Monday, 31 January 2022

Kompilasi cerita perjalanan Pantai Timur awal 2022

Salam. Seperti biasa bila kenangan musim COVID-19 yang masih belum ketahui bila berakhir, hari ini saya akan mengumpulkan pautan dan artikel-artikel tentang perjalanan ke Pantai Timur baru ini selama 2 hari 1 malam. 





Perjalanan ini bermula pada tengah hari Jumaat 21 Januari 2022 apabila saya dan keluarga bermula dengan solat Jumaat di Pasir Tumboh kemudian ada satu majlis kenduri di jalan PCB, Kota Bharu. Pada sebelah malam singgah di Kampung Laut, Tumpat seterusnya bermalam pula di Pasir Tumboh. 

Keesokannya baru boleh bergerak ke Terengganu bersama nenek dan ibu saudara masing-masing dua kereta. Tetapi pada sebelah malam saya, keluarga dan nenek sampai ke rumah. Hari itu juga saya tersalah memakai selipar, rupanya tandas masjid. Perjalanan ini memakan jarak dalam antara 384 km. 













Saturday, 29 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Tersalah selipar di Penarik

Salam semua. Disambung lagi hari ke-2 perjalanan di negeri Pantai Timur dan merupakan terakhir untuk artikel perjalanan tersebut. Bersambung daripada artikel Pantai Timur awal 2022 - Pasor Payang dan menara 'London'...




Dalam pukul 5.45 petang kami pun terus pulang ke rumah dengan melalui jalan jambatan angkat ke Setiu. Sementara itu ibu saudara saya dan suaminya masih berada di Terengganu untuk menginap di sana sebelum akan sampai ke Kuantan pada keesokannya dan pulang ke rumah di Shah Alam pada hari Isnin itu. Dalam pada itu, hari Isnin ketika itu saya posting dan membuat satu artikel iaitu Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena





Disebabkan masa semakin suntuk maka saya dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana esoknya adik saya bersekolah. Hajatnya saya nak lalu jalan Kuala Terengganu ke Jerteh untuk memasuki Kelantan, tetapi bila tanya ibu saya tersalah selipar. Maka ambil keputusan untuk melalui jalan Setiu ke Besut untuk mengambil selipar saya tertinggal di Masjid Penarik. 





Oh, yang tengah hari itu saya singgah di masjid itu untuk masuk ke tandas. Tetapi bila perasan terpakai selipar tandas yang berwarna putih. Selepas itu dalam pukul 7.00 petang (ketika itu belum waktu Maghrib) singgah balik di masjid ini untuk memulangkan balik selipar saya yang berwarna merah yang saya pakai, manakala atas pula adalah selipar tandas. Nasib baik tak ambik kokrang. 






Perjalanan diteruskan untuk menghala ke Tok Bali. Singgah di masjid ini berdekatan pekan Kampung Raja, Besut. Lihat artikel Masjid Kampung Paya Rawa, Besut di blogspot Jom ke Masjid






Kami pun singgah sekejap di Pantai Tok Bali yang menghadap Laut China Selatan. Di situ tak henti-henti ramai orang dengan mereka yang sedang memancing sambil memberi ketenangan, sebelum akan sampai ke rumah melalui jalan Tawang ke Kubang Kerian. 






Lakaran yang saya screenshot ini boleh dilihat laluan yang saya lalu. Sambil-sambil itu sebelum sampai ke home sweet home beli barangan sekolah adik saya di kedai buku di Wakaf Che Yeh. 

Bila dah berasa kepenatan inilah padahal bila berjalan jauh apabila perjalanan pertama merentas negeri untuk tahun 2022. Kami sampai ke rumah pada jam 10.30 malam. 

Adapun kita dimulakan perjalanan dengan singgah solat Jumaat di kampung ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh. Rujuk balik kepada artikel Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena. Sepatutnya awal-awal nak balik ke rumah ikut jalan Kuala Terengganu ke Jerteh, tapi saya ambil keputusan untuk berpatah balik ke jalan Kuala Besut disebabkan tersalah selipar di Pantai Penarik. Kita tak tahu masa mana boleh lalu ikut jalan Kuala Terengganu ke Jerteh, cuma ikut atas pemanduan saya. 

Korang nak tahu ini, blogspot Nota Untukmu ini adalah yang ke-152. Sekian tamatlah cerita perjalanan. 




Friday, 28 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Pasor Payang dan menara 'London'

Salam Jumaat 25 Jamadilakhir 1443H yang indah ini. Disambung lagi dengan perjalanan hari ke-2 negeri Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Pantai Timur awal 2022 - Dari Tok Bali ke Kuala Terengganu secara santai...




Selepas solat Asar di masjid itu kami bergerak pula ke pusat bandar dengan melalui jambatan angkat. 





Seterusnya singgah sebentor di Pasar Payang...























Waktu ketika itu menjelang Asar singgah di Pulau Warisan berdekatan Pasar Payang. 












Kali ini kami bersama ibu saudara akan membawa untuk melihat menara jambatan angkat. Rasanya dah dua kali melalui jambatan angkat ini masa tahun 2020. 






Kesemua kereta diparkir di bawah jambatan dan seterusnya mengikut laluan untuk ke jalan jambatan. 























Untuk menaiki menara jambatan ini bayarannya RM5 sahaja untuk seorang bagi menikmati pemandangan cantik dari atas sana. 

















Kelihatan di bawah adalah pulau beting batu. 




























