Sunday, 28 July 2024

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu. 




Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perjalanan kecil terbaharu untuk ke satu majlis kenduri perkahwinan di Pasir Puteh. Sebelum ini singgah di kampung Gaung Pendek untuk mengikuti rombongan ke majlis tersebut. 





Sampai di bandar Pasir Puteh untuk menunggu beberapa rombongan ke majlis. 





Jam 12.50 tengah hari, baru sampai ke majlis kenduri. Ini disebabkan ramai rombongan berarak ke majlis perkahwinan adalah paling lama. Sepatutnya majlis bersanding tepat pada jam 12. Sebelum majlis bermula singgah dulu di masjid berdekatan. Lihat artikel Masjid Rahmat, Pasir Puteh di blogspot Jom ke Masjid





Dari Pasir Puteh terus menghala ke Tok Bali untuk meneruskan perjalanan. Kemudian singgah di masjid ini. Lihat Rupa terbaru masjid As-Syakirin, Air Tawar, Tok Bali






Baru jam 3.05 petang baru melepasi pintu gerbang sempadan Kelantan - Terengganu dan terus memasuki Besut. 





Kemudian singgah di jeti pekan Kuala Besut. Masa itu terserempak dengan seorang pak cik menunggang motosikal mahu bertanya "Nok g pulau ko" (Nak peri ke pulau ke). Cuma ada masa lagi boleh pergi ke Pulau Perhentian disebabkan ibu dan adik saya takut menaiki bot. 













Kemudian terus berjalan-jalan sekitar pekan. 





Melepasi jambatan Kuala Besut terus singgah pengkalan bot Seberang Kastam. Berdekatannya ada tanah perkuburan. Lihat Tanah perkuburan Islam Seberang Kastam, Kuala Besut





Begitulah nasib penduduk kampung di sekitar sana yang kebanyakannya bekerja secara kampung seperti nelayan dan peniaga demi menyara keluarga. 





Dari Kuala Besut terus memasuki lagi pintu gerbang sempadan Terengganu - Kelantan terus ke Tok Bali. Masuk ke pekan Tok Bali terus singgah di pasar borongnya. 





Alang-alang kami melalui dari Tok Bali ke Pantai Melawi, terlihat ada jerebu. Mungkin asap tebal jerebu ini datang daripada mana ni. Cuma kami lalu ini terlihat macam jerebu. Setakat negeri lain mana ada jerebu lagi. Kena ingat ketika ini masih musim panas jangan berani cuba membakar yang biasanya panas di waktu tengah hari. 





Berhenti sejenak di rumah ibu saya di Tembesu Limbat untuk melepaskan penat dan mengantuk. Jadi apabila hilang daripada penat terus kembali menyambung perjalanan. 




Terus sampai ke rumah jam 7 petang dan didapati memandu sejauh 121 km. Selesailah sudah cerita perjalanan. :-)



Tuesday, 23 July 2024

Ringkasan aktiviti sepanjang Aidiladha 2024

Merujuk pada artikel Pra pelancaran karnival Agro Madani Kelantan yang dipersembahkan Isnin lalu. Ini lagi cerita dari sebulan lalu iaitu sekitar cerita sambutan hari raya Aidil Adha. Walaupun cerita ini sudah lebih sebulan biar kita kongsikan. 




Pagi Isnin 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445 Hijriah sempat menunaikan solat sunat Aidil Adha di masjid mukim Pendek. Takbir raya Aidil Adha dilaungkan bermula pagi hari Arafah sehingga hari Tasyriq iaitu pada 16 hingga 20 Jun. Masjid ini sudah banyak kali solat di sini kerana kedudukan rumah saya dalam lebih kurang 200 meter. Banyak kenangan manis boleh ditinggalkan terutama ketika zaman saya kanak-kanak dan sekolah rendah. 

Kelihatan masjid sekarang telah mengalami beberapa perubahan. Dahulu berwarna coklat, sekarang sudah dicat berwarna putih. Lihat artikel Rupa terbaru masjid mukim Pendek, Kelantan di blogspot Jom ke Masjid






Selepas itu terus ke rumah jiran untuk melihat suasana hari raya korban. 





Pagi Selasa 18 Julai saya dan keluarga terus meninggalkan rumah untuk bergerak ke Jeli. Gambar ini berada di kampung ibu di Tembesu Limbat. Hajatnya mahu singgah rumah ibu bapa sepupu yang betul-betul berdekatan. Dahulu zaman kanak-kanak dipanggil sepupu walaupun zaman itu pernah bermain. Sekarang bila meningkat dewasa, semakin lama semakin tak larat nak buat apa. Pentingkan diri sendiri. Ibu saudara pun pula mengalami masalah keluarga sejak hampir 6 tahun lalu kerana anak-anak yang juga sepupu saya sendiri sudah meningkat kedewasaan kerana kesemuanya dilahirkan pada tahun 2000 hingga 2005. 






