Monday, 29 May 2023

Suasana 'tradisional' di Kampung Laut

Sedikit perkongsian dari 2 minggu lepas...




Petang Jumaat 19 Mei 2023. Saya, ibu dan adik membawa berjalan-jalan di sekitar Tumpat. Sebelum itu singgah di Semat Jal, Wakaf Bharu. 





Kali ini singgah pula di Laman Warisan Kampung Laut. 





Kawasan ini telah mula dibuka pada awal Julai tahun lalu dengan ruangan santai, masjid warisan lama dan kilang serunding. 



















Di sini boleh melihat bandaraya Kota Bharu dari kawasan ini. 





Kemudian singgah pula di beberapa tempat termasuk masjid warisan lama ini. Lihat artikel berikut di blogspot Jom ke Masjid : 









Singgahlah pula di jeti Kok Majid ke Pulau Suri...





Dikatakan pada hujung tahun 2014 paras air di situ menghampiri paras leher disebabkan kawasan ini berhampiran dengan sungai Kelantan. 










Suasana menghampiri waktu maghrib di sekitar jeti sekitar jam 7.15. 




Friday, 26 May 2023

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 di SMK Kota

Salam. Pagi Sabtu 13 Mei 2023 bersamaan 22 Syawal 1444H diadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri peringkat SMK Kota bagi tahun 2023/1444H. Sekarang barulah memulakan siri cerita...




Bergerak dari pagi terus ke Dewan Kota Jelasin SMK Kota di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu untuk menghadiri satu acara tersebut. 





Semua pelajar dan warga SMK Kota juga berpakaian raya selari dengan raya sebelum ini. 


























Saya terus masuk ke kelas Memproses Makanan (MPV) untuk memberikan sedikit makanan. 





Sebelum pulang ke tempat kerja saya sempat bertemu mata dengan 3 orang guru. 




Wednesday, 24 May 2023

Kompilasi cerita raya Aidilfitri 2023

Salam 4 Zulkaedah 1444H. Walaupun Syawal sudah berlalu, kini melengkapkan beberapa siri perjalanan dengan beberapa kompilasi cerita. 




Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut hari raya Aidilfitri pada tanggal 1 Syawal bersamaan pada hari Sabtu 22 April 2023. Sepanjang raya terus beraya di rumah saudara mara di sekitar negeri kita ini. 

Seterusnya, pagi Khamis 27 April terus bergerak ke dua negeri di Pantai Timur iaitu Pahang dan Terengganu. Sambil-sambil berjalan-jalan di sekitar itu lalu beraya di rumah saudara mara dan kenalan di sana. Ketika kembali ke rumah mendapati pada perjalanan tersebut telah berjalan jauh sekitar 486 km. 


















Saturday, 20 May 2023

Kisah perjalanan raya Aidilfitri 2023 - Album raya dan perjalanan

Salam 29 Syawal. Adapun tugasan saya untuk selesaikan cerita perjalanan semperna cuti raya melalui artikel Raya di Pantai Timur 2023 - Dari 'derak' Terengganu mahu kembali ke Kelantan. Belum selesai lagi cerita ini walaupun esok akan memasuki bulan Islam baru iaitu Zulkaedah. Kali ini biar kita mempersembahkan beberapa album gambar raya dan perjalanan yang tidak dapat dikongsikan dalam artikel sebelum ini. 




Gambar diambil semasa hari raya pertama pada pagi Sabtu 22 April 2023 dan inilah tema baju raya saya untuk tahun ini. 





Gmabar ini di kampung ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh pada Ahad 23 April bersamaan 2 Syawal. 











Gambar ini diambil pada pagi Selasa 25 April di Jeli. 






Di Felda Jengka 6 pada pagi Jumaat 28 April bersamaan 6 Syawal. 
















Di rumah sepupu ayah saya di Kemaman Sabtu 29 April bersamaan 7 Syawal. 











Gambar lain di sekitar Terengganu...















Di resort Villa Sentosa, Kuala Terengganu pagi Ahad 30 April bersamaan 8 Syawal sebelum kembali ke rumah sendiri di Kelantan. Sekian. Tamatlah cerita perjalanan raya Aidilfitri 2023 untuk hari ini. 




