Friday, 28 February 2020

Memanjat bukit berpasir 'Pantai Al-Arab'

Salam Jumaat 4 Rejab. Ini perkongsian daripada perjalanan kecil saya 2 minggu lepas...

Jumaat lepas 14 Februari 2020 saya pergi ke Pantai Mek Mas, PCB, Kota Bharu. 

Pantai Mek Mas merupakan salah satu pantai peranginan yang berada di jajahan Kota Bharu, selain daripada PCB, Pantai Sabak dan Pantai Kundur. Di pantai ini juga terdapat beting pasir yang tinggi yang baru sahaja siap dibina. 



Tak sedar ada papan larangan. Tetapi masih dibuka kepada orang ramai untuk berkunjung, bergambar dan berselfie sebagai kenangan. Di sini pun boleh buat main sandboard pun bagus. 

Sekali tengok macam padang pasir kat negara Arab...

Saya pun terus mendaki ke bukit pasir pantai tersebut...



Saya pun ternampak kapal korek di pantai ini. 




Kelihatan gayak ada tiga orang menaiki atas kren di atas kapal korek ini.

Jam lebih 7.05 petang matahari sudah terbenam lalu mengambil gambarnya. Kalu pendek kata gak waktu matahari terbit dalam jam 7.30 lebih pagi sedangkan dalam jam 7 pagi masih gelap lagi. Ini kerana waktu ketika itu adalah subuh lewat dalam jam 6.14 pagi.





Saya pun terus mengambil gambar suasana ketika matahari terbenam di pantai ini. Makluman korang ini adalah artikel yang ke-119 di blogspot ini. 


Wednesday, 26 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Nota tambahan

Salam 2 Rejab. Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan pertemukan kami dengan bulan Ramadan. Dalam 2 bulan sahaja lagi akan memasuki ke bulan Ramadan. Pada Selasa 18 Februari, genap sudah 2 bulan perjalanan hujung tahun lepas di Lembah Klang, saya telah menyelesaikan semua artikel yang mana perjalanan itu adalah hari terakhir yang juga ke-9 perjalanan ke Lembah Klang pada 18 hingga 26 Disember 2019 lalu merujuk kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari gerhana matahari ke Mekkah dengan menutup siri cerita. Tetapi cerita ini belum tamat lagi yang mana kita ada sedikit nota tambahan. Ini ceritanya...

Pada 18-20 Disember kami sekeluarga bermalam di rumah di Jalan Pilus Dua di Shah Alam. Rumah tersebut adalah milik ibu saudara saya yang berpangkat Datin, manakala suaminya berasal dari Perak juga berpangkat Datuk. 



Rumah tersebut dihiasi dengan kolam ikan dan landskap yang amat mempersonakan. Pintu pagar juga automatik buka dan tutup tanpa memerlukan pertolongan untuk menyuruh buka dan tutup. Kawasan dalam rumah tersebut dihiasi dengan pelbagai landskap disusun rapi dengan tepat. 

Pada hari ke-3 iaitu Jumaat 20 Disember 2019 berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid di Pusat Bandar Hicom di Shah Alam, berhampiran dengan rumah ibu saudara saya. Ketika sedang menunaikan solat Jumaat bersama-sama, dalam rakaat terakhir ada sedikit pertambahan yang mana imamlah yang diseru supaya membaca doa qunut nazilah. Dalam doa qunut nazilah tersebut berada dalam keadaan sayu di mana imamnya sedang dalam keadaan menangis. Doa qunut inilah diseru supaya selamatkan rakyat Uighur beragama Islam di China daripada dianiaya oleh bangsa-bangsa komunis didakwa menghina agama Islam, selamatkan negara Gaza daripada direjam oleh bangsa Israel yang begitu tidak berperikemanusiaan dan selamatkan negara daripada bala bencana. Disebabkan sekarang berlakunya wabak Corona virus atau COVID19 itulah antara bala-bala kepada masyarakat cina komunis yang menyeksa rakyat Uighur di negara tersebut. Lihat artikel berikut : 


Masjid Al-Munawwarah, Pusat Bandar Hicom, Shah Alam

Pada hari ke-9 iaitu Khamis 26 Disember 2019 merupakan hari terakhir perjalanan.  Kami berkesempatan melihat sendiri reka bentuk 'Masjidil Haram' yang hampir siap sepenuhnya. Lihat Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap.

