Sebelum kedatangan Ramadhan yang akan tiba pada hari esok, hari ini barulah saya kongsi tentang perjalanan semperna hari pekerja...
Merujuk kepada artikel Sambutan Hari Guru Perdana 3Kota di Padang SK Kota yang dipersembahkan Ahad lepas. Pada 1 Mei setiap tahun adalah hari pekerja di seluruh Malaysia.
Petang Rabu 1 Mei 2019 juga saya pun pergi juga ke Pantai Sabak, Pengkalan Chepa.
Saya juga melalui jalan-jalan sempit untuk ke Kampung Pulau Gajah. Ini kerana terpaksa juga mengambil laluan seperti biasa untuk ke Pulau Gajah.
Alhamdulillah saya pun dah sampai di Pulau Gajah. This is Elephant Island.
Saya pun menyusuri masuk ke kampung tersebut. Singgahla pulok metar (singgahlah sekejap) ke Pasar Nelayan Pulau Gajah untuk membeli ikan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan.
Sambil-sambil itu kita melihat suasana nelayan mencari rezeki di kampung tersebut.
Contohnya ore mace kito pulok (orang macam kita pula) dipanggil Pulau Gajoh sebabnya banyok gajoh kat kawasan tu. Kalau ore Inggeris royak pulok (sebut juga) dipanggil Elephant Island.
Selepas itu barulah menyusuri jalan kampung sambil melihat suasana kampung tersebut. Sebelum saya sampai ke seberang jalan balik, saya pun terlihat masjid ini.
Inilah baru kali keempat singgah di masjid ini. Campur sekali dengan singgah di masjid lama pada ketika itu. Jam sudah 4.35 petang saya pun singgah solat Asar berjemaah di masjid ini. Indah betul binaan masjid ini, semuanya kayu. Lihat artikel Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah pada waktu siang di blogspot Jom ke Masjid.
Selepas solat saya pun terus ke Pantai Senok, Bachok.
Sebelum balik ke rumah, baru sudah sampai ke Pantai Senok. Terlihat papan tanda ditulis Pantai Nami. Nami berasal dari perkataan Jepun, iaitu ombak. Kenapa ditulis Pantai Nami, sebab pokok-pokok ru ditanam kat kawasan itu kita lihat macam kat negara Jepun. Cukup.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok
Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek . Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
-
Sedikit daripada 2 minggu lalu. Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh sya...
No comments:
Post a Comment