Sunday, 30 June 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Selesai satu perjalanan

Salam semua. Sedar tak sedar minggu depan akan memasuki ke tahun baharu Islam iaitu 1446 Hijirah dan maka berakhirlah tahun Islam 1445 Hijriah. Hari ini dalam kalendar Islam ialah 23 Zulhijjah. Bermula dengan kehadiran tahun baharu Islam bermulalah dengan program kacau bubur Asyura pada setiap bulan Muharam. Dengan mengambil keberkatan hujung tahun Islam dengan berzikir dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW walaupun masih lagi berada dalam bulan Haji lagi. Ada kalanya jemaah Haji akan bersiap siaga akan berangkat pulang ke tanah air bila berada hujung bulan Zulhijjah dan Muharam. 

Setelah hampir sebulan lalu, meneruskan lagi hari ke-6 perjalanan yang juga terakhir perjalanan terbaharu Melaka dan Lembah Klang. Bersambung daripada artikel Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Walimatul Urus dan beberapa tempat di Melaka




Pagi Isnin 3 Jun 2024 bertepatan dengan hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Saya singgah membeli makanan sarapan pagi tidak jauh dari rumah nenek saudara saya di Bangi. 





Jam 9.10 baru bergerak dari Bangi terus ke Shah Alam. 





Singgah di Pusat Bandar Hicom di Shah Alam untuk menziarahi ibu saudara. Cuma ibu saudara dalam minggu depan pada hari itu akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. 





Seterusnya terus menyusuri masuk ke lebuh raya baru iaitu Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Gombak. Lebuh raya ini baru sahaja dibuka hampir setahun lalu tanpa meredah kesesakan di Lebuh Raya Lingakaran Tengah (MRR2). 





Dari SUKE masih lagi melihat menara pencakar langit tertinggi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 





Jam 12.40 baru bergerak dari Lebuh Raya Tengah Utama (CSR) Raub terus meluncur ke Dong. Cuma ada beberapa tempat lagi lebuh raya CSR di Pahang yang masih belum siap sepenuhnya. 





Dari bulatan Benta singgah di masjid Benta untuk menjamakkan Zohor dan Asar. 









Dari Kuala Lipis menghala CSR Chegar Perah untuk memasuki sempadan negeri Kelantan. Ikutkan perancangan mahu singgah di masjid sekitar Kuala Krai, tapi tak sempat. Sebagai ganti, lebih dekat di Gua Musang terus ke masjid buluh. 





Dari masjid buluh kelihatan berlatar belakang gunung batu kapur. Lihat artikel Lawatan terbaru ke masjid buluh Gua Musang di blogspot Jom ke Masjid





Dari atas boleh melihat replika 'Masjidil Haram' yang besar. Cuma tidak sebesar Masjidil Haram yang sebenar di Makkah kerananya sedang dalam proses pembesaran. 





Dari Kuala Krai bergeraklah ke Kota Bharu. Sampai ke rumah dalam jam 7.45 malam didapati telah memandu sejauh 1,165 km secara keseluruhan semenjak perjalanan pertama. Namun, perjalanan pertama diteruskan bersama saudara mara dari Bangi ke Kota Bharu untuk berpeluang cuti semperna cuti pertengahan penggal pertama setelah lebih kurang 6 tahun tidak dapat balik ke Kelantan.  Lihat Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Dari Kota Bharu ke ziarah kematian. Maka perjalanan dari Kota Bharu - Lembah Klang - Melaka telah memandu sejauh 1,146 km. Lihat lagi Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Membuka siri dengan satu perjalanan. Sekian tamatlah cerita. Untuk makluman ini adalah artikel ke-251 di blogspot Nota Untukmu. 




Thursday, 27 June 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Walimatul Urus dan beberapa tempat di Melaka

Baiklah. Diteruskan hari ke-5 cerita perjalanan antara Lembah Klang dan Melaka baru ini. Bersambung daripada Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Ziarah kubur dan masuk kebun sekitar Bangi




Pagi Ahad 2 Jun 2024 terus bergerak keluar awal. Ini kerana di lebuh raya Utara Selatan akan mengalami kesesakan teruk pada tengah hari terutama ketika ini masih bercuti. Sebabnya perlu bergerak lebih awal. 





Menariknya jarang kelihatan di sekitar jalan raya ternampak sebuah kereta mungkin membawa penyidai besi kain disebabkan bonet kereta tak berapa muat. Letaknya di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Selatan berdekatan Seremban. 




