Pagi Selasa 1 September 2020 kami meneruskan perjalanan terakhir dari Bangi.
Rasanya kenapa tersilap jalan dengan melalui Terminal Bas Selatan (TBS)? Hmmmm. Saya ingat kami nak naik bas teringatkan dahulu pernah menaiki bas dan berhenti di terminal bas tersebut. Tapi takpe korang dah guna Waze kan. Saya pun guna Waze juga.
Berdasarkan pada peta Google Maps, jarak dari Gombak (laluan yang saya lalu) untuk sampai ke Terengganu lebih kurang dalam 435 km.
Ada beberapa tempat RnR yang saya berhenti ketika melalui LPT :
1. Hentian Sebelah Lanchang
Tempat inilah saya pernah berhenti lebih kurang 2 tahun lepas ketika pergi ke rumah ibu saudara kepada ayah saya di Lanchang. Kali ini saya singgah untuk melepaskan kepenatan.
2. Hentian Sebelah Maran
Kali ini saya singgah untuk menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar.
3. Hentian Rehat Perasing
Singgah pula untuk melepaskan kepenatan dan tidur. Ada dua laluan/arah untuk ke hentian tersebut seperti dari utara dan selatan.
Setelah lebih beberapa jam melalui LPT kami terus kelaparan dan mengambil keputusan untuk singgah di restoran nasi kukus milik sepupu saya di Ajil.
Dalam pukul 5.15 petang kami sudah sampai di restoran Umira Nasi Kukus. Umira Nasi Kukus inilah dimiliki oleh sepupu saya selain daripada Mr Cholek berhampiran kampung saya, Pendek.
Seterusnya kami terus mengambil laluan LPT semula untuk sampai ke Kuala Terengganu.
Dalam 7.10 malam terus melalui jambatan angkat yang tertumpu kepada empat menara yang baru dibuka hampir setahun lepas.
Baru-baru ini semasa hari tahun baru Cina pernah singgah bersama rombongan termasuk nenek saudara saya yang berada di Sungai Pinang (kini berpindah di Lating, Mulong). Tapi nenek saudara saya baru-baru ini balik disebabkan ada kenduri di Sungai Pinang itu. Jadi kami ambil keputusan untuk melalui jambatan angkat ini.
Kali ini kali kedua baru dapat merasakan laluan jambatan angkat dengan pemandangan waktu senja.
Selepas itu barulah kami menggunakan jalan pantai yang dikenali 'Miami Beach' untuk ke Gong Badak - Setiu untuk sampai ke rumah. Waktu itu sudah 7.45 malam.
Selepas itu saya pun melintas jalan untuk menyeberangi seberang pantai di hadapan masjid utama ini.
Maka kami ambil keputusan melalui Terengganu untuk sampai ke rumah disebabkan jalan jammed di Raub katanya disebabkan kerja penurapan tar di jalan tersebut. Baru tahu kami mengikut jalan pantai dan juga jambatan angkat.
Kami pun terus menggunakan laluan Pantai Penarik - Fikri - Kuala Besut - Tok Bali untuk sampai ke rumah. Rasanya kami bercadang untuk membeli keropok lekor namun waktu sudah malam, waktu itu sudah terhad perniagaannya dan tutup kedai. Kami sampai ke Kampung Raja sebelum Kuala Besut dalam jam hampir 9.45 malam.
Kami sampai rumah pada jam 11.30 malam. Meter kereta menunjukkan 1,235 km sejak dimulakan pada hari Jumaat 28 Ogos 2020 dengan melalui laluan Gua Musang - Kuala Lipis - Raub untuk sampai ke Lebuhraya Karak. Rujuk kembali artikel
Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan di Bangi. Sekian perkongsian cerita buat hari ini dan tamatlah cerita jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP 28 Ogos - 1 September.