Saturday, 5 June 2021

Kompilasi cerita jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKP 2020

Merujuk kepada artikel banyak halangan dan cabaran dibuat semasa pandemik COVID-19 yang dikongsikan korang malam kelmarin. Kini setelah lebih 10 bulan lepas cerita tentang perjalanan di Melaka dan beberapa tempat yang dituju semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), akhirnya saya akan mengkompilasikan tentang perjalanan tersebut yang dilakukan pada 28 Ogos - 1 September 2020. 



Perjalanan dilakukan bermula 28 Ogos 2020 dengan bermulanya melalui jalan Gua Musang ke Kuala Lumpur sebab katanya masih dalam PKPP dalam membendung wabak COVID-19. Katanya kes COVID-19 ketika itu masih dalam satu angka sedangkan beberapa buah negeri dalam kategori zon hijau dan bebas. Tujuannya kami sekeluarga bersama ahli keluarga bersama ahli rombongan dari Tembesu, Limbat untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Durian Tunggal, Melaka. Seterusnya banyak tempat-tempat menarik yang saya lawati walaupun wabak tersebut belum tamat. Seterusnya kami pulang ke rumah pada 1 September 2020 dengan melalui laluan ke Terengganu dan kami sampai ke rumah pada 11.30 malam. Perjalanan yang kami tuju seperti dalam peta Google Maps iaitu 1,325 km. 





Kini setelah lebih 10 bulan tidak berkongsi kompilasi tentang perjalanan tersebut, hari ini saya akan menyelesaikan perkongsian kepada korang semua. 












Friday, 4 June 2021

Banyak halangan dan cabaran dibuat semasa pandemik COVID-19

Salam 24 Syawal. Memasuki hari ke-5 total lockdown bagi seluruh negara. Merujuk kepada artikel Kenapa Ustaz Muhaizad telah memohon maaf yang dipost pada 6 November lalu. Bermakna setelah selama lebih 7 bulan tidak mengemaskinikan apa-apa di dalam blogspot ini. Semenjak COVID-19 melanda saya tidak berbuat apa-apa dalam blogspot ini sampaikan menghalang apa-apa pengembaraan hidup semasa pandemik ini. Memandangkan hanya satu sahaja perjalanan yang dibuat semasa merentas negeri iaitu di Melaka. Lihat Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Menamatkan cerita di Terengganu yang dipost pada 8 Oktober lepas. 

2020 - Tahun itulah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana dikuatkuasakan pada 18 Mac. Memang tak boleh nak kerja apa-apa sampai terkurung ke dalam rumah. Nak keluar hanya tidak lebih 10km dari rumah. Masjid pun tak boleh sebab hanya 4 orang ahli jemaah iaitu tok imam, tok bilal dan tok siak. Selepas itu baru bermula 13 Mei. Akan tetapi masjid pun sama, tak bagi masuk kerana tidak patuh SOP seperti tidak memakai mask dan tidak membawa sejadah. Masjid yang tercantik di Malaysia misalnya Masjid Cina Melaka dan Masjid Selat Melaka pun tak bagi masuk buat masa itu kerana hanya singgah untuk solat sahaja, nak bergambar di persekitaran dan dalam masjid itu memang tak boleh. 

2021 - Setakat ini tiada kena mana-mana lagi. Walaupun PKP tidak seketat dahulu kerana boleh rentas daerah cuma tak boleh rentas negeri. Nampak gayanya nak iktikaf di masjid pun rasa-rasa seperti tiada jalan. Nak masuk dalam masjid pun tak boleh, sah hanya boleh solat di kaki lima sahaja...


Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...