Sunday 24 March 2019

Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat QIT Kota di SMK Kota

Salam semua. Adapun saya sebagai peminat SMK Kota sudah bercadang untuk berkongsikan cerita tentang festival nasyid dan tadarus Al-Quran sekolah-sekolah KPM peringkat QIT Kota dibuat pada Rabu lalu di SMK Kota, sebelah RTM Kelantan, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Walaupun saya sudah diberhentikan dari pengajian KTD tiga bulan yang lalu akibat gagal dalam ujian akhir semester. Inilah ceritanya...

Berdasarkan aplikasi WhatsApp yang diterima oleh pengawal keselamatan bertugas di sekolah tersebut, maka ramai-ramai pakat mari blako ke SMK Kota ini.

Pagi Rabu lepas saya terlepas pandang pergi ke Dewan Kota Jelasin SMK Kota untuk festival nasyid dan tadarus Al-Quran sekolah-sekolah KPM peringkat QIT Kota. Bertemakan Al-Quran Membawa Rahmat Untuk Umat. Tema ini adalah memupuk semangat cinta akan Al-Quran kepada umat Islam agar tidak ketinggalan zaman.

Antara sekolah-sekolah yang bertanding seperti,

1. SMK Kota
2. SMK Sultan Ismail
3. SMK Salor
4. SMK Pintu Geng
5. Maktab Sultan Ismail
6. SMK Zainab
7. SMK Dewan Beta
8. SMK Mulong
9. SMU Sulamiah Bunut Payong
10. Maahad Pengajian Islam
11. SMK Padang Enggang
12. SMKA Naim Lil Banat (Perempuan)

Selepas bacaan doa daripada Ustaz Mohd Zaid Yaacob, ucapan dimulakan oleh Ustazah Adilah, guru Pendidikan Islam dari SMK Mulong.  Beliau juga menjadi Ketua Hakim bagi festival nasyid berkenaan. Beliau berucap mengenai status permarkahan.

Pertandingan nasyid bermula dan dimulakan dari peserta dari SMU Sulamiah Bunut Payong.

Persembahan ketiga daripada pelajar sekolah kita, SMK Kota.



Persembahan lain iaitu daripada sekolah-sekolah yang bertanding.

Jam 12 tengahari selepas pertandingan ini berakhir, ucapan perasmian penutupan ini disempurnakan oleh Aminuddin Awang, selaku Ketua PPD Kota Bharu. Ucapan ini adalah ringkas. Pihak RTM Kelantan (Kelantan FM) walaupun bersebelahan dengan sekolah ini turut hadir dan teruja dengan persembahan nasyid ini. Pertandingan ini adalah berkaitan dengan dakwah dan keislaman. Kepada peserta yang menjadi johan pastinya amat membanggakan buat sekolah. Kemudian beliau merasmikan penutupan festival persembahan nasyid ini.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada peserta dimulakan daripada peserta dari SMK Padang Enggang.

Tempat ketiga ialah peserta dari SMU Sulamiah Bunut Payong.

Naib johan bagi festival nasyid ialah peserta bagi sekolah kita, SMK Kota. Diiringi tiga guru pendidikan Islam sekolah ini ialah Ustazah Norhayati Musa, Ustazah Marinah Ab Rahman dan Ustazah Che Yang Husin.

Johan bagi festival nasyid ini secara keseluruhan dimenangi oleh peserta dari SMKA Naim Lil Banat (Perempuan). Tahniah kepada peserta ini yang meraih sebagai johan festival nasyid.


Sebelum penutup majlis ini mereka bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Kepada yang tidak berjaya, cubalah di hari lain dan seterusnya.

Tuesday 19 March 2019

Kerja sehari di tempat ayah saya bekerja di Cherang Panji

Salam semua. Merujuk kepada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Misi selesai dipersembahkan pada dua hari lepas, iaitu semua artikel mengenai cerita perjalanan di Bangi semasa hari Tahun Baru Cina 2019 4-9 Februari dikumpulkan. Maka hujung minggu lepas saya ada sehari di tempat ayah saya bekerja.

