Salam 7 Zulhijjah. Ini adalah perkongsian dari perjalanan kecil 4 minggu lalu...
Keadaan suasana ketika solat Jumaat di Surau Al-Falah di Bandar Baru Bangi Jumaat 2 Jun 2023. Letaknya betul-betul berhadapan rumah nenek saudara. Suami nenek saudara itu selalu menunaikan solat Jumaat di surau ini.
Pagi Sabtu 4 Jun bergerak dari Bangi untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kelihatan ramai keluarga dan saudara mara untuk menghantar keluarga pergi menunaikan haji. Cuma ini adalah kali pertama datang ke sini sebabnya menyambut ibu saudara di Melaka untuk berangkat bersama. Sambil itu singgah di masjid besar bersebelahan. Lihat artikel Masjid KLIA.
Tengah hari itu pula singgah makan nasi berlauk Kelate di warung Konaleper di Sungai Merab. Tidak jauh dari rumah nenek saudara.