Monday 29 October 2018

Pesat Akhir KTD 2018 bersama Dr Abdullah Sudin

Ini ada satu lagi perkongsian daripada majlis ilmu yang diadakan Khamis lalu

Khamis lepas selepas sesi pengajian ada satu majlis ilmu dipanggil Pesat bertempat di sebuah kolej di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Singkatan Pesat merujuk kepada Pembangunan Sahsiah Dan Akhlak Terpuji yang sebelum ini pernah dianjurkan oleh pihak kolej ini.

Majlis ini berlangsung pada 25 Oktober 2018 bertujuan untuk membentuk para pemuda lebih mengenali ilmu agama pernah disampaikan oleh para penceramah. Kini adalah giliran bagi Dr Abdullah Sudin untuk memberikan pelancaran Pesat Akhir untuk tahun ini.

Dr Abdullah Sudin menyampaikan sedikit kuliah Pesat. Beliau telah menyatakan mempunyai matlamat dan sahsiah hidup melalui syurga. Keruntuhan akidah disebabkan masalah akhlak Dan kemiskinan. Kebanyakan remaja keruntuhan akhlak disebabkan penagihan dadah. Dengan izin Allah melakukan tugas untuk bertanggungjawab menjalankannya. Pendapatan tinggi maka dapat Kita mampu. Beramal dengan ilmu Dan berusaha. Dalam Iraq bismi rabbikallazi khalaq Kita seharusnya baca alQuran.

Kehadiran majlis ilmu itu memang dikatakan tak ramai. Kadangkala kebanyakan mereka mempunyai kesibukan memanjang. Semoga majlis ini dapat dipermudahkan segala urusan dan memberi tauladan kepada para pemuda semua termasuk saya.

Saturday 20 October 2018

Telefon bimbit keempat saya - Xiaomi mempunyai dua kamera belakang

Salam semua. Adapun telefon bimbit jenama Vivo rosak. Ini kerana telefon saya itu rosak disebabkan Whatsapp jadi jammed dan pecah berderai terjatuh di surau asrama KTD.

Selepas itu baru dah ada hajat untuk membeli telefon pintar yang mempunyai kamera yang lebih selesa dan jelas. Petang tadi baru ada hajat untuk membelinya. Ini ceritanya.


Saya menggunakan kamera telefon Vivo untuk mengambil gambarnya. Khamis lepas saya ada satu program Presentation, tapi disebabkan memori telefon sudah penuh malah saya tidak boleh membuat apa-apa gambar yang saya ditunjukkan. Selepas itu saya keluar berjalan-jalan dengan menaiki motosikal untuk mencari telefon pintar sebagai ganti.

Cuma saya mahu untuk mencari telefon pintar yang mempunyai harga memang berpatutan dengan kamera yang agak canggih di tengah bandar Kota Bharu.

Saya tertanya-tanya kepada penjual telefon harga manakah yang paling murah telefon pintar yang mempunyai kamera canggih. Membuat saya berasa bangga, selepas itu aktiviti yang saya jalankan banyak dilakukan menggunakan telefon baru ini.

Kali pertama saya menggunakan telefon bimbit butang jenama Motorola, kali kedua saya menggunakan Samsung Corby II, kali ketiga menggunakan telefon pintar Lenovo dan kali keempat menggunakan telefon pintar Vivo. Kalau kita pakai telefon pintar Vivo dalam setahun lebih kurang.

Inilah gambar asrama KTD yang saya ambil menggunakan telefon pintar baru senja tadi. Bukan sahaja gambar terbaik, paling tajam dan sebagainya. Yang lebih baiknya ialah telefon pintar Xiaomi. InsyaAllah dengan adanya telefon pintar baru yang mempunyai kamera yang baik banyak catatan-catatan yang akan dilakukan pada bila-bila masa.

Saturday 13 October 2018

Forum Cakna Dakwah Non-Muslim di Dewan Besar KTD

Ini daripada kiriman 3 hari lepas.

