Wednesday, 28 November 2018

Ucapan Semperna Hari Lahir saya yang ke-18

Salam hujung bulan November 2018. Tidak lama lagi akan melangkah masuk ke tahun yang baharu 2019 tahun yang penuh barakah ini.

Tanggal 27 November 2000 merupakan hari kelahiran saya bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Umur saya sudah genap 18 tahun. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sudi menerima ucapan semperna hari lahir saya yang disambut semalam. Antara ucapan daripada rakan Facebook dan Instagram.














Terima kasih kepada rakan-rakan FB dan Instagram atas sudi menerima ucapan hari lahir sebagai tanda rezeki untuk kepanjangan umur saya. Hari ini ada juga ucapan. Tak menerima lagi ucapan, Insya Allah, tahun hadapan panjang umur masih ada...

Wednesday, 21 November 2018

Melihat suasana lampu-lampu hiasan Di Kota Darul Naim, Kota Bharu

Salam 12 Rabi'ulawal. Salam Maulidur Rasul. Dalam sejarah, 12 Rabi'ulawal dalam setiap tahun Hijriah, kita menyambut Hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Merujuk kembali kepada artikel Memanjat di Bukit Keluang setelah sekian lama tak singgah di tempat ini yang dipersembahkan 5 Hari lepas. Maka saya Ada sedikit perkongsian daripada cerita...

Sabtu 17 November 2018 malam Ahad sebelum ke asrama saya mengajak ibu, bapa dan adik saya berjalan-jalan ke Kota Darulnaim untuk melihat keindahan lampu pada kawasan itu pada waktu malam.

Sudah kebiasaan pada 11 November setiap tahun negeri kita telah disambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, iaitu Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15 masih dihiasi dengan lampu-lampu hiasan di sekitar bandar Kota Bharu, yang pastinya menggamit tumpuan pengunjung.

Lampu-lampu bermacam-macam warna di kawasan Kota Darulnaim itu menjadi tarikan pengunjung berjalan-jalan pada waktu malam.

Dalam kawasan kota Darulnaim terdapat sebuah surau yang kelihatannya seperti masjid. Surau ini biasanya digunakan untuk para kakitangan dan penjawat awam bekerja di kawasan bangunan SUK biasanya pada waktu Zohor ketika masih banyak urusan. Terutamanya pengunjung membawa berjalan-jalan di kawasan Kota Darulnaim. Lihat artikel Surau Kota Darulnaim, Kota Bharu di blogspot Jom ke Masjid.

Keindahan lampu pada waktu malam bukan sahaja menjadi tarikan pengunjung, malah menjadikan hiasan. Kota Bharu meme kemah sokmo, comel boh.

Thursday, 15 November 2018

Memanjat di Bukit Keluang setelah sekian lama tak singgah di tempat ini

Merujuk kepada artikel Our Demonstration English language 2018 Di Dewan Besar KTD yang diceritakan mengenai permarkahan bagi presentation yang dibuat empat hari lepas. Maka ini adalah aktiviti semasa cuti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Saya ada satu cerita untuk korang...

Pagi Sabtu 10 November 2018 semperna cuti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong saya bersama keluarga mengambil masa untuk berjalan-jalan ke Bukit Keluang. Ini kerana kedudukannya dari Pasir Puteh terletak dalam 30 km sahaja.

Sebelum perjalanan kami singgah singgah solat Zohor di masjid ini. Letaknya berdekatan dengan Tok Bali. Ketika zaman kanak-kanak dahulu saya pernah singgah masjid ini kalau tak silap dalam 6 kali beberapa tahun lalu ketika itu. Setelah sekian lama tak singgah, ini baru saya nak singgah. Lihat artikel Masjid Mukim Kuala Semerak, Tok Bali, Pasir Puteh di blogspot Jom ke Masjid.

Perjalanan diteruskan kami pergi ke Bukit Keluang, Besut untuk menggerakkan usaha.

Masih teringat zaman kanak-kanak dalam beberapa tahun yang lalu saya pergi ke Pantai Bukit Keluang, Besut ketika musim cuti kalau tak silap. Tapi ini adalah kali pertama saya pergi mendaki bukit di Bukit Keluang. Jam 2 petang baru kami sampai di situ.

Saya selfie sikit untuk melepaskan kepenatan.

Selepas itu saya masuk gua sat. Tapi air hujan mengerumuni bukit ini tidak menghalang saya masuk.

Nasib baik basah sedikit baju dan seluar saya sebab terkena air hujan bukit itu. Kalau tidak tertukar baju pula.


Saya terlihat batu bersurat ini. Ini apa nama batu bersurat kat Bukit Keluang. Saya tak faham pun.

Dari pantai itu kami pun pergi satu lagi tempat. Letaknya dalam 500 m dari yang pergi tadi.

Setelah beberapa jam kami memanjat di Bukit Keluang, Besut, Terengganu itu kami singgah satu lagi tempat iaitu Pantai Tok Bali, Pasir Puteh. Singgah sat untuk makan, minum dan rehat.

Sebelum pulang ke rumah kami singgah di Pantai Melawi, Bachok untuk melepaskan kepenatan. Berdekatan dengan pantai itu singgah solat Asar di masjid ini. Lihat artikel Masjid Mukim Kuala Melawi, Bachok. Alhamdulillah berasa sudah puas perjalanan kita di Bukit Keluang. :-)

Tuesday, 13 November 2018

Our Demonstration English language 2018 Di Dewan Besar KTD

Merujuk kepada artikel Pesat Akhir KTD 2018 bersama Dr Abdullah Sudin, maka saya masih ada lagi perkongsian korang mengenai pertandingan presentation Bahasa Inggeris yang dibuat Khamis lepas. Inilah ceritanya...

Khamis 1 November 2018 ada satu pertandingan yang dibuat oleh Puan Atini berkaitan dengan Pertandingan Our Demonstration bertempat di Dewan Besar KTD. Pertandingan tersebut adalah berdasarkan permarkahan bagi markah kerja kursus bagi peperiksaan tahun 2018.


Seperti yang saya telah buat daripada laptop, tajuk presentation ialah Product Promotion. Tajuk tersebut telah diceritakan mengenai Produk Biskut Tiger, iaitu kebiasaannya zaman kanak-kanak mempunyai makanan kegemaran. Untuk makluman korang ini adalah artikel yang-23 di dalam blogspot ini.



Antara saya yang telah buat dalam slide iaitu Product Promotion, dalam bahasa Melayu disebut sebagai Promosi Produk.









Mereka bergambar kenangan bersama selepas tamatnya pertandingan itu. Kita seharusnya mengenal erti apa maknanya Bahasa Inggeris supaya kita memastikan mereka tidak muda lupa. Semoga berjaya :-)

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...