Jumaat lepas saya bersama keluarga pergi ke tempat kerja ayah saya di Kampung Cherang, berdekatan Panji. Satu tempat kerja tersebut dinamakan Nahim Enterprise.

Ada banyak kayu-kayu diletakkan. Di sinilah saya selalu bekerja di sini, kecuali hari Jumaat. Contohnya pintu, alat perabot, tingkap dan sebagainya. Semuanya diberi tempahan kepada orang yang berminat.

Ada disebabkan rumah saya telah diubah suai loni, maka kami sekeluarga meluangkan masa bekerja di situ. Tingkap dan kayu sudah siap sepenuhnya.

ANTARA KERJA-KERJA YANG SAYA BUAT



Sunday 17 March 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Misi selesai

Salam semua. Dua hari lepas iaitu Jumaat 15 Mac lalu saya telah menutup siri cerita perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina lalu menulis artikel terakhir bertajuk Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan. Artikel tersebut bercerita tentang saya bersama keluarga sudah kembali ke rumah pada hari Sabtu 9 Februari. Perjalanan ini bermula pada hari Isnin 4 Februari dan berakhir pada hari Sabtu 9 Februari 2019.

Perjalanan tersebut adalah memakan jarak dalam sekitar 455 km. Campur sekali dengan kami berada di sekitar Seksyen 16 dan Taman Langat Jaya lalu berada di sana selama 6 hari 5 malam.

Kini saya senaraikan di sini semua cerita perjalanan saya dan keluarga pergi ke Bangi pada hari Tahun Baru Cina bulan lepas 4-9 Februari.

1. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang

2. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed

3. Masjid Sultan Ahmad, Paloh, Gua Musang

4. Masjid Qariah Dong, Raub

5. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Majlis hari lahir di rumah kenalan bapa saudara saya

6. Surau At-Taqwa, Bandar Baru Bangi

7. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Ziarah ke Seksyen 3 dan bermalam di Taman Langat Jaya

8. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Riadah ke padang lapang dan ziarah di Taman Impian Putra

9. Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi

10. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Berjumaat di West Country dan meredah hutan di belakang surau

11. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan

12. Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang


Friday 15 March 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan

Salam Jumaat. Setelah beberapa masa terlalu lama, barulah sampai masa untuk menamatkan cerita mengenai perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 di Bangi 4-9 Februari. Bersambung daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Berjumaat di West Country dan meredah hutan di belakang surau.

Pagi Sabtu 9 Februari 2019 barulah kami sekeluarga meninggalkan rumah bapa saudara saya di Taman Langat Jaya, Bangi.

Ketika ini baru kami meredah jalan sesak di bandar Kajang.

Dari bandar Kajang kami terus memasuki lebuhraya Kajang - Cheras untuk bergerak ke Gombak.

Tapi sebaik sampai di MRR2 dekat Gombak jalan mula sesak disebabkan ada projek pembinaan landasan MRT untuk disambung terus ke atas.

Selepas itulah baru menggunakan lebuhraya Karak sebagai laluan untuk balik ke Kelantan.

Selepas melalui lebuhraya Karak, kami terus masuk ke bandar Bentong.


Tetapi jalan ke bandar Bentong pun sesak jugak kalau korang nak balik ke kampung halaman masing-masing.

Jam 2 petang barulah kami berada di lebuhraya CSR berdekatan Chegar Perah. Kami berhenti di Chegar Perah sebelum sampai ke Merapoh. Kami rasa dah macam mengantuk. Dalam Google Maps menunjukkan arah melalui CSR dari Chegar Perah ke Merapoh dan Gua Musang ialah dalam 55 km.

