Sunday, 14 December 2025

Ceramah perdana bersama Ustaz Badli Shah Alauddin di Taman Guru

Salam. Ada sesuatu perkongsian daripada lebih sebulan lalu. 




Sabtu 15 November 2025 malam keluar dari rumah untuk menghadiri ceramah perdana yang bertempat di Masjid Mukim Taman Guru atau dinamakan sekarang ialah Masjid Dar Al-Muallimin di Pintu Geng. 





Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib saya dan bapa sendiri pun bersolat di sini. 





Dianggarkan lebih 500 jemaah dapat hadir ke majlis ilmu ini ada kalanya datang dari beberapa sekitar seperti Pintu Geng, Kota, Pendek, Salor, Wakaf Che Yeh, Padang Enggang, Bunut Payong dan beberapa sekitarnya. 





Sempat untuk menghadiri kuliah bersama Ustaz Badli Shah Alauddin. Beliau merupakan Timbalan Mufti Negeri Pahang. Beliau banyak berceramah tentang sejarah dan keislaman. 





Pelbagai karnival tajaan seperti kesihatan, pemeriksaan mata dan bantuan khusus untuk golongan warga emas disediakan. 



Wednesday, 10 December 2025

Tentang aktiviti, kematian dan pesta buku hujung Oktober 2025

Satu lagi aktiviti yang dilakukan pada hujung Oktober 2025. 





Petang Sabtu 25 Oktober 2025 keluar ke Bandar Baru Tunjong untuk menghantar balik barang yang tersilap hantar ke hadapan rumah. 




Sebaik masuk waktu Asar terus memasuki Pengkalan Kubor kemudian singgah beriktikaf di masjid mukim Geting. 





Diteruskan lagi singgah di Pantai Sri Tujuh untuk tujuan sekadar mengisi perut. 






Kemudian diteruskan lagi perjalanan menghala ke pekan Tumpat untuk sampai ke Kota Bharu. Alhamdulillah dapatlah melalui laluan yang baru siap dibaiki dalam sebulan yang lalu baru ini. Sebelum ini tidak dapat dilalui kerana jalan Jubakar ini sedang dibaik pulih akibat kesan hakisan ombak pada November tahun lalu. Lihat artikel lama Aktiviti awal Mei 2025 - 'Bekwoh' di Tumpat dan apa terjadi berlaku selepas tragedi bah tahun lalu yang dibuat 7 bulan lalu. 










Malam itu juga ada satu kematian bersebelahan dengan rumah saya iaitu bapa saudara saya. Beliau berusia 79 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru setelah terlantar sakit 5 tahun yang lalu. 





Pagi esoknya Ahad 26 Oktober terus memberi penghormatan terakhir seterusnya menunaikan solat jenazah di kediaman arwah sebelum diangkat ke tanah perkuburan di Kampung Gaung, Mukim Pendek. 




Petang itu pula selepas menziarahi arwah di Pendek terus ke pesta buku yang diadakan di Mydin Mall Tunjong. Lihat artikel Sejenak di Pesta Buku Pantai Timur 2025





Petang Jumaat 31 Oktober selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan (lihat artikel Masjid Mukim Binjai pada siang hari di blogspot Alam Melayu dan Islam) terus ke rumah arwah ibu majikan di Mentuan, Binjai untuk menghadiri tahlil 40 hari selepas kematian arwah. Itu sahaja cerita. 



Saturday, 6 December 2025

Sejenak di Pesta Buku Pantai Timur 2025

Salam semua. Merujuk pada artikel ringkasan sepanjang pertengahan Oktober 2025 setelah hampir 2 bulan menyepi atas faktor komputer riba yang dibuat semalam. Adapun mengenai kebelakangan baru ini hampir 2 bulan komputer riba rosak. Ini pula acara yang dibuat pada bulan Oktober baru ini pula. 




