Salam 29 Syawal. Adapun tugasan saya untuk selesaikan cerita perjalanan semperna cuti raya melalui artikel Raya di Pantai Timur 2023 - Dari 'derak' Terengganu mahu kembali ke Kelantan. Belum selesai lagi cerita ini walaupun esok akan memasuki bulan Islam baru iaitu Zulkaedah. Kali ini biar kita mempersembahkan beberapa album gambar raya dan perjalanan yang tidak dapat dikongsikan dalam artikel sebelum ini.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Saturday, 20 May 2023
Kisah perjalanan raya Aidilfitri 2023 - Album raya dan perjalanan
Gambar diambil semasa hari raya pertama pada pagi Sabtu 22 April 2023 dan inilah tema baju raya saya untuk tahun ini.
Gmabar ini di kampung ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh pada Ahad 23 April bersamaan 2 Syawal.
Di Felda Jengka 6 pada pagi Jumaat 28 April bersamaan 6 Syawal.
Di rumah sepupu ayah saya di Kemaman Sabtu 29 April bersamaan 7 Syawal.
Gambar lain di sekitar Terengganu...
Di resort Villa Sentosa, Kuala Terengganu pagi Ahad 30 April bersamaan 8 Syawal sebelum kembali ke rumah sendiri di Kelantan. Sekian. Tamatlah cerita perjalanan raya Aidilfitri 2023 untuk hari ini.
Friday, 19 May 2023
Raya di Pantai Timur 2023 - Dari 'derak' Terengganu mahu kembali ke Kelantan
Salam 28 Syawal. Sedar tak sedar esoknya berakhirnya bulan Syawal dan kini tibalah masanya untuk memasuki hari terakhir perjalanan lalu bersambung daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Kemaman ambil angin bercuti di Terengganu.
Pagi Ahad 30 April 2023 kami terus keluar ke bandaraya Kuala Terengganu.
Jam 12.42 singgahlah di Pasar Payang pula...
Terus mengambil laluan jambatan angkat untuk sampai ke Gong Badak.
Dari Gong Badak pula singgah pula di sebuah masjid. Lihat artikel Masjid Padang Nanas di blogspot Jom ke Masjid.
Berhenti singgah beli keropok di Merang, Setiu. Disebabkan ramai orang di salah satu kedai keropok paling popular di Pantai Timur, maka tidak mahu untuk singgah di situ. Antara perancangannya oleh ibu saudara sebagai cenderamata yang mahu ke Terengganu.
Selepas itu kami sampai ke Kelantan dengan melalui jalan Setiu-Tok Bali. Jam 6.10 baru sampai di kampung ibu di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh untuk menghadiri satu jamuan makan gulai.
Dengan ini tamatlah perkongsian tentang perjalanan raya di Pantai Timur 27-30 April. Perjalanan ini telah meliputi sepanjang 986 km. Semenjak perjalanan hari pertama pada 27 April bermula dari laluan Gua Musang ke jalan lama Bentong seterusnya Lanchang dan Jengka dengan jaraknya 486 km. Sekian. Wasalam.
Wednesday, 17 May 2023
Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Kemaman ambil angin bercuti di Terengganu
OK. Teruskan memasuki hari ke-3 beraya di Pantai Timur, masa itu masih di Terengganu lagi. Bersambung daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Jengka beraya di Terengganu.
Pagi Sabtu 29 April 2023. Apapun setelah bermalam di Binjai, Kemaman lagi terus bergambar bersama.
Lalu terus bergambar bersama. Cuma hanya sepupu terpaksa menguruskan kedai ini disebabkan mereka itu pergi ke negeri asalnya iaitu Kelantan.
Sekitar jam 3.15 baru boleh menyambung perjalanan. Alang-alang mahu membuat perancangan untuk meluangkan masa bercuti di Kuala Terengganu semperna cuti raya dan hari pekerja. Perancangan dilakukan oleh ibu saudara yang bekerja di kedai nasi kukus itu. Terus masuk ke jalan Marang-Kuala Terengganu.
Jam 5.15 baru sudah sampai di Tok Jembal dan singgah pula bermalam di resort Villa Sentosa. Ibu saudara pula kepenatan setelah memakan jarak lebih 2 jam dari Kemaman. Selepas itu terasa cuci mata sambil basuh pakaian berdekatan dengan surau. Lihat artikel Surau Taman Maidam, Tok Jembal di blogspot Jom ke Masjid.
Nah! Lihatlah betapa uniknya bangunan di Terengganu. Reka bentuk atas loteng menggambarkan ala-ala Limas Bungkus. Macam ni kan.
Kenangan bulan Oktober 2015, hampir 8 tahun lalu. Inilah kedudukan dari homestay ke resort yang kami duduki ketika sekarang ini. Homestay terletak di Jalan Murni, Taman Murni Permai berdekatan lapangan terbang antara menjadi kenangan konvokesyen ibu saudara yang belajar di UNISZA disebabkan keesokan masa itu diadakan konvokesyen di Stadium Gong Badak.
Monday, 15 May 2023
Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Jengka beraya di Terengganu
Salam 24 Syawal. Bersambung pula hari ke-2 perjalanan di 2 negeri Pantai Timur. Bersambung pula daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Beraya di Lanchang dan Jengka.
Pagi Jumaat 28 April 2023 (raya ke-6) sebelum meninggalkan rumah di Felda Jengka 6 kami terus sesi bergambar bersama.
Dahulu sini diadakan majlis kenduri anak sepupu ayah dalam 10 tahun yang lalu. Ketika itu saya berumur 13 tahun (tingkatan 1). Sekarang umur saya 23 tahun. Rumah sebesar macam ini tiada lagi. Kawasan ini boleh diletakkan khemah untuk acara makan dan parking kereta. Kali terakhir singgah di sini pada tahun lalu. Lihat artikel Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Hari raya ke-6 di Terengganu.
Di sebelahnya terdapat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini sedang didirikan dan hampir 50 peratus siap.















