Monday 28 March 2022

Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Karnival Hari Koperasi dan Perasmian Sambutan (Bahagian 2)

Bersambung lagi daripada artikel Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Karnival Hari Koperasi dan Perasmian Sambutan (Bahagian 1)




Baiklah. Ini adalah sambungan kedua pula tentang hari koperasi dan perasmian Sambutan Jubli Emas ke-50 SMK Kota yang disambut pada Khamis 28 April 2016. 












Antara gerai jualan melibatkan kelas-kelas terpilih dan guru terpilih untuk menjual makanan dan minuman segera dan sebagainya. 















Beberapa guru dan pelajar juga turut bercakap melalui siaran RTM tentang perubahan sekolah, sejarah sekolah dan sambutan tersebut. 





























Agensi yang terlibat untuk menjayakan sambutan seperti Tabung Haji, MSU, Kementerian Kesihatan dan banyak lagi disediakan kepada semua pengunjung selain pelajar. 








Kepada semua pelajar dan pengunjung bolehlah mendapatkan minuman cincau keluaran koperasi dengan harga hanya RM1.00 sahaja. Ketika itu baru sahaja melancarkan produk keluaran koperasi SMK Kota Berhad iaitu minuman cincau. Hanya dijual di sekitar kedai koperasi sekolah berkenaan sahaja. 













Thursday 24 March 2022

Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Karnival Hari Koperasi dan Perasmian Sambutan (Bahagian 1)

Salam malam Jumaat. Bersambung daripada artikel Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Kejohanan Merentas Desa



Yang ini pula adalah berkaitan sambutan besar-besaran sambutan jubli emas 50 tahun di SMK Kota. Berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat 28 dan 29 April 2016. 





Sambutan besar-besaran ini bermula pada hari Khamis 28 April 2016. Dimulakan dengan perarakan masuk barisan para pentadbir dan tetamu jemputan untuk memasuki Dewan Kota Jelasin. 



















Perkhidmatan radio dan televisyen yang terlibat adalah dari barisan RTM Kelantan. Secara tidak langsung, RTM Kelantan juga turut membuat liputan tentang sambutan tersebut melalui radio dan televisyen. 








Para sebelah petang turut membuat rakaman seloka bersahut antara guru SMK Kota dan DJ Kelantan FM menerusi siaran secara langsung di Kelantan FM. Guru yang terlibat ialah Cikgu Rosnani Ismail, Cikgu Norihan dan Cikgu Abdul Munif. 



































Selain perasmian sambutan, agensi dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) juga turut melancarkan produk keluaran koperasi SMK Kota Berhad iaitu Minuman Cincau. Produk ini adalah kerjasama daripada koperasi sekolah tersebut yang dikeluarkan oleh pelajar MPV SMK Kota. 










Kelihatan wajah adalah Penolong Kanan Tingkatan 6 atau disebut Boss Form 6, Cikgu Nooraini Awang begitu teruja dengan produk dikeluarkan koperasi sekolah untuk pasaran sekitar koperasi sekolah. 











Tuesday 22 March 2022

Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Kejohanan Merentas Desa

Merujuk pada artikel Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Lebih banyak kenangan terindah yang akan menyusul yang dipersembahkan dua hari lalu. Adapun pautan yang diberi ini mengisahkan tentang kenangan manis semasa saya berada di tingkatan empat. Ini pula ada kejohanan merentas desa semperna Jubli Emas 50 Tahun di SMK Kota. 








Sambutan dimulakan dengan kejohanan merentas desa yang disambut pada 28 Januari 2016. 





Antara yang disertai pada kejohanan tersebut adalah bekas pelajar SMK Kota. 




Sebelum memulakan, guru mengingatkan kepada semua pelajar untuk mematuhi undang-undang keselamatan semasa larian tersebut. Selepas itu bunyi hon terus memulakan larian. 


















Kelihatan pada Checkpoint 7 ini adalah menghampiri garisan penamat bermakna korang akan sampai ke lokasi asalnya. 









kelihatan pada semua pelajar berkumpul di dewan Kota Jelasin untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang yang disampaikan oleh pengetua cemerlang SMK Kota, Tuan Haji Kamarudin Deraman. 
















Sunday 20 March 2022

Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Lebih banyak kenangan terindah yang akan menyusul

Baik. Jadi apa kata imbas lagi kembali pada 6 tahun lalu apa yang menyeronokkan pada zaman persekolahan, ketika itu di tingkatan empat...




Antara gambar yang paling menyeronokkan ketika zaman persekolahan ialah Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota. Sambutan dibuat secara besar-besaran pada 28 hingga 29 April 2016. 

