Wednesday 13 March 2019

Mengimbas kembali kenangan sebelum dan selepas SPM 2017

Salam semua. Sejak kebelakangan ini saya teringat gambar-gambar semasa berada di tingkatan lima dua tahun lepas. Sekali-sekala saya mengimbas semula kenangan ketika berada di tingkatan lima. Ketika itu saya merupakan calon SPM 2017. Tarikh peperiksaan besar-besaran pada 6 November pada ketika itu. Ketika itu tarikh keputusan peperiksaan tersebut pada hari Khamis 15 Mac 2018, iaitu sudah hampir 4 bulan masih menunggu. Masih teringatkan kepada zaman persekolahan iaitu SMK Kota (bersebelahan RTM Kelantan), berdekatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Saya suka sekolah tersebut kerana banyak koperasi-koperasi telah dibuka dan juga merupakan koperasi terbaik di Malaysia. Hanya takdir Allahlah yang menentukan walaupun saya sudah tamat di zaman persekolahan. Dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Saya masih lagi berada di zaman pengajian, tetapi saya berhenti pengajian dari KTD tiga bulan yang lalu akibat gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Ini adalah sekadar perkongsian kenangan masa lalu sebelum keesokan hari calon-calon SPM 2018 boleh mengambil slip keputusan peperiksaan SPM 2018.

KENANGAN SEBELUM PEPERIKSAAN SPM 2017


Inilah gambar yang saya jumpa di Instagram. Ketika itu saya berada di kelas 5 Cekal dan alirannya hanya mata pelajaran Pendidikan Seni sahaja. Kelas itu dalam aliran kemanusiaan atau sastera. Kelas saya berada di blok pentadbiran. Gambar di atas lagi wajah saya berada duduk mencangkung. Gambar di atas wajah saya berada di atas bangku di sebelah tiga dari kanan. Kelas saya ada seorang berbangsa Cina, namanya Sit Yong Shee. Kelas saya juga ada kembar lelaki belajar dari Sekolah Menengah Agama Sulamiah Bunut Payong, yang juga bekas pelajar SK Pendek sekelas dengan saya masa itu. Namanya Mohamed Aiman Izani dan Mohamed Ikmal Izani.

Ini ada satu lagi gambar bersama Guru Kanan Bahasa SMK Kota, Teacher Haslina Ibrahim. Dia yang juga mengajar Bahasa Inggeris di kelas 5 Azam masa itu.



__________________________________________________




Maknanya tarikh peperiksaan SPM masa itu pada 6 November 2017. Ada beberapa kertas semasa ujian itu termasuk kerja kursus dan lisan. Kalau saya tamat peperiksaan pula pada 20 November ketika itu (iaitu 3 hari sebelum cuti persekolahan akhir tahun). Tapi sekolah-sekolah yang belaajr tinggi tamat pada 3 Disember.

Mata pelajaran wajib lulus adalah mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Sedangkan kewajipan lulus kedua-dua mata pelajaran itu layak mendapat sijil kemudian meneruskan mana-mana pusat pengajian ataupun boleh minta kerja-kerja yang lebih baik. Tapi kalau gagal salah satu ataupun gagal kedua-dua mata pelajaran itu maka layaklah mendapat slip sahaja. Tiada sijil. Maka tiada gunalah dan sia-sialah buat mereka yang gagal itu walaupun sudah bertahun-tahun kita belajar dari tadika hingga ke sekolah menengah. Memang menyusahkan.


__________________________________________________



SELEPAS SPM 2017 (15 MAC 2018)

Setelah 4 bulan masih menunggu result, maka tarikh 15 Mac 2018 adalah tarikh buat semua calon-calon SPM 2017 yang mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut. Terasa takut dan gementar. Dan inilah slip keputusan SPM 2017 yang baru diperoleh sebelum pulang dari sekolah tersebut. Sayangnya hanya mata pelajaran bahasa Inggeris sahaja yang gagal. Walaupun tiada satu pun boleh A tapi syukur Alhamdulillah saya mendapat keputusan lebih baik walaupun semua mata pelajaran sudah lulus. 2C+, 2C, 1D, 1E dan 1G. Nasiblah boleh menyambung pengajian lagi ataupun saya boleh kerja dengan baik.

Pada masa yang sama hajatnya saya mahu menyambung pengajian ke tingkatan 6 sebabnya saya suka SMK Kota. Tetapi dalam laman web milik Kementerian Pelajaran tiada dalam senarai dan tidak layak masuk ke tingkatan 6. Memangnya tingkatan 6 itu amat susah tetapi memperbanyakkan usaha.

Kejayaan ini tidak dapat disia-siakan. Asalkan usaha di tanga anda.

USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...