Jam 10.30 baru masuk ke Melaka...





Keluar simpang dari Simpang Ampat terus menghala ke Melaka. 





Singgah dahulu di rumah ibu saudara di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam. Cuma ibu saudara itu tiada di rumah kerana ada satu majlis kenduri. Hanya nenek saudara masih berada di situ. 





Terus berjalan-jalan di sekitar. Antaranya ini adalah tempat permainan sewaktu ketika kecil dahulu. Sekarang bila meningkat usia muda belia, sudah tak larat dan terus bermain di fikiran. 





Kelihatan ada sekumpulan pelajar sekolah dan guru sedang bermain silat. 













Diteruskan lagi perjalanan terus ke Paya Rumput. 






Sebaliknya ke Bandar Paya Rumput Perdana. 





Cuma di sana ada majlis perkahwinan ibu saudara saya. Cuma ini adalah anak angkat kepada ibu saudara. 





Sebelum solat Zohor di surau berhampiran (lihat Surau Ar-Raudhah, Paya Rumput Perdana) kami terus sesi bergambar bersama pengantin dan sanak saudara. Ada sanak saudara dari Kelantan, Pahang, Terengganu, Lembah Klang, Melaka dan Johor yang turut hadir bersama. Selepas solat Zohor di surau kami terus bertolak balik ke Bangi dan tak perlu singgah ke mana-mana. Disebabkan adik saya masih bersekolah maka lusa terus buka sekolah dan hari itulah merupakan cuti ganti semperna Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. 


















Sunday, 23 June 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Ziarah kubur dan masuk kebun sekitar Bangi

Salam semua. Setelah seminggu kita bercuti hari raya Aidil Adha baru ini, bersambung lagi bahagian cerita di hari ke-4 perjalanan baru ke Melaka dan Lembah Klang. Bersambung daripada artikel Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Membuka siri dengan satu perjalanan





Pagi Sabtu 1 Jun 2024, iaitu 3 minggu lalu. Setelah bermalam di Bangi kami membawa bersama saudara mara ke tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas di Bangi. 





Di situ bersemadinya arwah nenek sendiri pada 14 tahun lalu, iaitu 2010 dan abang sepupu pada 4 tahun lalu iaitu 2020 asbab kemalangan jalan raya. Semoga kedua-dua arwah ditempatkan bersama dalam kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH. 





Singgah di Taman Langat Jaya untuk singgah di rumah sepupu yang mana asalnya adalah rumah bapa saudara saya. 





Selesai sahaja solat Zohor di surau berdekatan, kami masuk ke kebun belakang surau ini. 










Kebetulan ada dua warga Indonesia sedang memancing ikan di kuala sungai. 






Masuk berendam kaki dulu sat...





Sebelum 4 petang singgah pula di rumah mak sepupu terletak di Jalan Tiga, Bangi. Mungkin di sana buat makan besar-besaran. Maka esoknya terus membawa ke Melaka. 




Sunday, 16 June 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Membuka siri dengan satu perjalanan

Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lagi dengan memasuki hari ke-3 perjalanan terbaru ke Lembah Klang. Ini adalah permulaan perjalanan tersebut. Bersambung daripada Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Dari Kota Bharu ke ziarah kematian




Perjalanan bermulanya Jumaat 31 Mei 2024 apabila saya dan keluarga keluar dari rumah dari Pendek jam 9 pagi. 





Cuma kali ini masuk jalan dari Dewan Beta ke Machang sebagai laluan alternatif dari Kadok ke Machang, hingga ke Gua Musang. 





Kebetulan pada ketika itu terus disambung cuti sehingga Isnin kerana pada Isnin itu juga cuti am Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Cuma hari semalam itu juga hari Ahad merupakan cuti ganti. Maka terus membawa adik saya pun sama-sama. 





Singgah di masjid jamek bandar Gua Musang antara menjadi persinggahan utama saya bila pergi balik ke Kuala Lumpur. 





Cuma ketika itu jam 11.45 belum masuk waktu solat Jumaat. Sambil itu bersantai melihat bandar berlatar belakangkan bukit batu kapur. Kenapa nama tempat dan jajahan ini disebut Gua Musang? Sebab bukit batu kapur itu menurut cerita orang tua dahulu ia antara menjadi persinggahan seekor musang yang besar dan seekor ayam yang hidup dengan baik antara satu sama lain. 