Maka pada masa ini juga ramai yang bertolak pulang untuk mencari rezeki di bandar, terutama kebanyakkan mereka ini akan pulang ke utara setelah tamat cuti raya kerana esoknya Rabu akan bersekolah seperti biasa. Cuma suasana hari raya Aidil Adha atau raya haji tidak sama dengan raya Aidil Fitri atau raya puasa. Jika raya puasa memanglah memakan lebih kurang 10 jam meredah kesesakan. 





Lebih kurang 11 pagi baru sampai ke Jeli. 





Seterusnya berjalan-jalan di sekitar perumahan di Taman Kifayah sambil melihat suasana kehijauan. 











Seterusnya terus berpusing ke bandar Jeli. 













Singgah membeli aiskrim di kedai runcit berdekatan lalu menikmatinya di medan selera sambil melihat keindahan gunung-ganang. 










Singgah di surau Taman Kifayah untuk sama-sama menunaikan solat Zohor. Dekat ja dengan rumah bapa saudara belah ibu saya. 





Saya terpaksa bawa telefon lama untuk merakam gambar kerana telefon iPhone 11 milik saya sudah kehabisan bateri. Kalaulah bawa iPhone 11 kameranya masih cantik, warna cantik dan jelas jika dibandingkan dengan telefon lama walaupun iPhone itu keluaran 5 tahun lalu. 





Seterusnya singgah di rumah sepupu belah ibu yang tidak jauh dari bandar Jeli untuk menghadiri satu majlis kenduri. 






Seterusnya saya pun membawa sepupu belah ibu untuk perjalanan seterusnya untuk ke Berdang, berdekatan Jeli. 





Buat kali pertama saya terus menaiki bukit berdekatan Berdang dengan membawa kereta pacuan empat roda. 






Tengok la dari puncak bukit terus melihat suasana kampung. Cuma masih berada dalam jajahan Jeli lagi. 





Di sana ada pengikutnya dan memang ada penjaga. 









Dengan suasana mendaki bukit dengan kereta pacuan empat roda ini masing-masing kena ada pencabar. Kereta kecil tak boleh membawa masuk. Kalaulah ada rezeki boleh angkut kenderaan seperti ini. 





Dari atas ini pula boleh melihat suasana bandar Jeli dari atas puncak bukit. 





Zoom-in boleh melihat pemandangan bandar...





Dari sana pula ada kolam ikan hiasan. Hebat betul kreatif bapa saudara ya. 





Jarang kelihatan jika ada berbukit memiliki kolam ikan hiasan seperti ini. 














Di situ itulah kebun bapa saudara. Lepas ni pula boleh bersantai di atas kawasan berbukit pula. Alhamdulillah terasa lega. 





Kami sampai ke rumah dalam tepat jam 8 malam dan saya memandu sejauh 170 km. Dengan ini cukuplah cerita. 



Monday, 15 July 2024

Pra pelancaran karnival Agro Madani Kelantan

Salam 9 Muharram 1446 Hijriah. Setelah lebih sebulan cerita tentang aktiviti pada bulan itu, maka baru menyelesaikan artikel itu. Setelah hampir sebulan selesaikan artikel tentang perjalanan ke Melaka dan Lembah Klang baru-baru ini dengan merujuk artikel Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024





Pagi Khamis 13 Jun 2024 diadakan pra pelancaran karnival Agro Madani dan Semarak Aidiladha Kelantan 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Bandar Baru Tunjong. Majlis ini belum dilancarkan kerana diadakan pada esoknya Jumaat 14 Jun diselang-seli dengan perasmian. 





Cuma masa itu baru dibuka dengan gerai karnival. Sambil dalam perjalanan ke tempat kerja terus singgah di RTC Kelantan, masa itu juga diadakan karnival Agro Madani di tempat tersebut. 




















Sunday, 7 July 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024

Salam tahun baru Islam dan 1 Muharram 1446 Hijiriah. Semoga tahun baru 1446 Hijriah ini memberi manfaat yang baik kepada umat Islam. 




Dimulakan dahulu perjalanan dengan bermulanya ada saudara mara dari Bangi yang balik ke Kelantan semperna cuti persekolahan penggal pertama pada Isnin 27 Mei 2024. Disebabkan ada saudara mara yang lama tidak balik ke Kelantan setelah hampir 6 tahun lalu. Pada pagi Khamis 30 Mei ada seorang kematian jiran berhampiran rumah saya di Pendek, Kota Bharu setelah lebih setahun melawan kanser dan hari itu juga dapat melawat kematian di sana. Jumaat 31 Mei bermulalah perjalanan meliputi Lembah Klang dan Melaka. Kemudian pada Ahad 2 Jun terus ke Melaka untuk menghadiri satu majlis kenduri. Maka secara keseluruhan perjalanan adalah 1,165 km dan berada di sana termasuk Kelantan selama 7 hari 6 malam.