Sebelum ini pernah dibuat di Mydin Mall Tunjong pada 28 April lalu iaitu pesta buku peringkat negeri. Lihat artikel ke pesta buku Kelantan 2025 walaupun dalam keadaan putus jari. Kali ini dibuat di tempat yang sama pada 24 Oktober hingga 1 November 2025. Acara ini dianjurkan oleh kedai buku yang terkemuka di negeri Kelantan iaitu Kedai Buku Banggol. 





Petang Ahad 26 Oktober saya ke Mydin Mall Tunjong walaupun hanya 1.5 km dari rumah saya. Ketika itu sudah memasuki hari ke-3 acara tersebut. 





Lebih 2 tahun lalu kali terakhir acara yang sama diadakan di tempat lain iaitu Balai Islam Negeri Kelantan di Lundang. Lihat artikel Pesta buku Pantai Timur 2023





Kali ini diadakan di tempat ini pula disebabkan di kawasan aras dua luas dan profesional selari dengan perubahan semasa. Sejenak di pesta buku ini. 




Semenjak Mydin Mall Tunjong dibuka pada awal Mac 2022 tidak putus-putus menerima pengunjung dari luar mahupun dalam negeri. Namun, pesta buku turut dilaksanakan di tempat yang sama. Lihat artikel lama berikut : 







Ini merupakan kali ke-2 saya berkunjung ke pesta buku Pantai Timur. 









Sejak tahun 2007 saya pernah menjejakkan kaki ke pesta buku, namun belum dibuat blogspot ini kerana saya masih zaman kanak-kanak lagi. Ketika itu diadakan beberapa tempat di sekitar bandaraya Kota Bharu termasuk Dewan Jubli Perak MPKB. Seingatnya saya ke pesta buku dalam 3 kali berturut-turut dalam beberapa tahun. Untuk makluman ini adalah artikel ke-297 di blogspot Nota Untukmu. 




Friday, 5 December 2025

Ringkasan sepanjang pertengahan Oktober 2025 setelah hampir 2 bulan menyepi atas faktor komputer riba

Salam. Merujuk pada artikel Cuti hari keputeraan di Terengganu yang dipersembahkan pada 15 Oktober lalu. Hampir 2 bulan kebelakangan ini komputer riba saya rosak disebabkan masalah perkakasan. Maka tidak dapat berbuat apa-apa di blogspot ini. Itulah antara faktor yang menyebabkan lebih sebulan tidak dapat mengemaskinikan di blogspot ini. Begitulah catatan semua hanya di blogspot ini. Walaupun sudah berlalu, kali ini baru memulakan sedikit artikel. 




Petang Jumaat 17 Oktober 2025 saya dan keluarga menghadiri majlis kenduri waris di Kampung Sireh Bawah Lembah, iaitu lebih kurang 500 meter dari Bandar Baru Lembah Sireh. Di sini sudah 2 kali singgah di rumah ini dan ketika itu majlis sama seperti sebelum ini lebih kurang 5/6 tahun lalu. 





Sebelum berangkat ke kampung ibu saya, sempat singgah di masjid berdekatan dengan rumah yang diadakan majlis tadi. Lihat artikel Masjid Maulana Al-Khurasani, Kampung Sireh Bawah Lembah di blogspot Alam Melayu dan Islam. Kemudian terus singgah lagi di masjid Telipot untuk satu urusan. 





Pagi Sabtu 18 Oktober singgah ke KB Mall. Kebelakangan hari itu semakin ramai perantauan untuk menghabiskan masa untuk bercuti semperna hari perayaan Deepavali yang akan menjelang 20 Oktober itu. 





Pagi Rabu 22 Oktober singgahlah di pantai Melawi di Bachok. 









Seterusnya singgah di pantai Irama. Kawasan ini banyak kenangan yang saya lupakan semasa zaman kanak-kanak iaitu mengutip tapak sulaiman dan menjumpai obor-obor namun tidak boleh disentuh kerana ia boleh membawa penyakit seperti gatal. 