Reka bentuk luaran dan dalaman masjid ini adalah hasil daripada reka bentuk Masjidil Haram yang asal. Memiliki 9 menara yang sama seperti Masjidil Haram. Bahagian luar tengahnya kemungkinan turut terbinanya replika Kaabah.

Sebelum ini artikel ini yang dibuat 7 bulan lepas mengenai Masjid baru di Gua Musang mirip 'Masjidil Haram'.

Dibina adalah hasil daripada Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang yang menggunakan duit sendiri sebagai sumbangan kepada masyarakat. Kos pembinaannya RM23 juta.

Arah kiblatnya menghadap ke bandar lama Gua Musang. Antara paparan menarik tentang masjid ini seperti dipaparkan dalam artikel Berita Harian pada Sabtu 18 Januari 2020 :

Masjid model Masjidil Haram mercu tanda baharu Kelantan

GUA MUSANG: Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang terletak di Bandar Lama, Gua Musang, bakal dibuka akhir April ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata masjid yang menelan belanja RM28 juta itu sekali gus menjadi mercu tanda baharu Kelantan.

Katanya, masjid yang mampu memuatkan lebih 3,000 jemaah dan mula dibina akhir 2016 lalu, kini dalam persiapan akhir sebelum dibuka Ramadan nanti.

Beliau berkata, kini ia hanya membabitkan kerja-kerja kecil yang perlu disiapkan termasuk kemudahan bekalan elektrik.

“Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin itu juga bakal menjadi tarikan pengunjung.

“Walaupun belum siap sepenuhnya, sudah ada pengunjung luar datang melihatnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir Masjid Razaleigh itu, di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, lebih menarik dan uniknya masjid mirip Masjidil Haram di Makkah itu dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah.

“Cuma ada beberapa perkara yang belum dapat dilaksanakan umpamanya replika Kaabah yang kita nak bina, kita guna screen LED memaparkan ayat suci al-Quran,” katanya.

Masjid itu dilengkapi ruang yang luas, selain bilik mesyuarat, bilik kursus, dewan makan, bilik imam, bilal dan dua ruang pengurusan jenazah.

Katanya, ruang tengah masjid itu boleh digunakan ketika kursus haji.

“Apabila masjid itu dibuka nanti, Masjid Razaleigh yang lama tidak digunakan lagi untuk solat Jumaat dan terpulanglah kepada penduduk sekitarnya untuk solat berjemaah lima waktu,” katanya.

Inilah kedudukan dari Masjid Razaleigh yang baru ke Masjid Razaleigh yang lama. Kedudukannya 500 meter. Kedua-dua masjid ini arah kiblatnya adalah tepat berdasarkan pada peta Google Maps. Tetapi berdasarkan pada peta Google Maps dalam peta satelit adalah gambar lama, ketika itu tempat pembinaan bangunan baru Masjid Razaleigh tiada lagi. 

Sebagai mengakhiri artikel ini biar dulu ada sedikit ringkas tentang laluan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur ke Nilai. Dalam perincian kami sekeluarga telah memandu sejauh 550 km, bukannya 483 km seperti dipaparkan di dalam peta. Tambahnya lagi ada membuat satu perjalanan ke Meru, Klang ada satu majlis kenduri dan juga Shah Alam. Cukup gerak dan perkongsian tentang hal ini. Sekian tamatlah cerita perjalanan ke sekitar Lembah Klang 18-26 Disember 2019. 


Saturday, 22 February 2020

Sekitar perasmian Pines Station KOPTA

Ini adalah sekadar perkongsian berkenaan dengan perasmian kiosk terbaru KOPTA hampir dua minggu lepas...

Rabu 12 Februari 2020 ada satu majlis perasmian pembukaan di kiosk terbaru KOPTA iaitu Pines Station. 

Perasmian pembukaan kiosk Pines Station ini disempurnakan oleh Pengetua SMK Kota Tuan Hj Shamsul Bahari Jaafar. Selain AJK koperasi SMK Kota, antara yang hadir ialah pegawai-pegawai pertanian negeri, Lembaga Perindustrian Nanas Negeri dan Persatuan Pengusaha Nanas Kelantan. 

Kiosk tersebut menjual nanas yang segar dari ladang. Ianya terletak bersebelahan dengan deretan kedai-kedai koperasi SMK Kota, atau dikenali sebagai KOPTA. Yang selama ini di bawah pengusaha Koperasi SMK Kota Berhad. 