Sebaik sudah masuk sempadan ke negeri Kelantan, kami terus masuk ke bandar Gua Musang. Ketika berada di bandar ini kami terus singgah di masjid utama bandar ini. Rasanya sudah kali kedua baru singgah di masjid ini. Ketika itu penghujung tahun 2017 hujan lebat pada musim tengkujuh. Lihat artikel Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas itu barulah meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke rumah. Sedangkan keesokan harinya Ahad anak-anak bersekolah kalau di negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah.

Jam 7 petang barulah kami sampai ke Kok Lanas berhampiran Ketereh. Berdekatan dengan roundabout Kota kami terus singgah di surau di atas tapak kebakaran surau lama kayu untuk solat Maghrib. Tetiba perut sudah lapar kami pun beli Nasi Air Dingin di kampung ini.

Selepas itu barulah kami sampai ke rumah pada jam 9 malam. Meter menunjukkan ayah saya telah memandu sejauh 455 km sepanjang berada di Bangi selama 6 hari 5 malam semperna Tahun Baru Cina. Rujuk kembali artikel mengenai Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang. Kalau korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-57 di blogspot ini. Sekian tamatlah perjalanan kita pada kali ini. Bye!!!

Wednesday 13 March 2019

Mengimbas kembali kenangan sebelum dan selepas SPM 2017

Salam semua. Sejak kebelakangan ini saya teringat gambar-gambar semasa berada di tingkatan lima dua tahun lepas. Sekali-sekala saya mengimbas semula kenangan ketika berada di tingkatan lima. Ketika itu saya merupakan calon SPM 2017. Tarikh peperiksaan besar-besaran pada 6 November pada ketika itu. Ketika itu tarikh keputusan peperiksaan tersebut pada hari Khamis 15 Mac 2018, iaitu sudah hampir 4 bulan masih menunggu. Masih teringatkan kepada zaman persekolahan iaitu SMK Kota (bersebelahan RTM Kelantan), berdekatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Saya suka sekolah tersebut kerana banyak koperasi-koperasi telah dibuka dan juga merupakan koperasi terbaik di Malaysia. Hanya takdir Allahlah yang menentukan walaupun saya sudah tamat di zaman persekolahan. Dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Saya masih lagi berada di zaman pengajian, tetapi saya berhenti pengajian dari KTD tiga bulan yang lalu akibat gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Ini adalah sekadar perkongsian kenangan masa lalu sebelum keesokan hari calon-calon SPM 2018 boleh mengambil slip keputusan peperiksaan SPM 2018.

KENANGAN SEBELUM PEPERIKSAAN SPM 2017


Inilah gambar yang saya jumpa di Instagram. Ketika itu saya berada di kelas 5 Cekal dan alirannya hanya mata pelajaran Pendidikan Seni sahaja. Kelas itu dalam aliran kemanusiaan atau sastera. Kelas saya berada di blok pentadbiran. Gambar di atas lagi wajah saya berada duduk mencangkung. Gambar di atas wajah saya berada di atas bangku di sebelah tiga dari kanan. Kelas saya ada seorang berbangsa Cina, namanya Sit Yong Shee. Kelas saya juga ada kembar lelaki belajar dari Sekolah Menengah Agama Sulamiah Bunut Payong, yang juga bekas pelajar SK Pendek sekelas dengan saya masa itu. Namanya Mohamed Aiman Izani dan Mohamed Ikmal Izani.

Ini ada satu lagi gambar bersama Guru Kanan Bahasa SMK Kota, Teacher Haslina Ibrahim. Dia yang juga mengajar Bahasa Inggeris di kelas 5 Azam masa itu.



__________________________________________________




Maknanya tarikh peperiksaan SPM masa itu pada 6 November 2017. Ada beberapa kertas semasa ujian itu termasuk kerja kursus dan lisan. Kalau saya tamat peperiksaan pula pada 20 November ketika itu (iaitu 3 hari sebelum cuti persekolahan akhir tahun). Tapi sekolah-sekolah yang belaajr tinggi tamat pada 3 Disember.

