Monday, 28 April 2025

Hari keluarga di pantai Tapang - Aktiviti BBQ dan meneruskan pengakhiran cerita

Salam 29 Syawal 1446 Hijriah. Sedar tak sedar hari ini telah memasuki penghujung Syawal atau berakhirnya bulan raya. Kalau ikutkan malam semalam sepatutnya artikel ini akan siap, namun dianjak kepada hari ini kerana salah satu jari pada tangan kiri saya tercedera akibat terkena mesin yang tajam pada pagi kelmarin. Itulah pastikan berhati-hati apabila menggunakan mesin yang tajam sampai terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. Akhirnya artikel ini terus disiapkan pada petang ini walaupun jari saya sudah dibalut dan mengambil cuti MC selama 25 hari. Apapun diteruskan lagi juga artikel daripada baru ini lalu bersambung daripada cerita Hari keluarga di pantai Tapang - Menikmati suasana siang




Khamis malam 10 April 2025 selepas Isyak terus ke pondok wakaf untuk aktiviti BBQ. 





Kemudian makan malam bersama. 





Kemudian turut sama adalah sekumpulan remaja yang turut sama BBQ atau bakar-bakar. Mereka adalah pelajar tingkatan 3 yang belajar dari salah satu sekolah menengah di Kubang Kerian. 





Kemudian terus menjamu bersama dengan sekumpulan remaja itu. Tinggal yang lain berada di meja antara satu sama lain. 





Tahan pukat sebelah gigi pantai dulu. 





Selesai sudah menarik pukat dan mandi, seperti biasa setiap Khamis malam akan membaca Surah Yasin dan diteruskan lagi membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur. 





Pagi Jumaat 11 April suasana masih berada dalam waktu subuh sebelum menjelangnya matahari terbit. Sempatlah menunaikan solat Subuh kemudian bertahajud dan berzikir seperti biasa ketika selepas Subuh. 





Gambar ini diambil jam 7.17. Bermakna matahari akan muncul sebelum panas akan membahang. 





Suasana gambar ini pada jam 10.10. Saya ambil gambar ini baru selesai mandi dari pantai dan kolam renang sebelum pulang ke rumah jam selepas 11 pagi. Saya, ibubapa dan adik sudah masing-masing ada persefahaman. Luangkan masa bersama mereka untuk berjalan-jalan atau bersendirian. Banding dengan saya dan ayah lebih lasak berbanding adik perempuan saya. Itulah tuhan yang akan menguji kita semua. 




Friday, 25 April 2025

Hari keluarga di pantai Tapang - Menikmati suasana siang

Salam Jumaat 26 Syawal 1446 Hijriah. Ini adalah cerita daripada 2 minggu lalu. 




Petang Khamis 10 April 2025 saya bersama keluarga serta ibu saudara ke pantai Tapang di mukim Kubang Golok, Bachok. 





Sedang menikmati suasana sekitar pantai di tingkat atas homestay. Saya pun menaiki tangga, cuma  macam sedikit gayat kerana tangga bersaiz sederhana. 










Ini homestay yang saya duduki semperna dengan hari keluarga. 





Selepas Asar, terus berjalan-jalan di sekitar. 





Menikmati mee celup di warung berdekatan. 





Terus menikmati pemandangan terbenam matahari sebelum masuknya waktu malam. 





Ini suasana waktu maghrib. 




Wednesday, 9 April 2025

Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok

Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek




Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 Hijriah terus bergerak dari Pendek untuk menziarahi beberapa rumah di sekitar. Ini daripada rumah waris keluarga di Seberang Lating, mukim Mulong dengan keadaan cuaca hujan lebat. 





Jam 12 singgah beraya di rumah waris kepada ayah di Telipot. 





Perjalanan seterusnya ke Kadok dengan lalu lebuh raya Kota Bharu. Sebaik sampai di Kadok, terus singgah di lorong belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Kor lalu terdapat masjid di Kubang Bongor. Lihat artikel Masjid Silaturrahim, Kubang Bongor, Kor, Kadok di blogspot Jom ke Masjid





Singgah di rumah waris kepada kakak ipar kerana diadakan rumah terbuka. 





