Merujuk kepada artikel Kali kedua saya kerja sehari di tempat ayah saya bekerja yang diipersembahkan pada Ahad lepas. Baru setahu saya bahawa tanggal 16 Mei sepatutnya hari guru disambut, tetapi disebabkan pada hari itu adalah kita berpuasa di bulan Ramadan. Maka saya pergi ke SK Kota, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ada sambutan hari guru tiga buah sekolah di Kota, Kota Bharu. Begini ceritanya...
Pagi Khamis 25 April 2019 saya pun pergi ke SK Kota. Sambutan dibuat secara bergabung iaitu SK Kota, SK Seri Kota dan SMK Kota. Ini kerana sekolah-sekolah masing-masing dibuat secara berperingkat.
Hadirin jemputan ialah Mohd Ezani Awang selaku Pegawai PPD Kota Bharu, yang berusaha Abdullah Ziyadi Ibrahim selaku Guru Besar SK Kota, Abdul Karim Tahir selaku Guru Besar SK Seri Kota dan Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pengetua SMK Kota, Hisham Ahmed. Tema hari guru perdana ialah Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi.
Selepas bacaan doa, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SK Seri Kota, Abdul Karim Tahir. Guru sebagai jasa sejak dahulu. Selain negeri Kelantan, Terengganu juga merupakan paling hebat dalam pelajaran. Guru adalah contoh teladan kepada pelajar. Sambutan hari guru telah disambut 16 Mei setiap tahun, sepatutnya sambutan dibuat pada hari itu, malah dibuat juga pada hari Khamis 25 April 2019.
Selepas ucapan itu, ucapan perasmian oleh Mohd Ezani Awang, Pegawai PPD Kota Bharu. Walaupun banyak kesibukan, beliau meluangkan masa hadir ke sekolah tersebut. Guru adalah insan yang cemerlang. Hari guru adalah berbeza dari hari yang lain, sepatutnya 16 Mei disambut hari guru. Sepatutnya mesti ada bacaan perutusan daripada KPM dan Menteri Pendidikan, tetapi hari ini belum ada kerana diadakan 16 Mei setiap tahun. Bertemakan guru, obor hemah menyinari pertiwi. Selepas itu beliau merasmikan sambutan hari guru perdana ini.
Gimik perasmian bermula.
Selepas gimik simbolik perasmian, kumpulan guru-guru menyanyikan lagu koir guru. Cukup perkongsian hari ini.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Sunday, 28 April 2019
Sunday, 21 April 2019
Kali kedua saya kerja sehari di tempat ayah saya bekerja
Salam Nisfu Syaaban. Syaaban kepada artikel Kerja sehari di tempat ayah saya bekerja di Cherang Panji yang dibuat pada sebulan lepas. Ada nak kata rumah saya sedang dibaiki. Sebab itulah saya bersama keluarga pergi ke tempat kerja ayah saya di Cherang, Panji. Begini cerita...
Jumaat lepas saya bersama keluarga pergi ke Nahim Enterprise di Kampung Cherang, Panji, Kota Bharu untuk membuat pintu dan jendela.
Banyak kayu-kayu yang telah saya angkat. Rasanya saya mahu belah kayu seperti gambar ini. Untuk makluman korang ini adalah artikel yang ke-65 di dalam blogspot ini.

Wednesday, 17 April 2019
Pelbagai menu-menu ada di kompleks KOPTA SMK Kota
Melihat pada sumber dari laman Facebook rasmi SMK Kota berkenaan dengan menu-menu ada di kompleks koperasi sekolah tersebut. Ini kerana banyak kedai yang sedang didirikan adalah hasil daripada koperasi sekolah tersebut. Maka hari ini saya akan kongsi berkenaan menu di kompleks koperasi tersebut.
Ini adalah menu yang dijual dari koperasi sekolah tersebut. Antara menu makanan segera.
Di atas merujuk kepada menu minuman panas dan sejuk.
Ini adalah kesemua produk-produk yang dijual di sekitar koperasi KOPTA. Jadi pakat-pakatlah mari blako ke KOPTA di kawasan SMK Kota, berdekatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Wednesday, 10 April 2019
Kewujudan kubur lama berdekatan lebuhraya Tunjong pada pertengahan abad ke-13
Salam semua. Baru-baru ini saya rujuk dalam Facebook berkenaan dengan kewujudan kubur lama terbiar di tepi lebuhraya Tunjong, berdekatan kampung saya, Pendek, dikatakan dipercayai pada pertengahan abad ke-13 semasa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam pada ketika itu. Saya akan kongsikan untuk korang...
