Saturday, 9 March 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Riadah ke padang lapang dan ziarah di Taman Impian Putra

Salam. Masih meneruskan lagi hari-4 lagi berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 4 - 9 Februari. Walaupun artikel yang saya buat adalah bersamaan dengan hari ini di mana genap sudah sebulan baru sampai ke rumah lalu rujuknya artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang telah dibuat pada Sabtu 9 Februari lepas. Bersambung daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Ziarah ke Seksyen 3 dan bermalam di Taman Langat Jaya.

Pagi Khamis 7 Februari 2019 saya meluangkan masa beriadah di taman riadah berdekatan dengan rumah saudara mara saya.






Tengok lah juga keindahan taman riadah itu sambil kita bersenam dan berselfie. Selepas itu saya meronda-ronda di sekitar taman perumahan dengan memandu kereta. Lalu di kawasan itu singgah di sebuah surau. Lihat artikel Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi di blogspot Jom ke Masjid.

Malam itu juga kami sekeluarga bersama saudara mara saya terus ke Taman Impian Putra, berdekatan dengan Bandar Seri Putra.


Tapi agak ramainya orang di pasar malam di pekan Bangi.



Jam 8.30 malam barulah kami sampai di Taman Impian Putra. Saya ada jumpa seorang sepupu sama usia saya, tapi tiada di dalam rumah kerana dia menyambung pengajian di UniKL.



Azan isyak pun berkumandang lalu saya pun mengambil lampu suluh walaupun jalan ke surau agak gelap. Letaknya berdekatan dengan rumah yang saya ziarah itu.


Seterusnya kami pun solat Isyak berjemaah di surau Taman Impian Putra. Kebetulan ramai pula orang pergi bersolat di surau ini. Kelihatan sebelah surau masih dalam pembinaan dan sumbangan derma masih diperlukan. Takpalah saya pun ambil RM10 masuk ke dalam tabung itu.


Selepas solat Isyak pula kami pun menghidang makan-makanan seperti sate dan bihun. Sebelum pulang ke rumah itu semula saya pun terhidang...


Wednesday, 6 March 2019

Himpunan aman bantah hina nabi di Medan Ilmu Kota Bharu

Bersambung daripada Pesta Buku Kelantan 2019 di Dewan Jubli Perak MPKB...

Rasanya ramai korang yang tahu pasal kes warga Malaysia bukan Islam membuat lukisan yang mengandungi unsur penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kes ini sedang hangat diperkatakan, tiba-tiba muncul individu-individu lain membuat kenyataan menghina nabi kesayangan bagi umat Islam itu. Disebabkan itu ada kumpulan-kumpulan pembela Islam mahu mengadakan perhimpunan aman membantah perbuatan tersebut di Medan Ilmu Kota Bharu pada pagi Jumaat 1 Mac 2019.

Himpunan-himpunan sama turut dirancang mahu diadakan hari sama Jumaat 1 Mac 2019 di merata tempat.



Tapi ini adalah sekadar contoh sahaja.


Kebetulan pagi itu saya pergi ke pesta Buku Kelantan 2019 terbesar dibuat di Dewan Jubli Perak MPKB. Sebaik sebelum pulang ke rumah saya pun menuju ke Medan Ilmu Kota Bharu, iaitu bersebelahan dengan Pusat Perundangan PAS Cawangan Negeri Kelantan dan Syarikat Jaafar Rawas.

Nampaknya himpunan aman bantah hina nabi pun bermula...


Saya mendengar sahaja bantahan-bantahan yang disuarakan kepada umum oleh para pemimpin dan wakil NGO...


Baguslah ramai begitu bersemangat mahu membela nabi.


 Cuma berpuluh-puluh ribu ekor di atas langit pun sudah berhimpun.


Tak salah untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap mereka yang menghina nabi juga perbuatan itu sendiri.


Tetapi harus ada sekali dengan sesi berselawat atau Mulidur Rasul untuk menunjukkan kita betul-betul akan cintakan nabi.


Pesta Buku Kelantan 2019 di Dewan Jubli Perak MPKB

Perkongsian daripada minggu lepas...

Petang Jumaat 1 Mac 2019 saya bergegas ke Dewan Jubli Perak MPKB di belakang Bazar Tok Guru, bersebelahan dengan Padang Perdana, bandar Kota Bharu ada pesta buku terbesar di negeri ini.



Pesta buku negeri Kelantan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan Persatuan Perpustakaan Sekolah negeri atau PUSTAKA. Bertemakan 'Membaca Membangun Peradaban'. Tema ini memudahkan berilmu tinggi sehingga melanjutkan pengajian di mana-mana pusat pengajian. Pemborongan pelbagai buku-buku adalah dari Syarikat Muda Osman (SMO) Book Stores yang selama ini telah berpusat di negeri Kelantan.

Pesta buku ini bermula 25 Februari hingga 4 Mac 2019, iaitu dalam tujuh hari. Ribuan buku-buku telah dijual dengan harga yang berpatutan dan murah.



Pelbagai buku-buku berunsur keilmuan telah dijual dengan harga memang murah. Tidak la kurang daripada RM 1 ke atas.








Saya telah memilih buku untuk adik saya yang masih bersekolah iaitu darjah 4.




Ada salah seorang yang juga murid daripada sekolah rendah yang masih belum dikenal pasti di negeri Kelantan telah menjawab dan membalas pantun untuk memenangi macam-macam hadiah disediakan.


 Alangkah begitu ramai pun pengunjung yang datang ke pesta buku.



Semoga pesta buku pada masa akan datang lebih meriah. Dengan adanya pesta buku ini dapat memberi manfaat dan memberi contoh teladan kepada semua sehingga berjaya




Monday, 4 March 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Ziarah ke Seksyen 3 dan bermalam di Taman Langat Jaya

Salam. Masuk lagi hari ke-3 lagi berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 4 - 9 Februari 2019. Malah hari ini Isnin 4 Mac 2019 bersamaan dengan Isnin 4 Februari 2019 yang mana genap sebulan kita dalam perjalanan pergi ke Bangi. Dengan merujuk artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed telah dibuat pada Ahad 17 Februari lalu. Maka amat sesuai juga untuk mempersembahkan cerita perjalanan tersebut dengan bersambungnya daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Majlis hari lahir di rumah kenalan bapa saudara saya...

Petang Rabu 6 Februari 2019. Kami keluar dari rumah yang saya ziarahi di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi ke Taman Langat Jaya.

Seterusnya singgah sebentar di rumah saudara mara saya sekarang di Seksyen 3.

Dalam perkembangan peta Google Maps menunjukkan arah yang kami menggunakan laluan ini (garisan biru) adalah dalam lingkungan 3 km.


Selepas itu sebelum masuk waktu Maghrib kami terus pergi ke Taman Langat Jaya.


Lalu bermalam pula di rumah itu...