merupakan hari pertama festival Makar Fest.
Pada hari pertama aktiviti ini diadakan seperti pertandingan memasak. Kemudian sebelah malam pula diadakan majlis perasmian dan slot keagamaan bersama Ustaz Wan.
No comments:
Post a Comment