3 hari lepas ada satu majlis ilmu bersama pendakwah yang baru memeluk agama Islam daripada bukan Islam.

Dan barulah tengahari Rabu 10 Oktober 2018 ada majlis yang bertempat di Dewan Besar KTD.


Majlis diadakan atas nama siri perkongsian ilmu yang dipanggil Forum Cakna Dakwah Non-Muslim.

Disebabkan masa yang terlalu agak panjang selepas baru selesai makan tengahari, saya pun barada di dewan itu pada jam 12.30 tengahari. Majlis ini disampaikan oleh Ooi Chooi Beng, Fadhli Burhan dan Muhammad Roger James Arnold, iaitu barisan yang baru sahaja memeluk agama Islam lebih kurang 4 - 5 tahun lepas.

Perbincangan yang dimulakan daripada Fadhli Burhan. Beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2014 dan berusia 34 tahun. Beliau telah memegang jawatan sebagai International Outreach Specialist, iERA UK. Beliau telah membincangkan bila kita cinta adakah non-Muslim tidak berhak untuk mengenal Islam. Daripada Surah Luqman ayat ke 12 hingga 15 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji(12). Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"(13). Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (14). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan(15). 

Daripada petikan maksud Surah itu kita mestilah taat kepada ibu bapa. Adab ketika melihat media sosial masih berbeza sekarang. Apabila kita mengadu kepada Allah, bila kita mengadu kepada manusia, maka tidak bagus. Bila kita masuk Islam kerana rahmat Allah Taala.

Perbincangan kedua ialah Ooi Chooi Beng. Beliau berusia 36 tahun dan memeluk agama Islam pada 29 Januari 2013 di Perlis. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Inspirasi Mualaf (Utara). Apakah kisah di sebalik beliau masuk Islam, Buddha dan Kristian? Agama Buddha mempunyai agama yang menyembah patung berhala, agama Kristian semua masuk Kristian kerana makcik, agama Islam mengucap Asyhadu An La Ilaha Illa Llah, Asyhadu An Na Muhammadar Rasulullah.

Perbincangan yang terakhir ialah Muhammad Roger James Arnold. Beliau berusia 42 tahun dan memeluk agama Islam pada 29 Januari 2013. Beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inspirasi Mualaf. Beliau juga membicarkan tiada ilmu Islam, maka keimanan menjadi kurang. Beliau tertarik kepada wanita yang selalu bertudung iaitu bermula berjenak kepada Islam. Mereka pergi solat, diorang pelik apa yang korang buat. Kita kena kenalkan korang yang masuk Islam. Setiap hari diorang jawab Salam, korang juga mesti jawab Salam. Maksud Assalamualaikum dalam bahasa Inggeris ialah Peace Be Upon You. Kita mestilah tunjuk akhlak Islam dan menyampaikan Islam.

Bersesuaian dengan forum itu, orang yang bukan Islam mestilah kenal individu yang memeluk agama Islam supaya kita bebas daripada perbalahan antara sesama agama. Kepada korang yang mempunyai Facebook dan Instagram korang lawati berikut untuk melihat gambar dan maklumat mereka :

Facebook,

1. Fadhli Burhan

2. Muhammad Roger Arnold

3. Ben Ooi Chooi Beng

4. Inspirasi Mualaf




Instagram,

1. mfadhliburhan

2. benooichooibeng

3. inspirasi.mualaf

Monday 8 October 2018

Program Rehlah Pelajar Asrama Siswa KTD - Bahagian 2

Bersambung daripada Program Rehlah Pelajar Asrama Siswa KTD - Bahagian 1...

Pagi keesokan hari kami bersama pelajar siswa bertolak ke Massa Sport Planet Futsal, berdekatan Panji, kota Bharu bersebelahan dengan Kompleks Jubli Perak MAIK, Panji.

Antara pelajar siswa yang menyertai program Rehlah hadir bersama.

Sebelum masuk ke galngang futsal itu, ucapan peraturan daripada abang Safwan bermula.