Dari Lebuh Raya Tengah Utama (CSR - Central Spine Road) Kechai Tui terus menyeberangi ke Kuala Lipis. Ini adalah jalan di Padang Tengku. 






Singgah di sebuah masjid yang baru dibuka. Kelihatannya selesai sudah solat Jumaat. Dalam keadaan bermusafir, memang tidak wajib untuk solat Jumaat. Bukan sahaja tak wajib, cuma dialu-alukan menjadi tetamu Jumaat yang mulia ini demi melihat keindahan alam dan kampung. Lihat artikel Masjid Rengai, Kuala Lipis di blogspot Jom ke Masjid





Seterusnya kami terus menyusuri CSR yang baru dibuka sebelum hari raya Aidil Fitri lalu iaitu dari Raub hingga ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub seterusnya akan sampai ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Lebuhraya ini akan memanjang dari Kota Bharu ke Karak, tetapi belum siap di beberapa bahagian. Sebelum ini jangkaan siap pada tahun 2025, iaitu tahun hadapan. Jadi tidak perlu memasuki bandar Raub semata-mata untuk meredah kesesakan selepas ini. Maka selepas ini banyak memori dan kenangan terindah dalam artikel sebelum ini apabila siapnya lebuh raya nanti. Saja nak tengok keindahan lebuh raya ini macam kat luar negara. 





Dari Gombak kami terus menyusuri pula lebuh raya yang baru dibuka setahun lalu iaitu lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE - Sungai Besi - Ulu Kelang Expressway). Sebelum ini terpaksa meredah kesesakan di lebuhraya MRR2 selama lebih kurang setengah jam. 





Dari sana dapat melihat banyak bangunan pencakar langit yang berdiri megah di ibu kota. 






Sini letaknya menara pencakar langit yang tertinggi iaitu Tun Razak Exchange manakala dari sudut menara yang tajam iaitu menara Merdeka 118 (dahulunya PNB118). Menara Merdeka 118 direka bentuk berinspirasi daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman sewaktu mengangkat tangan ketika melaungkan 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan letaknya berdekatan stadium bersejarah tersebut. 





Dekat pukul 6 baru sudah sampai di Plaza Tol Batu 9 menghala ke Cheras. 





Lebih kurang 6.40 baru sampai ke Bangi. 





Maka perjalanan sekarang telah dipendekkan menjadi 6 jam 15 minit berbanding sebelum ini dengan memakan masa antara 7/8 jam. Dengan jaraknya dalam 456 km. Dalam pada itu, dalam keadaan memandu memang pergiliran antara bapa dan saya sendiri. 



Thursday, 13 June 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Dari Kota Bharu ke ziarah kematian

Salam malam Jumaat 7 Zulhijjah 1445 Hijriah. Perjalanan ke negeri Hang Tuah, iaitu Melaka dimulakan dahulu ada beberapa orang ahli keluarga dan sanak saudara dari Bangi pulang ke Kelantan pada Isnin 27 Mei. Seterusnya tiga hari kemudian, saya dan keluarga terus ke Lembah Klang dan berada di sana selama 4 hari 3 malam. Sekarang kita mulakan perkongsian. 




Dimulakan dahulu dengan Selasa 28 Mei 2024 malam Rabu saya dan sanak saudara dari Bangi keluar dari rumah. 





Cuma tidak terus ke Lembah Klang lagi, sebaliknya hanya membawa berjalan-jalan di sekitar bandaraya Kota Bharu yang letaknya hanya 5 km dari Pendek. 





Lalu singgah di dataran Ilmu...










Kebetulan itu juga ada festival makanan. Depan letaknya muzium negeri. 






Lalu membeli beberapa barangan dan menikmati makan malam...










Petang Khamis 30 Mei singgah menghadiri majlis kenduri kenalan ayah letaknya 100 meter dari masjid Pendek. 





Kebetulan hari itu ada berita kematian salah seorang jiran berhampiran rumah saya pagi itu. Kematian merupakan seorang wanita berusia 30-an yang menghidap penyakit kanser sejak setahun lalu. Ketika dahulu dia bekerja di kedai pos berhampiran dengan rumah berkenaan sebelum berhenti kerja akibat penyakit berkenaan. 





Sebelum kembali ke tempat kerja sempat menziarahi kematian penduduk kampung itu. Ketika itu jenazah arwah masih berada di dalam rumah. Apapun saya sebagai penulis blogspot mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. ;-(




Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...