Wednesday, 14 October 2020

Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS

Salam 27 Safar. Adapun selepas mempersembahkan artikel terakhir perjalanan ke Melaka dengan artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Menamatkan cerita di Terengganu yang dibuat Khamis lepas 8 Oktober. Maka sepintas lalu juga saya akan kongsikan sesuatu untuk korang mengenai pameran artifak yang dijalankan di Pondok Bagan Dalam, Pulai Chondong. Guys, kita saksikan...

Dalam kiriman, poster tersebut dikirimkan dari Facebook rasmi Ribat Al-Musthofa menunjukkan hebahan mengenai pameran artifak barangan Rasulullah SAW. Antara panel-panel yang memeriahkan pameran tersebut bersama Mudir Madrasah Ribat Al-Musthofa yang juga penceramah bebas, Ustaz Muhaizad Mohammad dan Dato' Paduka Ayahanda PBGP, Dato'Haji Abdul Manan Embong. Pameran tersebut akan diadakan 29 Oktober hingga 7 November 2020. 


Antara barangan artifak milik nabi SAW yang disediakan ialah barang-barang peninggalan zaman nabi Muhammad SAW dan banyak lagi. Kita melihat Kaabah untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan iman kita. 


Sabda Rasulullah SAW : Aku tidak diutuskan (oleh Allah) kecuali hanyalah untuk menyempurnakan akhlak mulia. (Hadis Riwayat Ahmad). 


Korang juga boleh mengikut laman Facebook dan tentang video tersebut : 


Madrasah Ribat Al-Musthofa

sini


Ustaz Muhaizad bin Mohamad

sini


Video pengumuman dari Ustaz Muhaizad

sini


Korang yang teringin untuk pergi ke sana anda boleh tekan link untuk pendaftaran : 

https://tinyurl.com/PameranArtifakRasulullah2020


Thursday, 8 October 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Menamatkan cerita di Terengganu

Salam malam Jumaat. Masuklah pula hari terakhir perjalanan rentas negeri pertama dalam tempoh PKPP. Bersambung daripada artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan hujan lebat di dua tempat berasingan antara Melaka dan Negeri Sembilan
Pagi Selasa 1 September 2020 kami meneruskan perjalanan terakhir dari Bangi. 

Rasanya kenapa tersilap jalan dengan melalui Terminal Bas Selatan (TBS)? Hmmmm. Saya ingat kami nak naik bas teringatkan dahulu pernah menaiki bas dan berhenti di terminal bas tersebut. Tapi takpe korang dah guna Waze kan. Saya pun guna Waze juga. 

Berdasarkan pada peta Google Maps, jarak dari Gombak (laluan yang saya lalu) untuk sampai ke Terengganu lebih kurang dalam 435 km. 



Ada beberapa tempat RnR yang saya berhenti ketika melalui LPT : 

1. Hentian Sebelah Lanchang

Tempat inilah saya pernah berhenti lebih kurang 2 tahun lepas ketika pergi ke rumah ibu saudara kepada ayah saya di Lanchang. Kali ini saya singgah untuk melepaskan kepenatan. 




2. Hentian Sebelah Maran

Kali ini saya singgah untuk menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar. 


3. Hentian Rehat Perasing

Singgah pula untuk melepaskan kepenatan dan tidur. Ada dua laluan/arah untuk ke hentian tersebut seperti dari utara dan selatan. 

Setelah lebih beberapa jam melalui LPT kami terus kelaparan dan mengambil keputusan untuk singgah di restoran nasi kukus milik sepupu saya di Ajil. 

Dalam pukul 5.15 petang kami sudah sampai di restoran Umira Nasi Kukus. Umira Nasi Kukus inilah dimiliki oleh sepupu saya selain daripada Mr Cholek berhampiran kampung saya, Pendek. 



Seterusnya kami terus mengambil laluan LPT semula untuk sampai ke Kuala Terengganu. 




Dalam 7.10 malam terus melalui jambatan angkat yang tertumpu kepada empat menara yang baru dibuka hampir setahun lepas. 


Baru-baru ini semasa hari tahun baru Cina pernah singgah bersama rombongan termasuk nenek saudara saya yang berada di Sungai Pinang (kini berpindah di Lating, Mulong). Tapi nenek saudara saya baru-baru ini balik disebabkan ada kenduri di Sungai Pinang itu. Jadi kami ambil keputusan untuk melalui jambatan angkat ini. 

Kali ini kali kedua baru dapat merasakan laluan jambatan angkat dengan pemandangan waktu senja. 





Selepas itu barulah kami menggunakan jalan pantai yang dikenali 'Miami Beach' untuk ke Gong Badak - Setiu untuk sampai ke rumah. Waktu itu sudah 7.45 malam. 


Dalam Waze, kami pun mengikut jalan Pantai Mengabang Telipot. Singgah solat maghrib pula di masjid utama ini. Lihat artikel Masjid Mengabang Telipot, Kuala Nerus

Selepas itu saya pun melintas jalan untuk menyeberangi seberang pantai di hadapan masjid utama ini. 



Maka kami ambil keputusan melalui Terengganu untuk sampai ke rumah disebabkan jalan jammed di Raub katanya disebabkan kerja penurapan tar di jalan tersebut. Baru tahu kami mengikut jalan pantai dan juga jambatan angkat. 



Kami pun terus menggunakan laluan Pantai Penarik - Fikri - Kuala Besut - Tok Bali untuk sampai ke rumah. Rasanya kami bercadang untuk membeli keropok lekor namun waktu sudah malam, waktu itu sudah terhad perniagaannya dan tutup kedai. Kami sampai ke Kampung Raja sebelum Kuala Besut dalam jam hampir 9.45 malam. 


Kami sampai rumah pada jam 11.30 malam. Meter kereta menunjukkan 1,235 km sejak dimulakan pada hari Jumaat 28 Ogos 2020 dengan melalui laluan Gua Musang - Kuala Lipis - Raub untuk sampai ke Lebuhraya Karak. Rujuk kembali artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan di Bangi. Sekian perkongsian cerita buat hari ini dan tamatlah cerita jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP 28 Ogos - 1 September. 

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...