Seterusnya singgah beraya pula di rumah penjual tuak di Kor Hilir. Sebaik ayah saya menelefon kakak berada di Melaka, dia terus balik ke Kelantan dengan memandu kereta keseorangan pada hari itu. Ketika ayah saya menelefon, kami berada di rumah ini. Sebelum beraya di rumah ini singgah di surau berdekatan untuk bersolat Zohor. Lihat Madrasah An-Nur, Kor Hilir





Pagi Khamis 3 April bersamaan 4 Syawal saya keluar bersama ayah, adik dan ibu saudara terus memandu kereta milik ibu saudara. Walaupun kereta baru dibeli, saya pun harus memandu walaupun dengan sistem menggunakan cara baru. 





Singgah beraya di rumah bapa saudara yang juga abang kepada ayah saya di Jalan Bayam. Kelihatan hanya dua orang berada di rumah ini. 





Jam 12.45 terus bergerak menyambung perjalanan ke Bachok. 





Kelihatan beberapa rumah penduduk dan kedai di tepi jalan sekitar Panchor sudah dirobohkan. Termasuk rumah bapa saudara yang asalnya kedudukan tempat sama di hadapan kubur. Dirobohkan pun atas sebab pembesaran jalan yang kemungkinan menjadi dua hala laluan sama seperti jalan Pasir Hor setelah sekian lama laluan ini seringkali sesak terutama pada musim perayaan. Dahulu laluan pun hanya satu hala yang kini menjadi dua hala seperti yang dinyatakan. 





Singgah beraya pula di rumah bapa saudara di Wakaf Zin, Tawang. Namun, bapa saudara dan isterinya tidak dapat bersama di rumah kerana berada di Kuala Krai untuk urusan kematian ibu mertua isteri. Apapun, salam takziah dan Al-Fatihah kepada ibu mertua isteri yang meninggal dunia pada ketika itu. Al-Fatihah ;-(. 





Selepas itu, singgah solat Zohor di masjid mukim Kubang Golok. 





Seterusnya singgah di Pantai Tapang berdekatan Kubang Golok. 






Di sini untuk menempah waktu bermalam di Ala Beach Lodge yang dijangka pada minggu hadapan (esok). Siap boleh berbabeque (BBQ) pula di sini. 




Kali ini kami membawa ke pantai Kemayang. 






Ambil angin di pantai sana terus pekena maggi tomyam. 






Aaah! So ni air tebu jah (Satu ni air tebu je) kat tali air! Kemas namanya. Biasa air tebu dijual setiap kali bulan Ramadan. Namun hari biasa tak tahu beroperasi tak? 





Selepas meredah kesesakan hampir setengah jam dari Bachok ke Kedai Lalat terus singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Al-Hamdi, mukim Sering, Kelantan





Jam 7 petang singgah pula di Gaung, Pendek untuk menziarahi raya bersama saudara mara. Setakat ini cukuplah cerita tentang raya Aidil Fitri 2025. 





Saturday, 5 April 2025

Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek

Salam 6 Syawal 1446 Hijriah. Sedikit tentang cerita raya. 




Merujuk pada artikel Iktikaf 28 Ramadan di Paya Rambai yang dikeluarkan Isnin 31 April 2025 bersamaan 1 Syawal 1446 Hijriah. Yang ditulis artikel ini dibuat pada malam 2 Syawal. Maka pada hari sama juga, pagi 1 Syawal itu bersolat sunat hari raya Aidil Fitri di masjid mukim Pendek. 










Selepas solat bergambar dengan keluarga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pendek, Haji Nik Kamaruzamil Nik Omar atau Cikgu Nik bersama dengan rakan sekolah yang berbaju ungu terang. 




Bersama dengan rakan-rakan pelajar yang sempat bersama. 





Inilah bakal menjadi menantu apabila saya menjadi suami suatu hari nanti. Tema baju raya 2025. 





Jam 11 pagi baru keluar menziarahi sanak saudara di kampung Gaung, mukim Pendek. Setakat ini tiga buah rumah diziarahi di kawasan ini. 





Selepas solat Isyak terus menziarahi rumah sanak saudara di Lating, Mulong. 




Tengah hari raya kedua, Selasa 1 April saya dan keluarga terus ke rumah bersebelahan yang juga saudara mara kami untuk menghadiri satu majlis aqiqah anak saudara. Cuma gambar ini saya sempat rakam pada malam itu dan kelihatan kerusi dan meja majlis sudah habis disusun. 

Selepas solat Isyak, terus menziarahi waris keluarga di sekitar. 





Fantastic Fest 2025

Salam pertengahan Muharram. Perkongsian daripada 3 minggu lalu.  Khamis hingga Ahad 26 hingga 29 Jun 2025 telah diadakan Fantastic Fest 2025...