Kemudian singgah lagi di pantai Senok. Cuma laluan ke pantai itu tidak boleh dilalui kerana pembaikan jalan. Terpaksa berpatah balik lalu singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Al-Munir, Pantai Senok dari sisi hadapan





Pagi Khamis 23 Oktober singgah ke perkarangan masjid mukim Pendek untuk mengadakan jualan Rahmah yang diperkenalkan kerajaan sekarang. 





Jualan melibatkan barangan asas yang melibatkan Sumbangan Asas Rahmah. 




Wednesday, 15 October 2025

Cuti hari keputeraan di Terengganu

Merujuk pada artikel Majlis Maulidur Rasul di dua kawasan dalam mukim Pendek yang dipersembahkan Rabu lalu. Biar kita mulakan cerita tentang perjalanan semasa cuti hari keputeraan baru ini. Walaupun sekarang ini virus sedang menular ketika ini iaitu Influenza, saya hampir dalam keadaan sembuh dari demam dan batuk berterusan. 




Perjalanan bermula pagi Isnin 29 September 2025 untuk meninggalkan rumah bagi meluangkan masa bercuti di Terengganu. Ketika itu semasa hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi yang ke-56 untuk tahun ini. 





Asalnya perancangan mahu ke Cameron Highlands, cuma ibu saya berpesan mesti bangun awal sekurang-kurangnya selepas solat Subuh. Namun ketika ini waktu sana sudah sampai pukul 6 petang, waktu ini sudah menghampiri Maghrib dan gelap semakin awal. Walaupun waktu itu sudah sulit, maka bertukar pula perancangan ke Terengganu. 





Sampai di Pantai Penarik lalu terlihat masjid ini. Namun sayangnya masjid ini sudah ditutup disebabkan baik pulih. Melihat pada Google Maps mungkin disebabkan bumbung di beranda sebelah kanan runtuh sebelum ini. 





Kemudian pusing dekat satu pantai berdekatan iaitu Rhu Sepuluh. Teringat lebih 5 tahun lalu pernah berkelah bersama saudara mara di sini. Lihat artikel lama Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Titi hala Pantai Penarik ke Pasor Payang





Menghampiri persimpangan ke Kuala Terengganu singgah di masjid ini untuk bersolat jamak dan melepaskan kepenatan. Lihat artikel Masjid Merang di blogspot Alam Melayu dan Islam






Jam 4.10 baru sudah melepasi Batu Rakit untuk menyeberangi jambatan angkat. 






Baru tahu sekarang sudah wujud Sembahyang Mall berdekatan jambatan angkat. La. Besornya (besar) masjid ini. Agak-agak jemaah ramai tak di Sembahyang Mall. Eh silap! Ini adalah Mayang Mall. 





Baru tahu tempat ini dinamakan Chinatown yang pernah menjadi perbualan dalam dokumentari Majalah 3 baru ini. Maka saya pun mengambil gambarnya. 





Singgah di Pasar Payang...









Semasa sampai di pasar ini mendapati banyak perubahan rupa di sekitar kawasan ini jika dibandingan dengan artikel sebelum ini. 





Termasuk juga bangunan baru yang menempatkan pelbagai pakaian yang baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu. Sambil itu singgah di beberapa tempat. Lihat artikel berikut : 







Cuma di bahagian hadapan sahaja telah mengalami pengubahsuaian dan naik taraf. Dahulu asalnya tempat menjual buah-buahan dan barangan kering. 





Di seberang pantai terlihat awan yang membentuk hujan lebat. 










Kemudian pusing di sekitar Mayang Mall kebetulan dengan cuaca hujan lebat. 















Dari Kuala Terengganu terus bergerak masuk ke sempadan negeri Kelantan dengan menggunakan laluan Kuala Besut. Malam itu singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Iqra, Paya Rawa





Apabila sampai ke rumah jam 9.30 malam didapati meter pemanduan jauhnya dengan sejauh 321 km. Baru nak tahu, semoga kami sekeluarga cepat sembuh disebabkan mereka semua demam. Itulah pastikan jaga diri, jaga kesihatan.