Merujuk pada artikel Makar Fest 2025 yang dipersembahkan 11 Februari. Apa cerita tentang daripada 3 minggu lalu.
Pagi Jumaat 31 Januari 2025 saya dan keluarga keluar dari rumah ke Mydin Mall Tunjong untuk membeli barangan keperluan dengan menggunakan duit MyKasih daripada sumbangan kerajaan.
Kemudian sampai dewan di Salor untuk menghadiri satu majlis kenduri jiran lalu menikmati makan tengah hari. Tempat ini dinamakan Dewan Abe Mat Ngepek Salor 2.
Seterusnya petang Sabtu 1 Februari saya pun bersama kekasih ke Pantai Geting. Sepatutnya saya telah membuat perancangan untuk berjalan jauh di luar negeri, namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan buat masa ini tidak dapat ke mana-mana lagi. Ditambah dengan dalam negeri ini diadakan banyak kenduri.
Kali terakhir ke sini dalam 6 bulan lalu iaitu bersama keluarga ke rumah rawatan penyakit secara Islam yang letaknya di Geting.
Cuma sekarang tidak semeriah dulu. Dulunya tempat bayaran untuk menaiki bot kayuh dalam sebanyak mungkin sekitar RM3.
Waktu sudah malam membuatkan terasa letih. Sepatutnya saya mahu pulang ke rumah dan sampai selepas Isyak. Disebabkan buat masa itu jalan pula sesak dan 'jammed' ditambah dengan hari cuti tahun baru Cina maka perancangan mahu singgah di masjid mukim Geting.
No comments:
Post a Comment