Tuesday 13 July 2021

Kenangan PT3 2015 di SMK Kota - Bahagian 2

Salam 2 Zulhijjah. Bersambung daripada Kenangan PT3 2015 di SMK Kota - Bahagian 1...



3. Motivasi Pecutan Akhir PT3 2015






Motivasi Pecutan Akhir PT3 2015 ini diadakan 9 September 2015 bersama panel jemputan khas iaitu PU Izzat. Nama sebenar PU Izzat adalah Izzat Fathi bin Hisham berasal dari Pantai Remis, Perak. Beliau berpendidikan ijazah UKM Bahagian Sosiologi dan Antropologi. Masa itulah beliau bermotivasi dengan begitu peramah, mesra dengan sekeliling pendengar dan lebih kelakar. 



Bagi sesiapa yang ingin menjawab sila pergi ke depan dewan siapa tahu. Jangan malu. Kata PU Izzat. Beliau menjawab lagi hanya 3 pembimbing sahaja iaitu setiap pusingan hanya 1 minit mengikut jam pembimbing dan pastikan tiada siapa yang cedera dalam 'game' ini. 





































Rakaman akhir selepas motivasi bersama dengan Cg Madihah Muhammad, Ustaz Wan Pengkuliah Utama Kelantan (PUK), Pengetua sekolah, Cg Tuan Haji Kamaruddin Derahman dan Cg Rosemini Hussein (berbaju merah). 






4. Ujian Penuh PT3 12 - 15 Oktober 2015

Ujian penuh PT3 diadakan di semua dewan peperiksaan sekolah di seluruh negara pada 12 hingga 15 Oktober 2015. Antara ujian yang diadakan : 






  • Isnin 12 Oktober 2015 - Bahasa Melayu (2 jam) dan Matematik (2 jam)

  • Selasa 13 Oktober 2015 - English (2 jam) dan Sains (2 jam)

  • Khamis 15 Oktober 2015 - Kemahiran Hidup Bersepadu mengikut pergiliran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan, Perdagangan dan Keusahawanan (2 jam), Pendidikan Islam (2 jam) dan pelbagai bahasa mengikut giliran iaitu Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun





Gambar ini diambil sebelum memasuki dewan peperiksaan pada hari pertama ujian tersebut (12 Oktober 2015 : 


































































5. Keputusan PT3 2015

Keputusan ujian tersebut begitu mengecewakan tidak sama seperti SPM yang dilaksanakan pada 2017 selepas mendapat keputusan 1A 1C 1E 6F 1 digantung. 




Bila berasa gagal maka usahalah lagi di tahun seterusnya. Tak semestinya gagal dalam hidup tetapi mestilah rajin belajar di hari seterusnya. Peribahasanya tak hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sekian perkongsian untuk hari ini. :)





Thursday 1 July 2021

Kenangan PT3 2015 di SMK Kota - Bahagian 1

Salam Khamis 1 Julai. Merujuk kepada artikel Kompilasi cerita jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKP 2020 yang dikongsikan korang pada 5 Jun lepas. Maka hari ini saya throwback mengenai zaman peperiksaan sebelum datangnya pandemik COVID-19. PT3 merupakan singkatan kepada Pentaksiran Tingkatan 3, ialah sebuah sebuah peperiksaan sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebauh penilaian yang digunakan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dijalankan sejak tahun 1993 hingga 2013. Penggantian tersebut dilaksanakan pada tahun 2014 disebabkan kewujudan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

Pada tahun 2020, pihak KPM telah membatalkan pelaksanaan tersebut serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan pandemik COVID-19 melanda, dan sistem tersebut menggantikan pentaksiran yang dibatalkan. 




Gambar-gambar lama masih disimpan dalam majalah sekolah. Masa itu tingkatan 3 Gigih masih belajar di SMK Kota. Guru kelasnya Cikgu Wan Nurul Ashikin, bagi ketua kelas Helmi. Di tahun 2015 inilah tahun saya ambil peperiksaan PT3. 








Antara gambar-gambar kenangan yang saya lupakan dan sempat disimpan adalah portal rasmi SMK Kota adalah semasa PT3 2015,

1. Bengkel Menjawab Bahasa Inggeris

Bertarikh pada 21 September 2015, iaitu hari Isnin (21 hari sebelum ujian besar-besaran) bengkel menjawab bahasa Inggeris bermula yang dikendalikan beberapa guru-guru bahasa Inggeris PT3 seperti Wan Nurul Ashikin Wan Shukry, Rosliza Ab Rajab dan Haslina Ibrahim. Tetamu yang hadir ke bengkel tersebut ialah Guru Bahasa Inggeris Lelaki dari SMK Teratak Pulai, Bachok. Rasanya hari itulah menjawab soalan bahasa Inggeris semakin susah disebabkan kurang faham tentang bahasa Inggeris. 
















2. Ujian Percubaan Mendengar PT3 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang bertarikh 28 Julai 2015 (78 hari sebelum peperiksaan besar-besaran)







































Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...