Monday, 21 July 2025

Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian II

Salam 25 Muharram 1447 Hijriah. Bersambung daripada artikel Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian I




Dari Telong terus menghala ke Tok Bali. Kemudian singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Al-Hasanain, Kuala Semerak, Tok Bali di blogspot Alam Melayu dan Islam






Sekitar jam 3.30 singgahlah di Pantai Bisikan Bayu di Semerak. Letaknya kira-kira 3 km ke sempadan negeri Terengganu. 





Kelihatan dalam gambar ini ialah D'Rhu Rehlah tempat adik saya yang sekarang baru Tingkatan Empat bersama rakan-rakannya mengadakan kem pada pertengahan Jun lalu. 





Singgah untuk mendamaikan suasana. Kali terakhir singgah di sini lebih kurang 8/9 tahun yang lalu tak silap. 










Kelihatan bayangan bukit ini adalah bukit Keluang di Kuala Besut. 






Singgah di rumah bapa saudara di Tembesu, Limbat untuk melihat projek rumah yang ketika itu baru tinggal 90% siap. 





Biasa kalau nampak rumah ini sudah kelihatan moden seperti perubahan masa sekarang. Ia menggantikan struktur rumah dengan pelbagai faktor iaitu uzur, struktur kayu dimakan anai-anai dan bumbung bocor. 





Apabila sampai ke rumah semasa waktu azan Maghrib didapati saya telah memandu sejauh 105 km. Untuk pengetahuan, ini adalah artikel ke-287 di blogspot NOTA UNTUKMU ini. 






Saturday, 19 July 2025

Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian I

Salam Sabtu 23 Muharram 1447 Hijriah. Merujuk kepada artikel Fantastic Fest 2025 yang dipersembahkan Selasa lalu. Adapun tiga minggu lalu punya sedikit cerita, cuma hanya satu perjalanan kecil. 




Pagi Sabtu 28 Jun 2025 bersamaan 2 Muharram 1447 Hijriah saya dan keluarga keluar dari rumah untuk pergi ke beberapa tempat kenduri di sekitar negeri kita sahaja. 





Singgah di Chicha berdekatan Kubang Kerian untuk menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan sepupu. 




Tidak jauh dari tempat majlis terdapat satu tanah perkuburan. Lihat artikel Tanah perkuburan Islam Chicha, Kubang Kerian di blogspot Alam Melayu dan Islam






Dari Jelawat terus menghala ke Melawi. Singgah di masjid berhadapan sambil menunggu Google Maps. Lihat Masjid Ar-Rahman, Repek pada siang hari






Diteruskan lagi perjalanan menuju ke Telong. 






Selesai singgah di masjid yang berdekatan (lihat Masjid iktikaf Pantai Telong), terus singgah home stay yang letaknya di Pantai Telong untuk menunggu ketibaan pengantin dari pihak lelaki yang juga anak saudara kepada ibu saudara daripada Selangor. 










Dari 500 meter terus ke majlis berarak memasuki majlis jam 1.20. Ini adalah majlis perkahwinan daripada pihak perempuan yang berlangsung di pantai Telong. 










Pengacara majlis pun menyuruh semua untuk bergambar bersama sebelum berangkat pulang. Maka kami pun dapat bergambar bersama. Insya Allah semoga saya dapat bertemu jodoh pada suatu hari nanti. 




Tuesday, 15 July 2025

Fantastic Fest 2025

Salam pertengahan Muharram. Perkongsian daripada 3 minggu lalu. 




Khamis hingga Ahad 26 hingga 29 Jun 2025 telah diadakan Fantastic Fest 2025 diadakan di perkarangan Mydin Mall Tunjong. Antara penaja utama ialah Yaya Empire Perfume dan NB Group. Antara aktiviti menarik seperti persembahan nyanyian daripada artis tempatan, Dikir Barat, pertandingan, influencer daripada TikTokers, festival makanan dan banyak lagi. 





Petang Jumaat 27 Jun 2025 dari Pasir Hor saya pun ke tempat parking Mydin Mall Tunjong kebetulan diadakan festival Fantastic. 





Biasanya memang diadakan festival makanan. 










Festival yang saya pergi ini adalah memasuki hari ke-2. Tidak sampai seminggu berlalu aktiviti diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di bandar Kota Bharu iaitu Pesta Itu-Ini, ini satu lagi aktiviti lagi memeriah untuk anak muda iaitu festival yang diadakan seperti ini. 




Majlis Maulidur Rasul di dua kawasan dalam mukim Pendek

Salam semua. Sebelum memulakan cerita perjalanan semasa cuti hari keputeraan Sultan Kelantan baru ini, kita kongsikan sedikit cerita tentang...