Lokasi ini berada di tepi lebuhraya Pasir Mas - Salor, berhampiran dengan Honda Ban Chu Bee, berdekatan Pendek. Menurut penduduk kampung, sebelum lebuhraya ini dibina tapak kubur lama terbiar ini berada di hujung kampung Pendek yang dikenali sebagai hutan Pahang. Kini disekeliling kawasan kubur ini sudah ditambun untuk tujuan pembangunan.
Hasil tinjauan mendapati ada beberapa kubur adalah milik zaman pedagang-pedagang Islam pada abad ke-13 masa itu. Ada juga mendakwa ada salah satu kubur di situ milik seorang ulamak yang bertugas di istana pada zaman silam sebagai penasihat agama Islam.
Selepas itu saya akan kongsikan tentang sejarah kubur lama ini :
Apa2pun dakwaan, yg penting pihak2 berwajib seperti MAIK perlu mengambil inisiatif samaada mengekalkan atau menindahkan kubur2 ini kerana jika dibiarkan terbiar tanpa pembelaan dan pemantauan, dikhuatiri aktiviti2 syirik spt meminta nombor ekor oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab akan berlaku. Wallahualam.

Sebelum ini kami ada menulis tentang kubur ini yg
dianggarkan wujud sekitar abad ke 19. Tetapi info yg terkini yg kami terima
dari seorang pengkaji sejarah, kubur ini sebenarnya wujud dizaman ibnu batutah
seorang pengembara islam terkenal yg pernah hidup antara tahun 1304 hingga 1368
lagi.
Dikatakan kubur2 ini adalah milik pedagang2 dan pendakwah
islam dari jawa yg belayar melalui sungai kelantan dan seterusnya ke sungai
pendek dan sungai mulong.
Ketika itu sungai pendek menghala ke mulong masih lg wujud.
Melalui sungai inilah mrk berdagang dan menyebarkan dakwah. Kini akibat faktor
alam, kubur yg asalnya berada di tebing sungai kini berada jauh didaratan
akibat sungai pendek ke mulong tertimbus dan akhirnya lenyap.
Kawasan ini juga pernah menjadi lautan ketika dizaman
neolitik kira kira 7000 tahun dahulu yg mana buktinya telah di jumpai pada
tahun 1974 oleh pengkaji sejarah ukm. Byk fosil2 cengkerang hidupan laut telah
ditemui dikawasan ini.
Kubur ini juga dikatakan sezaman dgn zaman kerajaan kelantan
yg berpusat di ulu kelantan tenggara kenyir yg bermula pada tahun 1308.
Apa2pun dakwaan, yg penting pihak2 berwajib seperti MAIK perlu mengambil inisiatif samaada mengekalkan atau menindahkan kubur2 ini kerana jika dibiarkan terbiar tanpa pembelaan dan pemantauan, dikhuatiri aktiviti2 syirik spt meminta nombor ekor oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab akan berlaku. Wallahualam.
Sunday, 7 April 2019
Kunjungan ke Kopitiam Kota milik Koperasi SMK Kota Berhad dan menikmati nasi ayam special
Salam 1 Sya'aban. Sukacita dimaklumkan dengan masuknya bulan
Islam yang disebut sebagai bulan Rasulullah SAW sampailah saya kepada fasa
kedua usaha untuk melakukan puasa 3 bulan berturut-turut Rejab, Sya'aban dan
Ramadhan. Bermakna lebih kurang sebulan lagi akan tibanya bulan Ramadhan. Adanya Khamis lepas saya ada kerja di Pejabat PMBK di Kota Darulnaim. Selepas solat Zohor di Masjid Telipot itu saya ada kunjungan ke kiosk Kopitiam Koperasi SMK Kota. Inilah ceritanya...
Kopitiam Kota dimiliki oleh koperasi SMK Kota Berhad. Ia merupakan restoran koperasi yang pertama beroperasi di Malaysia. Lebih tiga bulan lepas saya berkesempatan pergi ke Hari Koperasi SMK Kota 2019 dan Majlis Perasmian Kopta lalu melihat artikel berikut...
Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Ucapan perasmian dan melawat gerai-gerai jualan
Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Penyerahan mock cheque berupa bantuan SKM kepada koperasi dan lawatan ke karnival
Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Meninjau seketika kompleks KOPTA dan video mengenai Kompleks KOPTA
Selain daripada Kopitiam Kota, ada banyak lagi lot-lot kedai yang dimiliki oleh pihak koperasi SMK Kota Berhad seperti kedai TopUp RedONE, kedai fotostat Factory Outlet, kiosk makanan segera, pasar mini, Pasaraya dan Taman Kelulut.
Ada macam-macam ya menu masakan panas di dalam restoran ini. Semuanya dijual dengan harga yang memangnya murah.
Menu yang saya pilih ini ialah Nasi Ayam Special. Dijual dengan harga RM3 sahaja. Inilah makanan kegemaran saya selain daripada Mee Celup, Kerabu Maggi, Roti Titab dan apa-apa jenis makanan yang saya gemar.
Selepas itu berkesempatan berselfie bersama-sama dengan kawan lama bersama Muzhaffar, Adam Rayyan, Syahir dan Hafiz Haikal. Mereka semuanya belajar di Tingkatan 4.
Selain daripada menu nasi ayam special, makanan korea seperti Ayam Korea dan Takoyaki juga turut menjadi menu. Bukan sahaja pelajar SMK Kota datang menghidang di restoran ini, malah menjadi tumpuan pengunjung yang datang singgah untuk menikmati makanan yang ada di restoran tersebut.

Tuesday, 2 April 2019
Dunia Ladang Akhirat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabakarakatuh. Salam sejahtera semua. Hari ini tarikhnya cantik, 2/4/2019. Saya mahu terasa untuk mempersembahkan artikel baru walaupun lebih dalam beberapa minggu blogspot tidak dikemaskinikan. Hari ini biar dikongsikan beberapa tazkirah penting diambil dari sumber Facebook...
Semoga diambil pengajaran dan iktibar dari petikan tersebut.
DUNIA LADANG AKHIRAT
Sesungguhnya amal-amal itu tergantung dengan niat,
dan sesungguhnya seseorang itu hanya akan mendapatkan
balasan sebagaimana niatnya....
(Muttafaqun ‘Alaih)
Barangsiapa yg menunjuki kpda kebaikan
maka dia mendapatkan pahala sprti pahala orang yg
mengerjakannya.
(HR. Muslim)
"...Jika ia berkeinginan melakukan kebaikan kemudian ia
melakukannya,
Allah mencatat(Allah memerintakn kpd malaikat pencatat amal)
untuknya 10 hingga 700 kali lipat kebaikan sampai tak terhingga...”
(hadits qudsi, Lihat Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 187)
Jika seseorang meninggal dunia,
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, yaitu :
sedekah jariyah, ilmu yg bermanfaat, do’a anak yang sholeh.
(HR. Muslim)
Barangsiapa yg mengajak pada petunjuk,
maka ia akan mendapat pahala orang yg mengikutinya,
yg demikian itu tnpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
(HR. Muslim)
Demi Allah, seandainya Allah memberi petunjuk kpda seseorang
krna ajakanmu,
maka itu lebih baik bagimu daripada menyedekahkan unta yg
berwarna merah.
(HR. Bukhari dan Muslim)
Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.
(HR. Bukhari)
Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah
(mereka) dari perbuatan yang mungkar
dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal2 yang diwajibkan
(oleh Allah).
(Qs. Luqman : 17)
Sesungguhnya para malaikat, serta semua penduduk
langit-langit dan bumi, sampai semut-semut di sarangnya,
mereka semua bershalawat (mendoakan dan memintakan ampun)
atas orang yg mengajarkan kebaikan kpda manusia.
(HR. Tirmidzi)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar,
dan beriman kepada Allah.
(Qs. Ali Imron : 110)
siapa yang berhasil menanam benih kebaikan di DUNIA,
di AKHIRAT kelak ia akan memanen buah kebaikannya.
Mari kita siapkan bekal AMAL kita sebelum AJAL menjemput
kita.
Gunakanlah Dunia sbg Alat untuk membuat kebaikan(amal
sholeh) sebanyak-banyaknya....
Semoga diambil pengajaran dan iktibar dari petikan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...