Saturday 13 October 2018

Forum Cakna Dakwah Non-Muslim di Dewan Besar KTD

Ini daripada kiriman 3 hari lepas.

3 hari lepas ada satu majlis ilmu bersama pendakwah yang baru memeluk agama Islam daripada bukan Islam.

Dan barulah tengahari Rabu 10 Oktober 2018 ada majlis yang bertempat di Dewan Besar KTD.


Majlis diadakan atas nama siri perkongsian ilmu yang dipanggil Forum Cakna Dakwah Non-Muslim.

Disebabkan masa yang terlalu agak panjang selepas baru selesai makan tengahari, saya pun barada di dewan itu pada jam 12.30 tengahari. Majlis ini disampaikan oleh Ooi Chooi Beng, Fadhli Burhan dan Muhammad Roger James Arnold, iaitu barisan yang baru sahaja memeluk agama Islam lebih kurang 4 - 5 tahun lepas.

Perbincangan yang dimulakan daripada Fadhli Burhan. Beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2014 dan berusia 34 tahun. Beliau telah memegang jawatan sebagai International Outreach Specialist, iERA UK. Beliau telah membincangkan bila kita cinta adakah non-Muslim tidak berhak untuk mengenal Islam. Daripada Surah Luqman ayat ke 12 hingga 15 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji(12). Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"(13). Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (14). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan(15). 

Daripada petikan maksud Surah itu kita mestilah taat kepada ibu bapa. Adab ketika melihat media sosial masih berbeza sekarang. Apabila kita mengadu kepada Allah, bila kita mengadu kepada manusia, maka tidak bagus. Bila kita masuk Islam kerana rahmat Allah Taala.

Perbincangan kedua ialah Ooi Chooi Beng. Beliau berusia 36 tahun dan memeluk agama Islam pada 29 Januari 2013 di Perlis. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Inspirasi Mualaf (Utara). Apakah kisah di sebalik beliau masuk Islam, Buddha dan Kristian? Agama Buddha mempunyai agama yang menyembah patung berhala, agama Kristian semua masuk Kristian kerana makcik, agama Islam mengucap Asyhadu An La Ilaha Illa Llah, Asyhadu An Na Muhammadar Rasulullah.

Perbincangan yang terakhir ialah Muhammad Roger James Arnold. Beliau berusia 42 tahun dan memeluk agama Islam pada 29 Januari 2013. Beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inspirasi Mualaf. Beliau juga membicarkan tiada ilmu Islam, maka keimanan menjadi kurang. Beliau tertarik kepada wanita yang selalu bertudung iaitu bermula berjenak kepada Islam. Mereka pergi solat, diorang pelik apa yang korang buat. Kita kena kenalkan korang yang masuk Islam. Setiap hari diorang jawab Salam, korang juga mesti jawab Salam. Maksud Assalamualaikum dalam bahasa Inggeris ialah Peace Be Upon You. Kita mestilah tunjuk akhlak Islam dan menyampaikan Islam.

Bersesuaian dengan forum itu, orang yang bukan Islam mestilah kenal individu yang memeluk agama Islam supaya kita bebas daripada perbalahan antara sesama agama. Kepada korang yang mempunyai Facebook dan Instagram korang lawati berikut untuk melihat gambar dan maklumat mereka :

Facebook,

1. Fadhli Burhan

2. Muhammad Roger Arnold

3. Ben Ooi Chooi Beng

4. Inspirasi Mualaf




Instagram,

1. mfadhliburhan

2. benooichooibeng

3. inspirasi.mualaf

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...