Tuesday, 23 April 2024

Dugaan raya 1445 Hijriah

Salam 14 Syawal 1445 Hijriah. Sedikit cerita tentang sambutan hari raya. 





Semenjak malam raya bersamaan Selasa 9 April 2024 saya dan keluarga mengalami gejala demam, batuk selsema dan badan terasa lemah disebabkan cuaca kebelakangan ini amatlah panas. Berhajat ke klinik, namun pada hari tersebut cuti. Pagi Rabu 1 Syawal 1445 Hijriah bersamaan 10 April saya dan keluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berdekatan iaitu Pendek walaupun dalam keadaan bergejala. 










Semenjak itu memang tidak dapat bergerak langsung kerana bergejala. Petang Khamis 2 Syawal bersamaan 11 April saya, ayah dan adik membawa ke kampung berdekatan untuk menghadiri solat hajat dan majlis raya di rumah baru. Seterusnya ke rumah keluarga arwah Haji Mahmood yang juga atuk saya di Gaung, Pendek. 





Malam itu juga ke rumah bapa saudara bersebelahan rumah untuk menghadiri satu majlis tahlil arwah. Cuma nama arwah Mahmood berbeza sedikit dengan arwah atuk saya yang mana baru sahaja meninggal dunia pada Sabtu 26 Ramadan bersamaan 6 April lalu. 






Pagi Jumaat 3 Syawal bersamaan 12 April singgah beraya di rumah saudara di Tiong. Cuma sekarang dapatlah bergerak ke mana-mana walaupun dalam keadaan bergejala. 






Pagi Sabtu 4 Syawal bersamaan 13 April kami bergerak dari Kota Bharu untuk ke kampung bapa saudara di Jeli. Sebelum itu perancangan mahu ke Terengganu, cuma dalam keadaan bergejala dan bertambah kesesakan ke Kuala Terengganu terpaksa dibatalkan. 











Dari Gual Ipoh terus masuk ke jalan kampung Telaga Bijih untuk mengelakkan kesesakan jalan dari Bukit Bunga ke Jeli. Kali pertama baru memasuki laluan ini. 





Jam 11.30 baru sampai ke taman Kifayah, bandar Jeli. 











Sama seperti tahun lalu, hari tersebut juga diadakan sambutan hari raya Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Parlimen Jeli. Lihat artikel lama Raya di kampung 2023 - Beraya di sekitar Jeli










Lalu bertemu mata beberapa wakil dan beberapa lagi perwakilan PN. Beberapa anak perantauan turut hadir memeriahkan majlis. 





Gambar yang sempat diambil ialah YB ADUN Ayer Lanas, Datuk Kamaruddin Md Nor. 






Seterusnya kami berjalan-jalan di sekitar bandar Jeli. Sambil berjalan di sekitar bandar singgah pula di masjid berdekatan. Lihat artikel Lawatan 2024 di Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli di blogspot Jom ke Masjid









Seterusnya singgah beraya di rumah sepupu ayah di bandar Tanah Merah. Singgah di masjid sana untuk menunaikan solat Asar, padahal ayah saya telefon mereka berada di kawasan masjid. Lihat Masjid Ismail Petra, Tanah Merah. Selepas itu singgah di pasar berdekatan. 





Lalu pekena mee kuah di pasar sana. Sepatutnya ada satu majlis kenduri rumah guru zaman sekolah rendah di Salor yang juga waris kepada ayah, cuma ikutkan masa majlis itu sudah tamat pada pukul 6. Maka tidak sempat untuk menghadiri satu kenduri di sana. 





Pagi Ahad 5 Syawal bersamaan 14 April terus ke bandar Kota Bharu untuk satu urusan. 





Kemudian mengopi sambil makan tengah hari di depan yang asalnya adalah bazar MPKB. Sekarang adalah bangunan Kota Bharu City Point. 




Sebelum beraya di sekitar Kota Bharu, singgah solat Zohor di masjid Muhammadi. Yang mana ia merupakan masjid kesukaan saya dari kecil sampai sekarang walaupun merupakan masjid negeri. 





Singgah pula di rumah ibu di Tembesu Limbat untuk satu lagi urusan. 





Singgah solat Maghrib di masjid berdekatan sebelum beraya di rumah berdekatan. Sudah sampai ke rumah sekitar jam 10 malam. Walaupun sekadar cerita raya di sekitar negeri Kelantan sahaja sebab demam, batuk dan selsema. 

Walaupun ini adalah semua dugaan. Sebabnya ada kes gejala dan urusan. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Hari ini baru sudah sihat dan boleh berjalan ke mana-mana. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin daripada keluarga penulis blogspot NOTA UNTUKMU. 



Monday, 8 April 2024

Program 'Qiam With Me' Moreh Minda bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan

Baiklah. Merujuk pada artikel Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Penutup dengan satu majlis kenduri yang dipersembahkan 19 Ramadhan 1445 Hijriah. Sedar tak sedar hari ini sudah memasuki 28 Ramadhan maka buatlah persediaan untuk memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Baru ini saya ada satu program untuk pengimarahan 10 malam terakhir Ramadhan. 





Pada Sabtu 6 April 2024 bersamaan 26 Ramadhan 1445 Hijriah, Masjid Al-Ismaili Bandar Pasir Pekan telah menganjurkan program 'Qiam With Me' Moreh Minda bersama Ustaz Azhar Idrus. Program 'Qiam With Me' merupakan program di bawah pemerintahan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertujuan untuk mengimarahkan lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. 





Selepas solat terawih di Masjid Al-Ismaili saya pun berkesempatan ke program 'Qiam With Me' Moreh Minda. 






Ini adalah bahagian dalam masjid ketika program. Pada hujung Februari lalu saya berkesempatan juga hadir ke kuliah maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus bertajuk Ambang Ramadhan. Lihat artikel Kuliah Maghrib Perdana bertajuk Ramadhan yang Dinanti di Masjid Muhammadi






















Gambar daripada Facebook Ustaz Azhar Idrus. Untuk beberapa video tentang kuliah perdana khas boleh menonton Facebook Live di sini























































Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...