Merujuk kepada artikel Kali kedua saya kerja sehari di tempat ayah saya bekerja yang diipersembahkan pada Ahad lepas. Baru setahu saya bahawa tanggal 16 Mei sepatutnya hari guru disambut, tetapi disebabkan pada hari itu adalah kita berpuasa di bulan Ramadan. Maka saya pergi ke SK Kota, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ada sambutan hari guru tiga buah sekolah di Kota, Kota Bharu. Begini ceritanya...
Pagi Khamis 25 April 2019 saya pun pergi ke SK Kota. Sambutan dibuat secara bergabung iaitu SK Kota, SK Seri Kota dan SMK Kota. Ini kerana sekolah-sekolah masing-masing dibuat secara berperingkat.
Hadirin jemputan ialah Mohd Ezani Awang selaku Pegawai PPD Kota Bharu, yang berusaha Abdullah Ziyadi Ibrahim selaku Guru Besar SK Kota, Abdul Karim Tahir selaku Guru Besar SK Seri Kota dan Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pengetua SMK Kota, Hisham Ahmed. Tema hari guru perdana ialah Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi.
Selepas bacaan doa, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SK Seri Kota, Abdul Karim Tahir. Guru sebagai jasa sejak dahulu. Selain negeri Kelantan, Terengganu juga merupakan paling hebat dalam pelajaran. Guru adalah contoh teladan kepada pelajar. Sambutan hari guru telah disambut 16 Mei setiap tahun, sepatutnya sambutan dibuat pada hari itu, malah dibuat juga pada hari Khamis 25 April 2019.
Selepas ucapan itu, ucapan perasmian oleh Mohd Ezani Awang, Pegawai PPD Kota Bharu. Walaupun banyak kesibukan, beliau meluangkan masa hadir ke sekolah tersebut. Guru adalah insan yang cemerlang. Hari guru adalah berbeza dari hari yang lain, sepatutnya 16 Mei disambut hari guru. Sepatutnya mesti ada bacaan perutusan daripada KPM dan Menteri Pendidikan, tetapi hari ini belum ada kerana diadakan 16 Mei setiap tahun. Bertemakan guru, obor hemah menyinari pertiwi. Selepas itu beliau merasmikan sambutan hari guru perdana ini.
Gimik perasmian bermula.
Selepas gimik simbolik perasmian, kumpulan guru-guru menyanyikan lagu koir guru. Cukup perkongsian hari ini.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah
Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lal...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka ....
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitr...









No comments:
Post a Comment