Antara barisan pentadbir pada sewaktu ketika itu : 

1. Tuan Haji Kamaruddin Deraman (Pengetua Cemerlang) - kini sudah bersara pada tahun 2019

2. Tuan Haji Hisham Ahmed (Penolong Kanan Pentadbiran) - kini sudah bersara pada tahun 2019

3. Rosli Ab Rajab (Penolong Kanan HEM) - kini dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada tahun 2019 hingga kini

4. Azani Mamat (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) - kini berpindah ke Sekolah Menegah Kebangsaan Tanjong Mas sebagai Penolong Kanan HEM pada tahun 2018

5. Hjh Nooraini Awang (Penolong Kanan Tingkatan 6) - kini sudah bersara pada tahun 2019

6. Maheran Yusoff (Guru Kanan Sains dan Matematik)

7. Mahazan Derahman (Guru Kanan Sains Sosial) - kini sudah bersara pada tahun 2021

8. Kansiah Che Musa (Guru Kanan Teknik Vokasional) - kini sudah bersara pada tahun 2017, iaitu setahun kemudian

9. Haslina Ibrahim (Guru Kanan Bahasa)





Di samping itu juga ada satu forum Islam yang disambut selepas Isyak Khamis 28 April 2016. Ahli panelnya bersama dua penceramah bebas iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff Mohd Kashim, Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Perubatan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ustaz Mokhtar Yaacob serta moderatornya Ustaz Ahmad Ruduwan Mohd Said. 





Selari dengan sambutan tersebut, SMK Kota juga turut memperkenalkan logo jubli emas sebagai tanda untuk memperingati penubuhan sekolah tersebut. 





Salasilah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota telah ditubuhkan pada tahun 1965, yang terletak di Kampung Kota yang jaraknya 6 km dari pusat Bandar Kota Bharu. Sekolah ini bersebelahan dengan Stesen Radio Kota Bharu (RTM). 

Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kota, sebelum berpindah tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1968, ke dua buah bangunannya sendiri yang siap dibina. Bangunan tersebut ialah Blok A dan bangunan Blok B. 

Sekolah ini diperbesarkan lagi pada tahun 1980, apabila dua buah bangunan lagi dibina iaitu Blok C dan Blok D. Pertambahan bilangan murid menjadikan kerja pembinaan bangunan sekolah semakin rancak. Pada tahun 1991 beberapa bangunan baru 3 tingkat pula sempurna disiapkan. Sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota mempunyai 11 buah blok termasuk blok kemahiran hidup. 





Buat julung kalinya pada 28 dan 29 April 2016, berlangsungnya sambutan Jubli Emas untuk menyambut ulang tahun penubuhan SMK Kota yang ke-50 tahun. Sambutan ini berkolaborasi antara SMK Kota dengan kerjasama koperasi SMK Kota Berhad. Banyak aktiviti menarik sepanjang sambutan ini. Antara yang hadir selain guru, staf sokongan dan pelajar ialah orang awam yang terdiri daripada pengunjung luar termasuk bekas pelajar yang pernah belajar di SMK Kota pada tahun dahulu kala serta Alumni SMK Kota yang banyak mengharumkan nama sekolah. Agensi yang turut terlibat untuk menjayakan sambutan ini ialah Kementerian Kesihatan, Tabung Haji, MSU dan pelbagai lagi pameran menarik yang disediakan bagi memberi pengetahuan kepada para pelajar dan orang awam. 

Pada masa yang sama, Presiden ANGKASA, Dato' Haji Abdul Fattah Abdullah turut datang untuk merasmikan pelancaran produk koperasi SMK Kota Berhad iaitu minuman cincau. Majlis itu turut diserikan dengan pertandingan dikir barat antara Warisan Seri Bumi (SMK Kota) dengan pasukan dari SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas. Turut dijemput ialah Sulizi Che Awang iaitu pensyarah kokurikulum IPG Sultan Mizan, Besut telah dijemput untuk mengadil pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitup pasukan Warisan Seri Bumi. 

Manakala sebelah petang pula diadakan aktiviti seloka bersahut antara DJ Kelantan FM dengan para guru SMK Kota. Antara nama guru yang disertai ialah Cg Rosnani Ismail, Cg Norihan Kasim dan Cg Abdul Munif Razali. Aktiviti seloka bersahut ini direkod untuk disiarkan di saluran radio Kelantan FM khas bersemperna dengan sambutan ulang tahun ke-50 tahun SMK Kota. Sebelum sambutan ini diadakan, pihak Kelantan FM telah menjemput Pengetua Cemerlang iaitu Hj Kamaruddin Derahman sebagai tetamu mereka untuk bersiaran secara langsung dan berbual berkaitan sambutan jubli emas. 

Sebelah malam pula juga diadakan Forum Perdana Islam. Turut hadir juga ialah para pelajar, kakitangan, guru, staf dan orang awam. 

Keesokannya Jumaat 29 April 2016 sambutan dimulakan dengan aktiviti senamrobik bertempat di Dewan Kota Jelasin. Turut diadakan ialah pertandingan mewarna dan pertandingan hantaran gubahan kain hantaran. Hadiah yang disediakan adalah lumayan dan menarik dan penyampaian hadiah disampaikan oleh PK KO, Azani Mamat. Diakhiri lagi dengan Majlis Ukhuwah Alumni. Semua alumni SMK Kota dapat bertemu kembali guru-guru mereka dan beramah mesra dengan sahabat yang dirindui. 



Nantikannya cerita tentang kenangan sambutan jubli emas SMK Kota yang akan disiarkan seketika nanti. 



Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...