Wednesday, 30 November 2022

Kenduri besar di Bukit Kiara

Salam 30 November. Di sini saya mengumpulkan semua artikel menerusi kompilasi perjalanan di Lembah Klang 4-8 November. 




Perjalanan kali ini pula bermula Jumaat 4 November 2022. Perjalanan dilakukan disebabkan ada majlis kenduri yang diadakan di pusat konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara. Dan kembali ke rumah pada Selasa 8 November setelah 5 hari 4 malam dengan jarak pemanduan ialah 976 km. 

Tuesday, 15 November 2022

Kenduri besar di Bukit Kiara - Bermalam di dua tempat sebelum berakhir perjalanan

Salam semua. Sampai masanya untuk mengakhiri cerita perjalanan. Bersambung daripada Kenduri besar di Bukit Kiara - Berjoging-joging dan majlis besar




Pagi Ahad 6 November 2022. Setelah bermalam di Petaling Jaya kami meninggalkannya untuk perjalanan seterusnya. 













Sampai di rumah ibu saudara di Pusat Bandar Hicom, Shah Alam jam 10.25 pagi. Rumah ini dikatakan menjadi tempat persandingan anak buah yang berlangsung di pusat konvensyen Sime Darby pada Sabtu itu. 





Esoknya petang Isnin 7 November setelah bermalam di Shah Alam terus meninggalkannya untuk memasuki Bandar Baru Bangi dalam keadaan hujan lebat. 





Jam 2.55 hujan lebat mulai surut...









Esoknya pula Selasa 8 November mengajak bapa tiri terus ke restoran makanan Kelantan di Sungai Merab untuk menikmati sarapan pagi. 





Jam 10.30 baru meninggalkan Bangi. 





Diteruskan lagi perjalanan dengan memasuki lebuh raya Central Spine Road di Bentong. Tetapi masih lagi menggunakan jalan yang menghubungkan Raub dan Kuala Lipis disebabkan lebuh raya Spine Road sepanjang laluan itu belum siap. Apabila siapnya lebuh raya itu maka akan mengambil alih fungsi dari laluan yang masih digunakan sekarang. 




Dari bandar Raub meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Kuala Lipis. Singgah di masjid ini untuk menjamakkan solat. Lihat artikel Masjid Tengku Abdullah, Gali Tengah, Raub dan Surau Al-Hidayah, Gali Tengah di blogspot Jom ke Masjid





Dari Kuala Lipis meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Gua Musang. 





Tengok-tengok lebuh raya CSR Padang Tengku ke Gua Musang ditutup. Mungkin laluan ini terus bersambung lagi ke atas. Teringat lagi simpang lebuh raya ini tempat saya dan keluarga berhenti rehat. Lihat artikel lama Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan




Dari Chegar Perah terus melalui lebuh raya CSR untuk memasuki sempadan negeri Kelantan. 





Sepertimana dirancang semasa perjalanan hari pertama itu kami berhasrat untuk ke masjid unik ini yang letaknya berdekatan dengan bukit batu kapur. Lihat Masjid buluh, Gua Musang









Pemandangan dari atas bolehlah pula melihat sebegini rupa replika Masjid Haram yang besar dengan dikenali nama Masjid Razaleigh dan dikelilingi laluan kereta api. Kini menjadi tarikan terbaru untuk menaiki kereta api ke Dabong yang dikenali sebagai 'Train to Dabong'. 

Ada masa nanti insya Allah saya akan ke Dabong dengan menaiki kereta api sama ada dari Wakaf Bharu atau Pasir Mas. 




Tapi cukuplah gambar dengan menggunakan zoom-in. Uniknya masjid ini memiliki 9 menara, replika Kaabah dan binaan sama seperti Masjidil Haram yang dahulu kala. 





Dari Gua Musang bergeraklah kami ke Kuala krai untuk sampai ke Kota Bharu. Terus mengambil laluan Machang ke Dewan Beta untuk sampai ke rumah. Telah sampai tepat jam 7.20 malam dengan jarak pemanduan keseluruhan ialah 976 km. Sekian sahaja dahulu cerita ini. Wasalam :-)




Friday, 11 November 2022

Kenduri besar di Bukit Kiara - Berjoging-joging dan majlis besar

Salam Jumaat. Dan juga diucapkan lagi dengan selamat menyambut hari keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Diteruskan lagi dengan memasuki hari ke-2 perjalanan di Lembah Klang lalu bersambung pula daripada Kenduri besar di Bukit Kiara - Satu perjalanan tersilap masuk Genting




Pagi Sabtu 5 November 2022. Bermalam di sebuah homestay dan pagi seterusnya perjoging di sekitar taman depan kawasan ini. 




