Salam Sabtu 23 Muharram 1447 Hijriah. Merujuk kepada artikel Fantastic Fest 2025 yang dipersembahkan Selasa lalu. Adapun tiga minggu lalu punya sedikit cerita, cuma hanya satu perjalanan kecil.
Pagi Sabtu 28 Jun 2025 bersamaan 2 Muharram 1447 Hijriah saya dan keluarga keluar dari rumah untuk pergi ke beberapa tempat kenduri di sekitar negeri kita sahaja.
Tidak jauh dari tempat majlis terdapat satu tanah perkuburan. Lihat artikel Tanah perkuburan Islam Chicha, Kubang Kerian di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Dari Jelawat terus menghala ke Melawi. Singgah di masjid berhadapan sambil menunggu Google Maps. Lihat Masjid Ar-Rahman, Repek pada siang hari.
Diteruskan lagi perjalanan menuju ke Telong.
Selesai singgah di masjid yang berdekatan (lihat Masjid iktikaf Pantai Telong), terus singgah home stay yang letaknya di Pantai Telong untuk menunggu ketibaan pengantin dari pihak lelaki yang juga anak saudara kepada ibu saudara daripada Selangor.
Dari 500 meter terus ke majlis berarak memasuki majlis jam 1.20. Ini adalah majlis perkahwinan daripada pihak perempuan yang berlangsung di pantai Telong.
No comments:
Post a Comment