Maklumat mengenai sejarah pembinaan jambatan angkat. Jambatan angkat ini dibina pada Ogos 2014 dengan jumkahnya sebanyaj RM248 juta dan siap digunakan pada pertengahan tahun 2019. Panjang jambatan adalah 638 meter, manakala ketinggian menara jambatan adalah 12.5 meter. 






Di bawahnya adalah mengenai jambatan angkat di seluruh dunia. 





Thursday, 27 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Dari Tok Bali ke Kuala Terengganu secara santai

Memasuki hari ke-2 perjalanan di dua negeri Pantai Timur baru ini. Bersambung daripada artikel Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena...





Pagi Sabtu 22 Januari 2022. Setelah bermalam di rumah saudara di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh, kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan. Kami bersama nenek saudara menaiki Myvi sementara ibu saudara bersama suaminya menaiki Lexus melalui jalan Pauh Lima untuk ke Tok Bali. 






Singgah sebentar di rumah tukang urut berhampiran dengan Masjid Melawi. Seterusnya pukul 11.00 terus menyambung perjalanan melalui jalan baru Melawi ke Tok Bali. 






Sementara menunggu ibu saudara pergi makan nasi dagang di Tok Bali, kami singgah di pasaraya berdekatan sempadan Terengganu di Tok Bali. 






Berdekatan dengan pasaraya itu singgah di sebuah surau yang berada tersorok dalam kawasan rumah orang. Lihat artikel Madrasah Che Embong, Tok Bali di blogspot Jom ke Masjid yang mana kini berada di artikel yang ke-104 di blogspot tersebut. 





Dari Kuala Besut kami mengambil jalan seperti rutin biasa iaitu Bukit Keluang ke Setiu. Tetapi terpaksa menggunakan laluan masuk ke pekan Kuala Besut disebabkan jalan utama di kawasan itu sudah dibaiki, seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa di jalan itu. 






Singgah membeli keropok di Merang, Setiu. 






























Perjalanan diteruskan untuk memasuki pusat bandaraya Kuala Terengganu. 







Sebelum melalui jambatan angkat di Seberang Takir singgah di sebuah masjid yang berhampiran. 






Menariknya masjid ini dibina menggunakan konsep 'masjid terapung'. Yang mana terdapat jeti bot nelayan yang digunakan penduduk untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu












Di jeti ternampak seekor kucing jalanan yang begitu jinak dan manja. Kucing ini selalu makan ikan yang dikutip dari nelayan bila lepas naik dari laut. 








Monday, 24 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena

Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya dan keluarga bersama ibu saudara pergi berjalan-jalan sekitar Pantai Timur seperti Terengganu. Saya pun sudah berasa kepenatan setelah pulang kembali ke rumah dalam dua hari lepas, kini memulakan siri cerita. 



Saya dan keluarga sepatutnya keluar dari rumah pada hari Sabtu 22 Januari 2022 disebabkan ibu saudara saya akan pulang ke rumah pada hari tersebut dengan melalui jalan Tok Bali ke Kuala Terengganu. Tetapi dianjak kepada hari Jumaat 21 Januari disebabkan ada satu majlis kenduri di dewan berhampiran PCB tanpa perlu kembali ke rumah di Pendek, Kota Bharu. Setelah selesai majlis pada hari tersebut terus berjalan-jalan sekitar Kota Bharu. 




Dari pusat bandar saya bersama ayah menumpang kereta ibu saudara pada waktu senja itu terus ke Wakaf Bharu untuk menuju ke Kampung Laut, Tumpat. Singgah dahulu solat maghrib di masjid ini. Sambil-sambil itu saya beramah mesra dengan penduduk kampung yang mana mengenai serunding yang popular di negeri ini dan tempat menjual serunding di kampung itu. Lihat artikel Masjid 'baru' Kampung Laut, Tumpat di blogspot Jom ke Masjid




Seterusnya kami terus turun ke rumah tiga tingkat. Penduduk kampung yang juga jemaah masjid itu juga berkata tempat menjual serunding di kampung itu banyak dijual di kawasan itu sehingga menarik perhatian pengunjung dari luar. Tetapi kami memilih rumah tiga tingkat ini yang mana tempat menjual serunding. Letaknya tidak jauh dari masjid ini. 
 








Di tingkat bawahnya adalah tempat menjual serunding. Pelbagai jenis seunding seperti daging, ikan dan ayam. Kami pun membeli pelbagai jenis serunding untuk hadiahkan kepada saudara mara dan sepupu yang tinggal di Shah Alam dan Perak. 





Dari Wakaf Bharu kami mengambil jalan Tendong ke Mulong. Sebelum ke Mulong singgah di kedai makan Kontena City di Pendek. Letaknya lebih kurang 800m dari rumah saya. 





Kedai makan dua tingkat ini menawarkan makanan jenis masakan panas, makanan segera, makanan Barat dan masakan ala Thai. Tak silap kedai ini dibuka lebih kurang setahun lepas. Bila makanan sudah siap maka konsep 'buzzer' yang digunakan pelanggan akan dipanggil apabila sudah siap dimasak dan ditempah. 





Di sini kami menikmati makanan ala Thai sebagai makan malam. Saya pula menikmati nasi tomyam dan mee celup. 










Seterusnya kami terus bermalam di rumah saudara di Pasir Tumboh. Jadi berasa cukup cari jalan penyelesaian sementara ibu saudara saya akan pulang ke rumah di Shah Alam pada keesokan harinya. 





Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...