Sunday, 7 July 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024

Salam tahun baru Islam dan 1 Muharram 1446 Hijiriah. Semoga tahun baru 1446 Hijriah ini memberi manfaat yang baik kepada umat Islam. 




Dimulakan dahulu perjalanan dengan bermulanya ada saudara mara dari Bangi yang balik ke Kelantan semperna cuti persekolahan penggal pertama pada Isnin 27 Mei 2024. Disebabkan ada saudara mara yang lama tidak balik ke Kelantan setelah hampir 6 tahun lalu. Pada pagi Khamis 30 Mei ada seorang kematian jiran berhampiran rumah saya di Pendek, Kota Bharu setelah lebih setahun melawan kanser dan hari itu juga dapat melawat kematian di sana. Jumaat 31 Mei bermulalah perjalanan meliputi Lembah Klang dan Melaka. Kemudian pada Ahad 2 Jun terus ke Melaka untuk menghadiri satu majlis kenduri. Maka secara keseluruhan perjalanan adalah 1,165 km dan berada di sana termasuk Kelantan selama 7 hari 6 malam. 


No comments:

Post a Comment