Salam 2 Rejab. Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan pertemukan kami dengan bulan Ramadan. Dalam 2 bulan sahaja lagi akan memasuki ke bulan Ramadan. Pada Selasa 18 Februari, genap sudah 2 bulan perjalanan hujung tahun lepas di Lembah Klang, saya telah menyelesaikan semua artikel yang mana perjalanan itu adalah hari terakhir yang juga ke-9 perjalanan ke Lembah Klang pada 18 hingga 26 Disember 2019 lalu merujuk kepada artikel
Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari gerhana matahari ke Mekkah dengan menutup siri cerita. Tetapi cerita ini belum tamat lagi yang mana kita ada sedikit nota tambahan. Ini ceritanya...
Pada 18-20 Disember kami sekeluarga bermalam di rumah di Jalan Pilus Dua di Shah Alam. Rumah tersebut adalah milik ibu saudara saya yang berpangkat Datin, manakala suaminya berasal dari Perak juga berpangkat Datuk.
Rumah tersebut dihiasi dengan kolam ikan dan landskap yang amat mempersonakan. Pintu pagar juga automatik buka dan tutup tanpa memerlukan pertolongan untuk menyuruh buka dan tutup. Kawasan dalam rumah tersebut dihiasi dengan pelbagai landskap disusun rapi dengan tepat.
Pada hari ke-3 iaitu Jumaat 20 Disember 2019 berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid di Pusat Bandar Hicom di Shah Alam, berhampiran dengan rumah ibu saudara saya. Ketika sedang menunaikan solat Jumaat bersama-sama, dalam rakaat terakhir ada sedikit pertambahan yang mana imamlah yang diseru supaya membaca doa qunut nazilah. Dalam doa qunut nazilah tersebut berada dalam keadaan sayu di mana imamnya sedang dalam keadaan menangis. Doa qunut inilah diseru supaya selamatkan rakyat Uighur beragama Islam di China daripada dianiaya oleh bangsa-bangsa komunis didakwa menghina agama Islam, selamatkan negara Gaza daripada direjam oleh bangsa Israel yang begitu tidak berperikemanusiaan dan selamatkan negara daripada bala bencana. Disebabkan sekarang berlakunya wabak Corona virus atau COVID19 itulah antara bala-bala kepada masyarakat cina komunis yang menyeksa rakyat Uighur di negara tersebut. Lihat artikel berikut :
Masjid Al-Munawwarah, Pusat Bandar Hicom, Shah Alam
Pada hari ke-9 iaitu Khamis 26 Disember 2019 merupakan hari terakhir perjalanan. Kami berkesempatan melihat sendiri reka bentuk 'Masjidil Haram' yang hampir siap sepenuhnya. Lihat
Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap.
Reka bentuk luaran dan dalaman masjid ini adalah hasil daripada reka bentuk Masjidil Haram yang asal. Memiliki 9 menara yang sama seperti Masjidil Haram. Bahagian luar tengahnya kemungkinan turut terbinanya replika Kaabah.
Sebelum ini artikel ini yang dibuat 7 bulan lepas mengenai
Masjid baru di Gua Musang mirip 'Masjidil Haram'.
Dibina adalah hasil daripada Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang yang menggunakan duit sendiri sebagai sumbangan kepada masyarakat. Kos pembinaannya RM23 juta.
Arah kiblatnya menghadap ke bandar lama Gua Musang. Antara paparan menarik tentang masjid ini seperti dipaparkan dalam artikel Berita Harian pada Sabtu 18 Januari 2020 :
Masjid model Masjidil Haram mercu tanda baharu Kelantan
GUA MUSANG: Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang terletak di Bandar Lama, Gua Musang, bakal dibuka akhir April ini.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata masjid yang menelan belanja RM28 juta itu sekali gus menjadi mercu tanda baharu Kelantan.
Katanya, masjid yang mampu memuatkan lebih 3,000 jemaah dan mula dibina akhir 2016 lalu, kini dalam persiapan akhir sebelum dibuka Ramadan nanti.
Beliau berkata, kini ia hanya membabitkan kerja-kerja kecil yang perlu disiapkan termasuk kemudahan bekalan elektrik.
“Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin itu juga bakal menjadi tarikan pengunjung.
“Walaupun belum siap sepenuhnya, sudah ada pengunjung luar datang melihatnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir Masjid Razaleigh itu, di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata, lebih menarik dan uniknya masjid mirip Masjidil Haram di Makkah itu dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah.
“Cuma ada beberapa perkara yang belum dapat dilaksanakan umpamanya replika Kaabah yang kita nak bina, kita guna screen LED memaparkan ayat suci al-Quran,” katanya.
Masjid itu dilengkapi ruang yang luas, selain bilik mesyuarat, bilik kursus, dewan makan, bilik imam, bilal dan dua ruang pengurusan jenazah.
Katanya, ruang tengah masjid itu boleh digunakan ketika kursus haji.
“Apabila masjid itu dibuka nanti, Masjid Razaleigh yang lama tidak digunakan lagi untuk solat Jumaat dan terpulanglah kepada penduduk sekitarnya untuk solat berjemaah lima waktu,” katanya.
Inilah kedudukan dari Masjid Razaleigh yang baru ke Masjid Razaleigh yang lama. Kedudukannya 500 meter. Kedua-dua masjid ini arah kiblatnya adalah tepat berdasarkan pada peta Google Maps. Tetapi berdasarkan pada peta Google Maps dalam peta satelit adalah gambar lama, ketika itu tempat pembinaan bangunan baru Masjid Razaleigh tiada lagi.
Sebagai mengakhiri artikel ini biar dulu ada sedikit ringkas tentang laluan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur ke Nilai. Dalam perincian kami sekeluarga telah memandu sejauh 550 km, bukannya 483 km seperti dipaparkan di dalam peta. Tambahnya lagi ada membuat satu perjalanan ke Meru, Klang ada satu majlis kenduri dan juga Shah Alam. Cukup gerak dan perkongsian tentang hal ini. Sekian tamatlah cerita perjalanan ke sekitar Lembah Klang 18-26 Disember 2019.