Saya merakam gambar menggunakan telefon Apple iPhone 7 dengan hasil gambar agak baik, terang, cantik dan bertahan walaupun usianya sudah lebih 6 tahun. Ini adalah model ke-2 Apple saya selepas iPhone 6. Terpaksa merakam gambar menggunakan telefon ini disebabkan telefon satu lagi masih dicas. 




Inilah baru hajat saya daripada malam itu juga mahu berjoging di kawasan ini. 





Jam 11.30 baru sampai di Bukit Kiara di mana ada satu majlis perkahwinan anak buah di pusat konvensyen Sime Darby. 









Pasangan anak buah itu adalah seorang lelaki yang berasal dari Norway...









Jadi cukuplah gambar yang saya dapat ketika majlis ini...











Wednesday, 9 November 2022

Kenduri besar di Bukit Kiara - Satu perjalanan tersilap masuk Genting

Salam. Malam tadi saya dan keluarga telah kembali dari satu perjalanan ke sekitar Lembah Klang selama 5 hari 4 malam. Tanpa bercakap banyak kita mulakan perkongsian tentang perjalanan berkenaan. 




Perjalanan bermula pagi Jumaat 4 November 2022 apabila meninggalkan rumah jam 9.00 pagi. 





Seterusnya mengambil jalan ke Dewan Beta untuk sampai ke Machang. Sepanjang laluan yang kami lalui mendapati banyak bendera pelbagai parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan pada 19 November. 




Semoga pilihan raya kali ini akan memberi keyakinan untuk memimpin secara telus bagi memimpin ummah. 




Jam 11.15 baru sudah melepasi sempadan jajahan Gua Musang. Singgah pula di kawasan rehat pertama di Gua Musang. 









Seterusnya kami menyambung perjalanan seperti biasa untuk melalui Gua Musang ke Merapoh. 




Seperti biasa juga terus melalui lebuh raya Central Spine Road untuk sampai ke Kuala Lipis sekitar jam 1.00 tengahari. Memandangkan ketika itu telah masuknya waktu Zohor dan Jumaat pertama. Hajatnya mahu menunaikan solat Jumaat di sekitar Merapoh, tetapi ketika keadaan bermusafir memang tidak wajib untuk solat Jumaat. 




Singgah di Benta di mana terdapat masjid ini yang terletak di sebelah bulatan. Lihat artikel Lawatan baru ke masjid baru Benta di blogspot Jom ke Masjid





Dari Raub mengambil terus sekali lagi laluan ke lebuh raya Central Spine Road. Seterusnya sekali lagi ke lebuh raya Karak kemudian berhenti di Genting Sempah dalam keadaan hujan lebat. 




Tetapi tak sangka tersalah lauan, masuk naik bukit ke Genting. Peta menunjukkan memang tersalah laluan. 





Cuma kena berpatah balik semula ke lebuh raya Karak dengan melalui susur keluar Gombak. 









Jam 7.05 baru sampai ke homestay di Petaling Jaya. Homestay ini diusahakan oleh orang Cina bukan Islam. Tetapi biarlah walaupun pelbagai kaum boleh berehat sejenak di kawasan seperti ini. 




Tuesday, 1 November 2022

Maulidur Rasul 21 Oktober dengan penuh makna

Salam semua di bulan November. Ada lebih kurang 2 bulan lagi akan melangkah ke tahun baru 2023. Ini adalah perkongsian pada 2 minggu lepas. 




Khamis malam Jumaat 20 Oktober 2022. Keadaan di rumah ibu saudara saya di Taman Sri Iman di Teluk Panji selepas solat Isyak. Ada satu majlis seperti majlis tahlil dan selawat. Serentak itu majlis tahlil untuk memperingati arwah nenek saudara iaitu Saodah yang telah meninggal dunia pada hari Khamis 8 September lepas. Masa itu saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari Bangi untuk menghadiri satu majlis kenduri (lihat kenduri Bangi 2022 - Segalanya telah berakhirnya perjalanan). Selawat Maulidur Rasul dan tahlil arwah dipimpin oleh ustaz dari surau taman perumahan itu. 




Seterusnya kalau ikutkan sebelum ini pagi Jumaat 21 Oktober ada majlis bacaan Yasin wanita. Tetapi selepas solat Jumaat pula diadakan majlis tahlil dan selawat rumah saudara mara di sebelah rumah saya. 




Jadi sekadar ini gambar sahaja ada. Nak masuk tak sempat disebabkan ruang dalam penuh...





Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...