Mata pelajaran wajib lulus adalah mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Sedangkan kewajipan lulus kedua-dua mata pelajaran itu layak mendapat sijil kemudian meneruskan mana-mana pusat pengajian ataupun boleh minta kerja-kerja yang lebih baik. Tapi kalau gagal salah satu ataupun gagal kedua-dua mata pelajaran itu maka layaklah mendapat slip sahaja. Tiada sijil. Maka tiada gunalah dan sia-sialah buat mereka yang gagal itu walaupun sudah bertahun-tahun kita belajar dari tadika hingga ke sekolah menengah. Memang menyusahkan.


__________________________________________________



SELEPAS SPM 2017 (15 MAC 2018)

Setelah 4 bulan masih menunggu result, maka tarikh 15 Mac 2018 adalah tarikh buat semua calon-calon SPM 2017 yang mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut. Terasa takut dan gementar. Dan inilah slip keputusan SPM 2017 yang baru diperoleh sebelum pulang dari sekolah tersebut. Sayangnya hanya mata pelajaran bahasa Inggeris sahaja yang gagal. Walaupun tiada satu pun boleh A tapi syukur Alhamdulillah saya mendapat keputusan lebih baik walaupun semua mata pelajaran sudah lulus. 2C+, 2C, 1D, 1E dan 1G. Nasiblah boleh menyambung pengajian lagi ataupun saya boleh kerja dengan baik.

Pada masa yang sama hajatnya saya mahu menyambung pengajian ke tingkatan 6 sebabnya saya suka SMK Kota. Tetapi dalam laman web milik Kementerian Pelajaran tiada dalam senarai dan tidak layak masuk ke tingkatan 6. Memangnya tingkatan 6 itu amat susah tetapi memperbanyakkan usaha.

Kejayaan ini tidak dapat disia-siakan. Asalkan usaha di tanga anda.

USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!


Tuesday 12 March 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Berjumaat di West Country dan meredah hutan di belakang surau

Salam. Meneruskan lagi hari ke-5 lagi berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina di Bangi 4 - 9 Februari. Bersambung daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Riadah ke padang lapang dan ziarah di Taman Impian Putra.

Tengah hari Jumaat 8 Februari 2019 saya bersama bapa saudara dan sepupu saya keluar pergi ke Taman West Country, Bangi. Pada mulanya saya dan ayah saya pergi solat Jumaat di Masjid UKM dekat Bangi, tapi dia disebabkan masalah kesihatan juga.

Jam 1.30 tengahari waktu Zohor sudah berkumandang ketika itu lalu masuk ke dalam masjid yang terletak di West Country, tidak jauh dari rumah saudara-mara saya.

Alhamdulillah saya pun berkesempatan pergi menunaikan solat Jumaat berjemaah. Walaupun musafir mesti tidak wajib menunaikan solat Jumaat, tapi ini adalah hajat. Kawasan sekitar Bangi mesti banyak masjid untuk buat solat Jumaat. Berdasarkan Waze, jarak dari rumah saya dari rumah saya di Kota Bharu ke rumah tersebut adalah 455 km.

Selepas solat Jumaat di masjid tadi saya bersama meluangkan masa pergi makan di sebuah restoran berhampiran dengan masjid ini.

Saya ingin memilih menu yang paling saya suka sebagai makan tengah hari.

Selepas solat Asar berjemaah di surau berdekatan saya pun pergi masuk ke dalam hutan di belakang surau itu. Saya lengkap memakai kasut but di kaki dengan membawa sebilah parang.

Dari surau itu saya saya pun dapat turun ke bawah. Tapi keadaan line intenet masih dalam keadaan memuaskan. Dah macam.

Hah dah sampai turun ke bawah akhirnya.


Kemudian saya ambil galah panjang untuk mengait buah rambutan.


Sebaik sudah naik dari hutan itu keadaan nampak macam nak hujan dengan awan makin gelap gelemak. Hujun pun turun renyai-renyai sikit. Takpe lah juga saya pun tunggu di surau untuk melihat apa yang kita cerita mengenai perjalanan ini.

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...