Tuesday, 25 February 2025

Dari 'bekwoh' ke tanah perkuburan dan pusat Bio Tech

Adapun diceritakan bahawa 3 minggu lepas berduka cita bahawa waris saya telah meninggal dunia. Dua peristiwa pada hari itu memang mengejutkan bahawa ada kenduri dan kematian. Begini ceritanya. 





Pagi Sabtu 8 Februari 2025 saya keluar pergi ke dewan perkahwinan Dirgahayu di Salor. 




Sebelum ini waris saya telah mendapat kad jemputan kenduri, rupanya dibuat di dewan perkahwinan ini. Gambar ini adalah ketika majlis nikah rakan baik saya yang mana merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai doktor. Banyak perkara lain yang saya peroleh pada musim ketika itu cuti sekolah dengan bertambahnya kesibukan. 









Tapi tu la. Manusia cuma boleh merancang sedangkan Allah SWT yang menentukan. Diceritakan saya menelefon dari waris bahawa kawan baik saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada malam itu. Kemudian mendapat tahu bahawa solat jenazah akan dibuat di masjid mukim Pendek petang Sabtu. Selepas petang itu, hasratnya mahu ke majlis seterusnya, cuma tak jadi kerana diberi tumpuan tentang hal jenazah. 





Saya pun hadir bersama dengan bapa saya sendiri. Usai solat jenazah, tetiba ada waris yang mengenali saya yang tinggal di Kuala Lumpur untuk bertemu ramah. Mungkin sudah beberapa lama tidak bersua setelah merantau di negeri tersebut. 





Tengah hari Khamis 13 Januari 2025 saya bersama rakan saya pula ke tempat ini dinamakan Bio Valley ada satu hal. 




Monday, 17 February 2025

Menarik di sekitar 'bekwoh' melihat terjadi di sekitar Tumpat

Merujuk pada artikel Makar Fest 2025 yang dipersembahkan 11 Februari. Apa cerita tentang daripada 3 minggu lalu. 




Pagi Jumaat 31 Januari 2025 saya dan keluarga keluar dari rumah ke Mydin Mall Tunjong untuk membeli barangan keperluan dengan menggunakan duit MyKasih daripada sumbangan kerajaan. 





Kemudian sampai dewan di Salor untuk menghadiri satu majlis kenduri jiran lalu menikmati makan tengah hari. Tempat ini dinamakan Dewan Abe Mat Ngepek Salor 2. 









Seterusnya petang Sabtu 1 Februari saya pun bersama kekasih ke Pantai Geting. Sepatutnya saya telah membuat perancangan untuk berjalan jauh di luar negeri, namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan buat masa ini tidak dapat ke mana-mana lagi. Ditambah dengan dalam negeri ini diadakan banyak kenduri. 





Kali terakhir ke sini dalam 6 bulan lalu iaitu bersama keluarga ke rumah rawatan penyakit secara Islam yang letaknya di Geting. 










Kemudian singgah pula di Pantai Sri Tujuh. 










Menikmati makan malam di sini. 





Cuma sekarang tidak semeriah dulu. Dulunya tempat bayaran untuk menaiki bot kayuh dalam sebanyak mungkin sekitar RM3. 






Waktu sudah malam membuatkan terasa letih. Sepatutnya saya mahu pulang ke rumah dan sampai selepas Isyak. Disebabkan buat masa itu jalan pula sesak dan 'jammed' ditambah dengan hari cuti tahun baru Cina maka perancangan mahu singgah di masjid mukim Geting. 





Di sini dapatlah beriktikaf terus ke solat Isyak. Jika ada kuliah setiap malam boleh dengar, namun apabila tiada kuliah terus berzikir. 

Sekian cerita. 



Tuesday, 11 February 2025

Makar Fest 2025

Sedikit daripada 2 minggu lalu. 





Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival  patuh syariah iaitu Makar Fest 2025 bertempat di Mydin Mall Tunjong. Festival ini diadakan selama 4 hari bermula Rabu 29 Januari - Sabtu 1 Februari 2025. Antara aktiviti dijalankan seperti perarakan 'superbike', festival, persembahan nyanyian dari artis tempatan, pertandingan, malam kesenian, ceramah keagamaan dan banyak lagi. 





Festival ini dengan kerjasama Jabatan Kesenian Negeri Kelantan dan penyiar rasmi radio THR Gegar. Gambar yang saya ambil ini adalah merupakan hari pertama festival Makar Fest. 




Pada hari pertama aktiviti ini diadakan seperti pertandingan memasak. Kemudian sebelah malam pula diadakan majlis perasmian dan slot keagamaan bersama Ustaz Wan. 











Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok

Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada  Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek .  Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...