Thursday 27 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Dari Tok Bali ke Kuala Terengganu secara santai

Memasuki hari ke-2 perjalanan di dua negeri Pantai Timur baru ini. Bersambung daripada artikel Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena...





Pagi Sabtu 22 Januari 2022. Setelah bermalam di rumah saudara di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh, kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan. Kami bersama nenek saudara menaiki Myvi sementara ibu saudara bersama suaminya menaiki Lexus melalui jalan Pauh Lima untuk ke Tok Bali. 






Singgah sebentar di rumah tukang urut berhampiran dengan Masjid Melawi. Seterusnya pukul 11.00 terus menyambung perjalanan melalui jalan baru Melawi ke Tok Bali. 






Sementara menunggu ibu saudara pergi makan nasi dagang di Tok Bali, kami singgah di pasaraya berdekatan sempadan Terengganu di Tok Bali. 






Berdekatan dengan pasaraya itu singgah di sebuah surau yang berada tersorok dalam kawasan rumah orang. Lihat artikel Madrasah Che Embong, Tok Bali di blogspot Jom ke Masjid yang mana kini berada di artikel yang ke-104 di blogspot tersebut. 





Dari Kuala Besut kami mengambil jalan seperti rutin biasa iaitu Bukit Keluang ke Setiu. Tetapi terpaksa menggunakan laluan masuk ke pekan Kuala Besut disebabkan jalan utama di kawasan itu sudah dibaiki, seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa di jalan itu. 






Singgah membeli keropok di Merang, Setiu. 






























Perjalanan diteruskan untuk memasuki pusat bandaraya Kuala Terengganu. 







Sebelum melalui jambatan angkat di Seberang Takir singgah di sebuah masjid yang berhampiran. 






Menariknya masjid ini dibina menggunakan konsep 'masjid terapung'. Yang mana terdapat jeti bot nelayan yang digunakan penduduk untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu












Di jeti ternampak seekor kucing jalanan yang begitu jinak dan manja. Kucing ini selalu makan ikan yang dikutip dari nelayan bila lepas naik dari laut. 








No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...