Barisan-barisan pentadbir bersama pegawai pertanian negeri turut menikmati jus nanas.







Untuk pengetahuan korang semua, Pines Station ini dibuka pada jam 10 pagi - 6 petang untuk Ahad - Khamis, manakala hari Jumaat pula dibuka pada jam 9 pagi - 12 tengahari, manakala hari Sabtu juga dibuka pada jam 9 pagi - 5 petang.


Sebagai mengakhiri artikel ini, bagi mengetahui lebih lanjut, korang terus LIKE Pages di FB Pines Station. Klik ke sini


Tuesday, 18 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari gerhana matahari ke Mekkah dengan menutup siri cerita


Salam Selasa malam Rabu. Setelah beberapa lama kita sudah memasuki hari ke-9 perjalanan ke Lembah Klang. Maknanya genap 2 bulan perjalanan tersebut maka terakhirlah artikel yang saya buat untuk ketika ini. Bersambung daripada Perjalanan akhir tahun 2019 - Mencari durian di dusun belakang surau

Pagi Khamis 26 Disember 2019 kami terus meninggalkan Bangi. 

Kami pun menyusuri masuk ke bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat suasana bandaraya yang sibuk. 

Kebiasaannya kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur memang selalu ada. 

Sambil-sambil itu kami melihat suasana bandaraya Kuala Lumpur. Terlihat juga menara Tun Razak Exchange yang dibina tinggi. Terlihat menara ini sudah siap dibina dan akan digunakan sepenuhnya.  

Dari belakang menara pencakar langit ialah Menara Berkembar Petronas KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Rujuk kembali artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Kenduri di Meru dan berpusing-pusing ke bandaraya Kuala Lumpur yang dibuat 2 minggu lepas. 

Selepas itu saya terus melalui Lebuhraya Gombak ke Karak untuk sampai ke negeri Kelantan.

Dipendekkan cerita kami sampai ke Bentong dalam sekitar jam 12.05 tengahari.

Dalam sekitar jam 1 tengahari kami sampai di Kuala Lipis keadaan langit menghampiri waktu senja. Ini kerana berlakunya gerhana matahari analus seperti yang diramal ketika itu bermula jam 11.30 pagi. Analus dalam bahasa Latin bermaksud cincin. Ketika gerhana matahari sedang berlaku maka akan adakan solat sunat gerhana.

Zoom-in dah dapat gerhana matahari. Ini menunjukkan jam 1.27 tengahari ketika itu kami berada di Kuala Lipis. 

Dari Kuala Lipis kami terus melalui lebuhraya CSR untuk sampai ke negeri Kelantan. Apabila sampai ke negeri Kelantan kami terus singgah di bandar Gua Musang lalu terlihat masjid ini ketika jam 3.05 petang.

Alhamdulillah kami pun menjamakkan solat Zohor dan Asar. Dah berasa keletihan.

Kemudian kami pun berjalan-jalan ke bandar lama Gua Musang.

Kemudian kami melihat satu bangunan baru menjadi ikonik kepada Gua Musang dan negeri Kelantan Serambi Makkah. Lihat artikel Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap di blogspot Jom ke Masjid.

Rasanya seperti berada di Mekkah. Dari belakang ada bukit batu kapur. Nampak tak betapa unik dan terserlah. Kalau di Masjidil Haram sebenar di Mekkah sudah dibesarkan tetapi kat tempat kita dah nampak hampir real

Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Kota Bharu.

Dari Gua Musang saya terus ke Kuala Krai lalu meredah jammed di sana. Hampir waktu maghrib kebetulan saya berada di Machang.

Sampai lah pulak di pekan Kok Lanas. Kemudian singgah di masjid ini, terlihat seperti istana Inggeris. Lihat Masjid Ayesha, Kok Lanas

Sampai di Wakaf Che Yeh kami singgah makan di restoran nasi kukus. Alang-alang seperti rasa sedap. Kalau jarak dari rumah saya di Pendek hanya dalam 4 km je. Dekat tu dah nak rasa macam nak balik.

Alhamdulillah kami sudah sampai ke rumah dalam sekitar 9.30 malam. Meter menunjukkan kami telah memandu sejauh 563 km sepanjang perjalanan sekitar Shah Alam, Bangi, Meru dan Nilai. Rujuk kembali kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020. Tetapi cerita ini belum tamat lagi. Andai kata kita ada sedikit ringkasan tentang perjalanan tersebut. Nantikannya...