Friday, 19 May 2023

Raya di Pantai Timur 2023 - Dari 'derak' Terengganu mahu kembali ke Kelantan

Salam 28 Syawal. Sedar tak sedar esoknya berakhirnya bulan Syawal dan kini tibalah masanya untuk memasuki hari terakhir perjalanan lalu bersambung daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Kemaman ambil angin bercuti di Terengganu




Pagi Ahad 30 April 2023 kami terus keluar ke bandaraya Kuala Terengganu. 










Kalau ikutkan singgah di Kompleks Paya Bunga, belakang stesen bas untuk melangsaikan hutang. 





Jam 12.42 singgahlah di Pasar Payang pula...











Terus mengambil laluan jambatan angkat untuk sampai ke Gong Badak. 






Dari Gong Badak pula singgah pula di sebuah masjid. Lihat artikel Masjid Padang Nanas di blogspot Jom ke Masjid





Berhenti singgah beli keropok di Merang, Setiu. Disebabkan ramai orang di salah satu kedai keropok paling popular di Pantai Timur, maka tidak mahu untuk singgah di situ. Antara perancangannya oleh ibu saudara sebagai cenderamata yang mahu ke Terengganu. 






Selepas itu kami sampai ke Kelantan dengan melalui jalan Setiu-Tok Bali. Jam 6.10 baru sampai di kampung ibu di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh untuk menghadiri satu jamuan makan gulai. 

Dengan ini tamatlah perkongsian tentang perjalanan raya di Pantai Timur 27-30 April. Perjalanan ini telah meliputi sepanjang 986 km. Semenjak perjalanan hari pertama pada 27 April bermula dari laluan Gua Musang ke jalan lama Bentong seterusnya Lanchang dan Jengka dengan jaraknya 486 km. Sekian. Wasalam. 





Wednesday, 17 May 2023

Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Kemaman ambil angin bercuti di Terengganu

OK. Teruskan memasuki hari ke-3 beraya di Pantai Timur, masa itu masih di Terengganu lagi. Bersambung daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Jengka beraya di Terengganu





Pagi Sabtu 29 April 2023. Apapun setelah bermalam di Binjai, Kemaman lagi terus bergambar bersama. 










Diteruskan lagi perjalanan dengan melalui LPT2...





Sebaik sampai di Ajil singgah makan di kedai makan ibu saudara di Umira Nasi Kukus jam 1.10. 















Lalu terus bergambar bersama. Cuma hanya sepupu terpaksa menguruskan kedai ini disebabkan mereka itu pergi ke negeri asalnya iaitu Kelantan. 





Sekitar jam 3.15 baru boleh menyambung perjalanan. Alang-alang mahu membuat perancangan untuk meluangkan masa bercuti di Kuala Terengganu semperna cuti raya dan hari pekerja. Perancangan dilakukan oleh ibu saudara yang bekerja di kedai nasi kukus itu. Terus masuk ke jalan Marang-Kuala Terengganu. 










Sambil itu kita terus berpusing-pusing di sekitar bandaraya Kuala Terengganu...










Macam ala-ala London wei...






Dari bandaraya terus melalui jambatan angkat...






Jam 5.15 baru sudah sampai di Tok Jembal dan singgah pula bermalam di resort Villa Sentosa. Ibu saudara pula kepenatan setelah memakan jarak lebih 2 jam dari Kemaman. Selepas itu terasa cuci mata sambil basuh pakaian berdekatan dengan surau. Lihat artikel Surau Taman Maidam, Tok Jembal di blogspot Jom ke Masjid






Nah! Lihatlah betapa uniknya bangunan di Terengganu. Reka bentuk atas loteng menggambarkan ala-ala Limas Bungkus. Macam ni kan. 





Kenangan bulan Oktober 2015, hampir 8 tahun lalu. Inilah kedudukan dari homestay ke resort yang kami duduki ketika sekarang ini. Homestay terletak di Jalan Murni, Taman Murni Permai berdekatan lapangan terbang antara menjadi kenangan konvokesyen ibu saudara yang belajar di UNISZA disebabkan keesokan masa itu diadakan konvokesyen di Stadium Gong Badak. 




Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...