Salam semua. Sedar tak sedar minggu depan akan memasuki ke tahun baharu Islam iaitu 1446 Hijirah dan maka berakhirlah tahun Islam 1445 Hijriah. Hari ini dalam kalendar Islam ialah 23 Zulhijjah. Bermula dengan kehadiran tahun baharu Islam bermulalah dengan program kacau bubur Asyura pada setiap bulan Muharam. Dengan mengambil keberkatan hujung tahun Islam dengan berzikir dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW walaupun masih lagi berada dalam bulan Haji lagi. Ada kalanya jemaah Haji akan bersiap siaga akan berangkat pulang ke tanah air bila berada hujung bulan Zulhijjah dan Muharam.
Setelah hampir sebulan lalu, meneruskan lagi hari ke-6 perjalanan yang juga terakhir perjalanan terbaharu Melaka dan Lembah Klang. Bersambung daripada artikel Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Walimatul Urus dan beberapa tempat di Melaka.
Pagi Isnin 3 Jun 2024 bertepatan dengan hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Saya singgah membeli makanan sarapan pagi tidak jauh dari rumah nenek saudara saya di Bangi.
Jam 9.10 baru bergerak dari Bangi terus ke Shah Alam.
Singgah di Pusat Bandar Hicom di Shah Alam untuk menziarahi ibu saudara. Cuma ibu saudara dalam minggu depan pada hari itu akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Seterusnya terus menyusuri masuk ke lebuh raya baru iaitu Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Gombak. Lebuh raya ini baru sahaja dibuka hampir setahun lalu tanpa meredah kesesakan di Lebuh Raya Lingakaran Tengah (MRR2).
Dari SUKE masih lagi melihat menara pencakar langit tertinggi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Jam 12.40 baru bergerak dari Lebuh Raya Tengah Utama (CSR) Raub terus meluncur ke Dong. Cuma ada beberapa tempat lagi lebuh raya CSR di Pahang yang masih belum siap sepenuhnya.
Dari bulatan Benta singgah di masjid Benta untuk menjamakkan Zohor dan Asar.
Dari Kuala Lipis menghala CSR Chegar Perah untuk memasuki sempadan negeri Kelantan. Ikutkan perancangan mahu singgah di masjid sekitar Kuala Krai, tapi tak sempat. Sebagai ganti, lebih dekat di Gua Musang terus ke masjid buluh.
Dari atas boleh melihat replika 'Masjidil Haram' yang besar. Cuma tidak sebesar Masjidil Haram yang sebenar di Makkah kerananya sedang dalam proses pembesaran.
No comments:
Post a Comment