Pada jam 9.00 pagi kami terus masuk ke dalam gelanggang futsal.





Kami pun berasa letih pada jam 11.30 pagi itu.

Ucapan terakhir kita didahului dengan kalimah akhirah dan nasihat kepada para pelajar siswa daripada abang Burhan.





Ucapan terakhir lagi disudahi dengan menerima hadiah kepada pemenang kumpulan kepada wakil termasuk saya sendiri.


Sebagi penutup, kami bergambar kenangan bersama. Semangat kesukanan perlulah dinilai supaya kita sihat dan cergas. Tamatlah siri program Rehlah kita pada hari ini. Sekian.

Sunday 7 October 2018

Program Rehlah Pelajar Asrama Siswa KTD - Bahagian 1

Merujuk daripada artikel mengenai Melihat rumah HALUAN pemilik KTD di Taman Uda Murni iaitu berkaitan dengan rumah HALUAN yang dahulunya kolej penginapan pelajar antarabangsa di Taman Uda Murni. Maka ada sedikit perkongsian daripada program pelajar asrama siswa yang berlangsung dua hari lepas iaitu Jumaat 5 Oktober dan Sabtu 6 Oktober 2018...

Program itu dimulakan ada taklimat ringkas daripada Safwan Sem 3 di surau asrama siswa KTD di Tanjung Chat pada petang Jumaat 5 Oktober 2018.

Antara yang hadir dalam taklimat.

Selepas solat Asar kami bertolak ke Taman Tengku Anis untuk checkpoint mengenai tafsir al-Quran.



Kami pun melakukan aktiviti explorer bersama untuk mencari checkpoint.


Checkpoint 2 iaitu tafsir Surah Ad-Dhuha. Selepas itu kami berlakon mengenai kisah anak yatim.



Aktiviti ini tamat pada pukul 6.30 petang.

Selepas solat Isyak, kami menikmati jamuan makan malam bersama sambil menikmati bihun goreng dengan ayam bakar.

Selepas makan malam, Abang Syahmi Warden telah menyampaikan ucapan pertama.

Sejumlah pelajar asrama siswa hadir bersama.

Selepas ucapan pertama daripada Abang Syahmi, sembang santai bermula bersama dengan Encik Naim dan Professor Hakim.

Pada jam 11.30 malam, kami bersama membaca Surah Al-Mulk pada hari tersebut.

Kami mengambil gambar kenangan bersama. Jika menjadi insan yang berjaya janganlah mudah berputus asa ke hari esok dan seterusnya. Bersambung daripada artikel seterusnya...

Thursday 4 October 2018

Melihat rumah HALUAN pemilik KTD di Taman Uda Murni

Salam semua. Sabtu lepas 29 September 2018 saya pergi ke Taman Uda Murni, letaknya 3 km dari asrama KTD Tanjung Chat dengan menaiki motosikal. Petangnya barulah melihat sendiri rumah pemilik HALUAN. Letaknya berhampiran pintu gerbang bersebelahan Masjid At-Taqwa (lihat artikel Masjid At-Taqwa, Taman Uda Murni di blogspot Jom ke Masjid).

Barulah saya tahu ini adalah rumah HALUAN di bawah milik KTD. HALUAN adalah singkatan bagi Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia.

Dahulunya ini adalah Kolej Kediaman Pelajar Antarabangsa. Bangunan ini menempatkan pelajar KTD dari luar negara.

Sekarang barulah dinaik taraf menjadi rumah HALUAN kerana pelajar dari luar negara jarang dilanjutkan pelajarn di situ.

Cuma pintu pagar ini sudah dikunci. Cukuplah hanya dapat melihat dari luar.

Ini adalah kedudukan rumah HALUAN di dalam peta Google Maps. Klik di sini untuk melihat kedudukan rumah HALUAN.

Yang baru saya perasan jaraknya hanya sampai 5 minit sahaja dari asrama KTD Tanjung Chat.

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...